Translate

Tuesday, 20 March 2018

Jangan di ‘angkat’ Spesis kecelaruan gender



Pendedahan demi pendedahan kisah Si Pondan di media elektronik kini semakin mengusarkan. Hakikatnya ia mampu mengubah sudut pandang anak-anak kita generasi yang agresif dan futuristik ini. Ianya seperti kisah di mana perkara yang bohong, apabila di ceritakan berulang kali, hari demi hari bulan berganti bulan hingga ke tahun lamanya bercerita benda yang sama, akan menyebabkan perkara itu bertukar menjadi benar buat si pendengar akhirnya. 

Begitu juga dengan kisah Si pondan ini, kalau setiap hari diceritakan kisah hidupnya, pasti akan membuatkan minda anak-anak kita berfikir bahawa lelaki menjadi perempuan atau perempuan menjadi lelaki, semakin normal dan tidak salah di mata mereka. Pendedahan sebegini boleh menyimpang dari cara fikir mereka tentang fitrah insan. Ditambah lagi kisah sedih tentang jalan hidupnya yang sering ditohmah dan dicaci, secara tidak sedar, memberi rasa belas kasihan dan satu bentuk penderaan mental yang memberi kesan bahaya di hati anak-anak kita terhadap Si pondan ini. Aku bukan anti spesis ini, namun untuk mengangkatnya menjadi Figura atau contoh Usahawan yang berjaya, aku cuci tangan dan berlepas diri malah di situ aku amat benci dengan pemberi “Anugerah” ini. 

Sumber dari Internet

Transeksual (bahasa Inggeris transvestite) atau lebih dikenali dengan istilah tempatan sebagai pondan (juga dikenali sebagai mak nyah, bapuk, darai) merupakan istilah yang merujuk kepada golongan lelaki yang menyerupai wanita, iaitu orang yang mempunyai biologi lelaki tetapi mendakwa mempunyai naluri wanita. Golongan ini sering menggunakan istilah "terperangkap dalam tubuh yang salah" atau "wanita dilahirkan transeksual".


Menurut Laporan Negara oleh Profesor Madya Teh Yik Koon, pensyarah kriminologi dan sosiologi di Universiti Utara Malaysia, katanya, mak nyah secara amnya merujuk kepada lelaki transeksual, iaitu lelaki yang mahukan jantina yang lain daripada jantina yang mereka dilahirkan. Ini berbeza dengan kaum khunsa yang pada dasarnya bermaksud mereka yang dwi jantina.


Kewujudan spesis kecelaruan jantina ini semakin berkembang biak disebabkan ada pemintaan tinggi dari Sang lelaki yang menyukai dan sanggup hidup dengan mereka. Yang peliknya, perihal manusia bernama lelaki ini pula, punyai rupa elok dengan badan yang berotot, dengan poket berduit, yang mengaku lelaki secara batin dan zahir, akhirnya secara umum mempersembahkan kepada dunia dia bercinta dengan perempuan jadian dan ini yang amat membahaya untuk tatapan generasi baru kita. Zaman aku dulu, kalau ada pondan jalan beramai-ramai dalam satu pasukan yang mengandungi 5-8 orang. Pasti besar mulut orang normal ternganga tengok pondan kerana pemandangan sebegitu sungguh janggal dan pelik.

Sumber dari Internet
Apabila sering diceritakan kisah-kisah ‘mereka’ ini, ianya bagai membantu menjernihkan kesalahan yang sememangnya dilaknat dalam setiap kitab-kitab agama. Di arus media elektronik, helaian kertas Majalah malah di Makhamah pun sudah mula kedengaran suara spesis ini. Bagi aku, mereka telah berjaya mengubah pandangan Stigma masyarakat terhadap golongan pondan ini. Jika dulu mereka dirujuk sebagai golongan pondan, kini mereka mula dirujuk sebagai golongan TRANSGENDER. Mereka berjaya melembutkan persepsi masyarakat dengan melunakkan istilah penggunaan label yang lebih mereka sukai ke atas mereka. Secara tidak langsung, mereka juga berjaya mengurangkan serbuan ke atas golongan serta aktiviti-aktiviti pondan dengan membudayakan satu budaya melawan ( di Mahkamah ) setiap kali ada penahanan oleh pihak berkuasa diperingkat mahkamah sivil. Ini kaedah nyah-motivasi pihak berkuasa agama untuk menanamkan rasa sangsi dan gusar untuk melakukan serbuan dan tangkapan. Ia sebuah taktik untuk menakut-nakutkan. Mereka berjaya menempatkan perjuangan golongan pondan ke peta arus perdana. Golongan pondan kini tidak lagi bersembunyi dibelakang lorong-lorong tapi terkehadapan dalam menuntut hak untuk dilihat wujud dalam masyarakat.

Sumber dari Internet
Alang-alang ni aku nak juga menyeru kita boikot produk-produk keluaran orang sebegini serta jangan sokong. Semakin disokong semakin menjadi pula ‘gatal’nya. Bantu mereka dengan ditujukan doa kebaikan supaya mereka kembali ke pangkal jalan. Sebaiknya jangan beli produk mereka. Makin kaya mereka makin terpesong, mungkin dengan kesusahan tiada wang nanti, mereka akan derita moga ada kesedaran hidup dan kembali ingat Allah SWT.

