Translate

Wednesday, 16 May 2018

Sepetang di kala hujan



Apabila KM merancang hendak membina LRT di Kuching, aku terus geleng kepala. Kenapa tidak diutamakan dulu pembangunan infrastuktur luarbandar serta suntik-kan dana untuk pembangunan modal insan. Belum pun 2 Tahun  menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri, beliau telah membuat sesuatu yang tidak mengembirakan bagi majoriti penduduk di luarbandar khususnya, entah-entah penduduk di Kuching pun sependapat dengan aku ini.

Projek yang memakan belanja dalam lingkungan RM 11 billion dari Serian-Kota Samarahan-Kuching ini sungguh mengagumkan pada mulanya, namun apabila diteliti ianya sungguh membazirkan wang rakyat. Katanya terdapat tiga kaedah yang dikenalpasti dapat memberikan pulangan iaitu menerusi :

1. Kadar tambang murah yang dikenakan,
2. Pembangunan hartanah di kawasan Pembangunan Berasaskan Transit (TOD) dan
3. Kadar sewa yang dikenakan ke atas entiti komersial dalam kawasan TOD.

Sewaktu beliau Merangkap Menteri Perumahan dan Urbanisasi pun harga rumah setiap tahun meningkat naik dan tiada daya untuk mengurangkan harganya inikan pula hendak mengenakan tambang dan sewa kedai murah di setiap stesen perhentian LRT nanti.

Bayangkan dengan RM11 Billion tersebut untuk membangunkan kawasan luarbandar, pasti banyak peluang pekerjaan yang dapat dinikmati oleh para belia. Salahsatunya mengwujudkan bandar baru bercorak Sub-Perindustrian, Sub-Pendidikan ataupun sub-Pelancongan di Belaga, Kapit, Baram atau Lawas malah kawasan yang sama status kemundurannya.

Dari penelitian aku yang hidup di kawasan luarbandar ini, masih terdapat beberapa kekurangan yang perlu dipercepatkan pembinaannya. 3 Perkara asas yang amat diperlukan sekarang ini adalah:

1. Jalanraya yang belum di tar atau belum di buat cuma mengharapkan jalan Kem balak,
2. Loji bekalan air bersih dan
3. Bekalan elektrik.

Mereka dari kawasan luarbandar ini juga Penduduk Sarawak, kenapa di anaktirikan kemewahan ini?  Kalau di Kuching ramai penduduk (tak sampai 400 ribu pun) dan terpaksa memerlukan LRT untuk mengelakkan kesesakkan Jalanraya, berikan juga projek-projek yang ber-impak tinggi sepadan dengan skala kawasan luarbandar ini. Yang paling perlu di ambil perhatian dalam waktu singkat ini adalah bantuan baikpulih sekolah daif di pendalaman. Memang benar Sekolah-Sekolah ini dibawah Kerajaan Persekutuan, namun di dalamnya adalah anak –anak Sarawak sendiri. Ada Sekolah yang yang terlalu teruk jambannya, Asrama pula retak sebahagian dindingnya, tidur tidak berkipas anak-anak ini malah bilik kelas dan bangunan Pentadbiran Sekolah pun ada yang tidak selamat untuk diduduki. Apa lagi dengan keuzuran peralatan bantu mengajar. Jurang pencapaian akademik dan kokurikulom pelajar bandar dan luarbandar sungguh terlalu besar jaraknya.

Sumber: www.utusan.com.my
Belum lagi di ceritakan pasal Jalanraya yang teruk, bekalan air sentiasa tidak bersih malah ada yang cuma mengharapkan tedahan hujan dan elektrik yang memang tidak ada. Bagaimana pula Ketua Menteri berkeras bersorak gumpita berkenaan Ekonomi Digital? 

 
Sumber: www.utusan.com.my

Aku tidak membantah pembinaan LRT ini, lagipun siapa la aku untuk menghalangnya sekadar merungut di dalam ruang yang terbatas ini cuma tolong jangan di abaikan para Pengundi tegar BN (Parti Pembangkang dah) yang majoritinya di menangi di kawasan luarbandar. Pakcik, makcik, Atuk, nenek yang berharap cuma TV RTM dan TV3 sebagai sumber rujukan asas.

Aku terbaca luahan mantan Menteri Belia & sukan, katanya  kesilapan besar beliau dan Pergerakan Pemuda UMNO adalah terlalu menjaga hati pemimpin atasan dan memegang kepada konsep feudalism secara membuta tuli. 





“Ini merupakan pengajaran buat UMNO kerana selepas ini, kita kena berani menegur presiden, kena berani menegur pemimpin … dan jangan sekali-kali kita menyimpan suara sebenar rakyat daripada pemimpin,”

Gelombang kebangkitan telah beralun deras oleh rakyat sewaktu PRU14 dulu. Tiada yang mustahil PRN akan datang ianya berulang lagi andai pucuk pimpinan leka dengan fikir ‘syok’ sendiri.



