Translate

Monday, 29 January 2018

Pesta Penguman Asen ( Makanan Asal ) Telang Usan



Pesta Penguman Asen ( Pesta Makanan Asal ) adalah julung-julung kalinya diadakan di Daerah Telang Usan khususnya Pekan Long Lama ini dan daerah pertama dalam Baram menganjur Pesta ini. Cetusan ilham dari Tuan D.O Baru Tai sendiri Pej.Daerah Telang Usan. Ada 11 buah kampung dijemput sekitar pekan Long Lama untuk menyertai Pertandingan pondok berhias tapi sayangnya, Cuma 6 sahaja yang sudi menyertai. Mungkin Kampung yang lain, masih kekurangan idea untuk menyertai Pesta ini terutamanya dalam Pertandingan Pondok tercantik dan Pertandingan Masakkan berasaskan durian, maklum saja, ini yang pertama kali diadakan. Gambaran suasana belum dapat diramalkan lagi.


Sehari sebelum Pesta, membuat dan menghiasi Pondok sedang berlangsung




Deretan Gerai Jualan penambah Seri Pesta
Walaupun aku orang asal Sarawak, namun aku masih kurang pengetahuan tentang cara dan corak kehidupan kaum yang lain. Di Pesta ini, dengan setiap Pondoknya dihiasi segala kraftangan ukiran halus, disediakan juga makanan tradisional. Sungguh,  Aura suasana kampung dengan pondok beratap rumbia dan kempulan asap dapat dirasa umpama bagai kembali di zaman dahulu kala tika Raja Brooke masih berkuasa.
 





Pondok kaum Penan dari Long Leng di hadapannya pula diletak alatan Muzik yang dinamakan sebagai ATOI. Memerlukan 2 orang lelaki mengetuk di setiap hujung kayu tersebut dan wanita pula menari. Kalau diamati, bunyinya seakan Paluan Gendang untuk pergi berperang. Tariannya sungguh rancak.





Jabatan Pertanian ada menjual anak benih durian Musang King yang namanya sangat mashyur di Semenanjung sana. Katanya cepat menghasilkan buah dalam waktu 4 ke 5 tahun selepas ditanam. Seperti biasa apabila ada perayaan, Ferry pasti beroperasi hingga larut malam. Lagipun pada malam tersebut ada dijemput Artis ber-Gred A dari Sarawak iaitu Saudara Ricky El.


Bayar RM10, makan sampai muntah


Pertandingan Kostum bertema buah-buahan dan sayuran
Brader dari Bulgaria

Hiburan santai tapi tetap terbaik
 
Pondok Long Laput ada menyediakan air Jus buah Durian Isu dicampur dengan isi buah rambutan, Pondok Long Ikang pula menyajikan kuih Urum hasil dari beras pulut yang ditumbuk halus dan dijemur agar ianya tidak berbau sewaktu dimakan setelah digorengkan. 

 
Jus Durian Isu campuran Isi Rambutan


Kuih Urum
Tengah mengoreng Kuih Urum


Penyambut Tetamu
Pondok Long Leng dimeriahkan dengan Tarian Tradisional kaum Penan dengan beberapa kepingan daging babi yang disalai di hadapan Pondok tersebut. Pondok Uma Akeh/Long Puak dipenuhi dengan buang Mbang manis. Pondok Long Atip tersusun rapi dengan kontena Tempoyak dan Pondok Uma Bawang penuh dihiasi dengan kraftangan yang halus dan cantik.



 
Baru 60% siap
 
Ukiran tenunan dalam Pondok Uma Bawang
  


Terpampang indah di pintu masuk Pondok Long Atip

Bak kata Y.B Dennis Ngau sewaktu merasmikan Majlis Malam Mesra, beliau akan memastikan Pesta ini diadakan lagi pada tahun hadapan. Hari Perasmian Pesta Penguman dalam ucapan Y.B Tan Sri Douglas Unggas Ambas juga telah memberi peruntukkan sebanyak RM30K dan memohon jawatankuasa Pesta ini membuat sekali lagi acara ini di tahun hadapan. Seperti yang aku katakan awal tadi, Pesta yang julung kali diadakan ini mungkin tidak semeriah yang kita jangkakan namun aku percaya, untuk kali ke-2 dan seterusnya nanti, selepas mengubah dan menambah apa yang kurang dari penganjuran kali ini, pasti untuk Pesta seterusnya akan memberi impak yang diharapkan.


No comments:

Post a Comment