Betapa teruja dan gelabahnya anakku yang darjah 4, apabila namanya tersenarai dalam Program kem kepimpinan di Sekolah. Seminggu sebelum tarikh tersebut, baju selimut bantal dah siap di 'packing'nya. Dan seminggu sebelum itu juga, anakku yang sulong telah melalui pengalaman sebegini di Sekolah Menengahnya iaitu Kem Pengawas. Itu yang membuatkannya semakin tak senang duduk. Dia nak tunjukkan kemampuannya juga untuk mengharungi 'seksa' program 2 malam tersebut.
Sekali sekala mendapat ilmu dari cara yang berbeza, pasti ianya menyeronokkan. Sebab itu, aku amat menyokong Program sebegini.
Salah satu aktiviti di 'checkpoint'
Sebagai YDP PIBG sekolah, aku tanpa banyak soal telah meluluskan peruntukan sebanyak RM500 seperti yang dipohon oleh Cikgu pengelola Program tersebut. Tanpa memerlukan mesyuarat khas untuk mengeluarkan wang tersebut cuma berbincang dengan exco tertinggi PIBG untuk pengeluaran wang tersebut. Mereka juga sependapat dengan aku. Dari hari pertama Program, aku mengikuti setiap perkembangan aktiviti yang di jadualkan, malah sehingga ke malam.
Sewaktu berucap untuk merasmikan Program ini, aku berpesan agar pihak pengelola lebih mengutamakan keselamatan pelajar dibawah jagaan mereka. Maklum kini, musim panas, binatang yang merayap dan menjalar akan lebih agresif pada waktu malam. Mencari tempat yang sejuk. Semut bisa, kala jengking atau ular memang mencari sudut yang redup seperti di bawah khemah atau bergulung di celah susun kasut pelajar..palisss jauh...hehehe.
Program sebegini perlu dijadikan acara tahunan. Pelajar akan lebih bersedia dan guru pula akan lebih peka dengan keperluan setiap kali Program ini diadakan dari tahun ke tahun.
Cuma 2 malam jak bah....
Namun berjuta manfaat dan ilmu yang anakku dapat...