Translate

Monday, 17 June 2019

Hari Raya yang Melonkolik


Menjajari nikmat atas Kurniaan dariNya, mencoret segala resah yang belum jua pecah dalam tempayan cinta. Menganyam gelombang gratis-gratis sehalus benang si Labah-labah.

Ada percik api terlihat dari jauh, mungkin Sang Gembala beradu teduhan atau Penari di tinggal kesunyian. Melirik cupingan dendam yang lama tersimpan. Diheret dengan juntaian rupa, ada masa melangkah dan adakala pula menanggis menempuh lorong-lorong malam. Bisik dibuai angin tidak sampai andai gendang belum dipalu. Runtuh dan dibelit, semoga di lain masa akan bercantum warna pelangi. Dihiris perlahan serta sungguh halus hingga mata kian kelabu. Berderai ianya nanti dan aku yakin pasti jatuh melutut satu persatu antara Daun dan bunga kerawang.... Amin.


Ramadhan berlalu dan Syawal mula menebarkan sayapnya lagi.

Dari halaman rumah baru
Wahai Semua insan
Takbir Berkumandang akhir ramdahan
Siap Sedia pulang ke desa menyambut raya

Pose istimewa bersama geng kampung
Wahai Semua insan
Berjabat Tangan bersama semua
Pinta Ampun maaf pada mereka jernihkan sengketa

Geng whatsapp Group Pang5 Baling
Hati Gembira berjumpa semua
Sanak Saudara pagi raya
Sedih Terasa mengenang pada
Insan Yang dulu kini tiada

Masih banyak yang belum masuk dalam pose ini
Wahai Semua insan
Ingat Ingat bila nak berbelanja
Sedikit Tak apa berpada pada bersyukur nikmatnya


SALAM SYAWAL 
Selamat Hari raya
Sambut Sederhana biarlah bersyukur seadanya



Tuesday, 21 May 2019

Tumbuh dan bersinar dikau Belia

Bertempat di Pekan Long Lama, telah dianjurkan satu Program yang dinamakan JELAJAH BELIA SARAWAK ( TELANG USAN ) yang mensasarkan golongan Belia. Pada mulanya aku kurang mengambil perhatian akan Program ini disebabkan ianya diadakan pada bulan Ramadhan jatuh juga pada hujung minggu kerana sepatutnya minggu tersebut kami sekeluarga ingin membeli persiapan hari raya. Namun akhirnya aku terpaksa 'Terjun' juga ke dalam acara ini apabila Pn Nor (SAO) di  Pej. Daerah Telang Usan mohon Ya Salam Restaurant untuk membuat Juadah berbuka Puasa untuk 5 meja VIP. 

cara 'Setting' yang sungguh berbeza dari selama ini. Stage utama di tengah penonton


Sesi soaljawab di antara Penonton dan Tetamu Terhormat berkenaan halatuju pembangunan Telang Usan
Beberapa gerai jualan dibuka sepanjang 2 hari Program berlangsung


Julung kalinya Bas Persiaran masuk ke Pekan Long Lama kerana adanya Jambatan

Aku suka Pemandangan dari sudut ini, dalam dewan atap putih itu, acara berlangsung
Persiapan terakhir sebelum masuk waktu berbuka

Untuk beberapa waktu diakhir-akhir ini, aku cuma banyak meng-update gambar sahaja di dalam blog. Sedikit saja ayat-ayat berbunga. Ini sebagai bukti bahawa blog aku masih aktif cuma masa aku 'membebel' saja kurang. Aku akan cuba untuk mencari topik-topik yang menarik untuk dihuraikan, namun untuk waktu dan detik ini, terima saja apa yang mampu aku hulurkan.

Salam Ramadhan ke 15...

Monday, 6 May 2019

MDM dengan komuniti, berpisah tiada.

Lama sudah tidak menulis, kali ini aku kongsi sedikit info agar laman blog ini membuktikan ianya masih aktif walaupun seakan semacam suam suam kuku. Bertempat di Pekan Long Lama, 2 hari sebelum Ramadhan tahun ini, telah diadakan HARI MAJLIS BERSAMA KOMUNITI DEARAH TELANG USAN. Aku sengaja isikan perkara ini di dalam blog kerana ianya melibatkan tenagakerja aku secara keseluruhannya.

Orang kuat dari segi keperluan fizikal untuk Program ini
Di antara budak-budak  Pekan Long Lama  yang dipilih untuk menjadi Riders & Checkpoints untuk Long Lama Run 2019
Untuk Long Lama Run kali ini, telah di buka cuma 6 Kategori.
1. Kategori Kanak-Kanak Lelaki ( 10-12 Tahun )
2. Kategori Kanak- kanak Perempuan ( 10-12 Tahun )
3. Kategori Junior Lelaki ( 13-19 Tahun )
4. Kategori Junior Perempuan ( 13-19 Tahun )
5. Kategori Open Lelaki ( 20 tahun ke atas )
6. Kategori  Open Wanita ( 20 tahun ke atas )
Kategori Veteran tidak diadakan kali ini kerana sepanjang rekod dari tahun-tahun yang sudah, penyertaan untuk kategori ini kurang mendapat sambutan.

Pertandingan Mewarna untuk Tahap 1

Rekacipta 3R dari pelajar sekolah 





Taklimat ringkas dari Bahagian Perpustakaan Majlis Daerah Marudi
Hamper untuk hadiah Cabutan Tiket bertuah kepada semua yang hadir

Piala & wang Tunai menanti para pemenang

Pertandingan memancing melibatkan 39 orang penyertaan
Peserta yang hebat



Barisan yang menjayakan Program ini
Semoga di tahun akan datang dapat mengumpul lebih ramai lagi pengunjung dengan cara membuat publisiti lebih awal.