Jangan diangkat lagi kisah mereka ini, jangan klik LIKE, SHARE atau apapun sekali. Sayangi anak kita. Penuhkan pemikiran mereka dengan perkara yang berfaedah. Tidak salah mengikuti perkembangan semasa, namun ada baiknya ditapis dulu atau beri amaran kepada anak-anak kita tentang perkara yang sepatutnya diberi perhatian.

Lebih pelik melihat perempuan jadi pengkid dan bertambah lagi pelik apabila ‘awek’ mereka adalah perempuan melayu ayu yang bertudung manis.


Monday, 29 January 2018

Pesta Penguman Asen ( Makanan Asal ) Telang Usan



Pesta Penguman Asen ( Pesta Makanan Asal ) adalah julung-julung kalinya diadakan di Daerah Telang Usan khususnya Pekan Long Lama ini dan daerah pertama dalam Baram menganjur Pesta ini. Cetusan ilham dari Tuan D.O Baru Tai sendiri Pej.Daerah Telang Usan. Ada 11 buah kampung dijemput sekitar pekan Long Lama untuk menyertai Pertandingan pondok berhias tapi sayangnya, Cuma 6 sahaja yang sudi menyertai. Mungkin Kampung yang lain, masih kekurangan idea untuk menyertai Pesta ini terutamanya dalam Pertandingan Pondok tercantik dan Pertandingan Masakkan berasaskan durian, maklum saja, ini yang pertama kali diadakan. Gambaran suasana belum dapat diramalkan lagi.


Sehari sebelum Pesta, membuat dan menghiasi Pondok sedang berlangsung




Deretan Gerai Jualan penambah Seri Pesta
Walaupun aku orang asal Sarawak, namun aku masih kurang pengetahuan tentang cara dan corak kehidupan kaum yang lain. Di Pesta ini, dengan setiap Pondoknya dihiasi segala kraftangan ukiran halus, disediakan juga makanan tradisional. Sungguh,  Aura suasana kampung dengan pondok beratap rumbia dan kempulan asap dapat dirasa umpama bagai kembali di zaman dahulu kala tika Raja Brooke masih berkuasa.
 





Pondok kaum Penan dari Long Leng di hadapannya pula diletak alatan Muzik yang dinamakan sebagai ATOI. Memerlukan 2 orang lelaki mengetuk di setiap hujung kayu tersebut dan wanita pula menari. Kalau diamati, bunyinya seakan Paluan Gendang untuk pergi berperang. Tariannya sungguh rancak.





Jabatan Pertanian ada menjual anak benih durian Musang King yang namanya sangat mashyur di Semenanjung sana. Katanya cepat menghasilkan buah dalam waktu 4 ke 5 tahun selepas ditanam. Seperti biasa apabila ada perayaan, Ferry pasti beroperasi hingga larut malam. Lagipun pada malam tersebut ada dijemput Artis ber-Gred A dari Sarawak iaitu Saudara Ricky El.


Bayar RM10, makan sampai muntah


Pertandingan Kostum bertema buah-buahan dan sayuran
Brader dari Bulgaria

Hiburan santai tapi tetap terbaik
 
Pondok Long Laput ada menyediakan air Jus buah Durian Isu dicampur dengan isi buah rambutan, Pondok Long Ikang pula menyajikan kuih Urum hasil dari beras pulut yang ditumbuk halus dan dijemur agar ianya tidak berbau sewaktu dimakan setelah digorengkan. 

 
Jus Durian Isu campuran Isi Rambutan


Kuih Urum
Tengah mengoreng Kuih Urum


Penyambut Tetamu
Pondok Long Leng dimeriahkan dengan Tarian Tradisional kaum Penan dengan beberapa kepingan daging babi yang disalai di hadapan Pondok tersebut. Pondok Uma Akeh/Long Puak dipenuhi dengan buang Mbang manis. Pondok Long Atip tersusun rapi dengan kontena Tempoyak dan Pondok Uma Bawang penuh dihiasi dengan kraftangan yang halus dan cantik.



 
Baru 60% siap
 
Ukiran tenunan dalam Pondok Uma Bawang
  


Terpampang indah di pintu masuk Pondok Long Atip

Bak kata Y.B Dennis Ngau sewaktu merasmikan Majlis Malam Mesra, beliau akan memastikan Pesta ini diadakan lagi pada tahun hadapan. Hari Perasmian Pesta Penguman dalam ucapan Y.B Tan Sri Douglas Unggas Ambas juga telah memberi peruntukkan sebanyak RM30K dan memohon jawatankuasa Pesta ini membuat sekali lagi acara ini di tahun hadapan. Seperti yang aku katakan awal tadi, Pesta yang julung kali diadakan ini mungkin tidak semeriah yang kita jangkakan namun aku percaya, untuk kali ke-2 dan seterusnya nanti, selepas mengubah dan menambah apa yang kurang dari penganjuran kali ini, pasti untuk Pesta seterusnya akan memberi impak yang diharapkan.