Sunday, 22 April 2018

Futsal Piala Y.B Tuan Anyi Ngau Long Lama



Ini adalah julung kalinya Pertandingan Futsal dianjurkan di Pekan Long Lama. Semua bajet dibawah ‘tanggungan’ Y.B Tuan Anyi Ngau selaku Ahli Parlimen P.220 Baram. Namun aku bagi kredit kepada sahabatku En. Donny Ak Sani kerana beliau sebenarnya menjadi tulang belakang penganjuran kali ini, kerana beliau sendiri yang memohon peruntukkan dengan Y.B Tuan Anyi Ngau untuk Pertandingan ini.

Jadi rebutan Wang Tunai, Piala dan medal

Oleh kerana ini adalah kali pertama penganjuran, maka pihak Urusetia telah bersetuju untuk menghadkan penyertaan agar tiada berlaku perkara-perkara yang tidak diingini kerana untuk permulaan, kita dalam proses belajar dan memerhati. Bagi Kategori Lelaki dibuka cuma 13 slot dan wanita sebanyak 6 slot sahaja. 

Taklimat dan perbincangan ahli Urusetia Pertandingan

Taklimat dan cabut undi kepada Pengurus setiap Pasukan

Tidak diduga borang penyertaan habis dalam sekelip mata dan sungguh memberangsangkan malah selepas hari penutupan penghantaran borang pun, masih ada yang ingin mengikuti Pertandingan ini. Pihak Urusetia terpaksa menolak. Pasukan yang rata-ratanya dari kalangan Penduduk Long Lama diikuti 2 pasukan dari Kem ioi group, 1 pasukan dari Long Kevok dan 1 pasukan dari Kem Batu Gading mengenapkan ke semua kuota yang disediakan.

Barisan Urusetia Pertandingan

Taklimat ringkas dari Pengadil
Setiap Pasukan wajib membayar Yuran RM100 ( Lelaki ) dan RM80 ( Wanita ) diangotai seramai 7 ahli dan seorang Pengurus Pasukan. Hadiah diberi bermula tempat Pertama hingga ketiga untuk wang tunai, Medal dan Piala dan Medal sahaja untuk tempat keempat. Namun tidak diduga atas dermawan Y.B Tuan Anyi Ngau, sewaktu berucap, beliau sudi untuk memberi sebanyak RM200 setiap Pasukan, sepeket air mineral dan air 100 plus sebagai ganjaran kerana sudi menyertai Pertandingan ini.

Kehadiran tetamu terhormat Y.B tuan Anyi Ngau dan Y.B En. Dennis Ngau
Ucapan Semangat dari Y.B Tuan Anyi Ngau


Simbolik Perasmian penyerahan baju Urusetia daripada Pengerusi Pengelola En. Jua Ak Daud kepada Y.B
Di antara penyebab dikurangkan bilangan Pasukan bertanding, adalah bebanan bayaran elaun 2 orang Pengadil berpengalaman yang ditempah khas dari Miri. Namun hasil kerja mereka, selama 2 hari tersebut sungguh bermutu sekali.




Sebelah malam ada main juga..

Red Velvet Juara Kategori Wanita
GSCT Team Juara Kategori Lelaki
Aku dapat rasakan, acara ini boleh menjadi salahsatu daya penarik orang luar untuk datang ke Pekan Long Lama ini. Disebab itu juga, sewaktu ucapan Penangguhan Pertandingan dari Tuan D.O Baru Tai, beliau menyarankan agar dibuat lagi Pertandingan sebegini dan beliau berjanji akan membantu dari segi bajetnya. Beliau dapat rasakan, kejohanan sebegini akan membantu ekonomi dan memeriahkan Pekan ini secara tidak langsung, ianya mampu menaikkan nama Long Lama dan Telang Usan.



Tuesday, 20 March 2018

Jangan di ‘angkat’ Spesis kecelaruan gender



Pendedahan demi pendedahan kisah Si Pondan di media elektronik kini semakin mengusarkan. Hakikatnya ia mampu mengubah sudut pandang anak-anak kita generasi yang agresif dan futuristik ini. Ianya seperti kisah di mana perkara yang bohong, apabila di ceritakan berulang kali, hari demi hari bulan berganti bulan hingga ke tahun lamanya bercerita benda yang sama, akan menyebabkan perkara itu bertukar menjadi benar buat si pendengar akhirnya. 

Begitu juga dengan kisah Si pondan ini, kalau setiap hari diceritakan kisah hidupnya, pasti akan membuatkan minda anak-anak kita berfikir bahawa lelaki menjadi perempuan atau perempuan menjadi lelaki, semakin normal dan tidak salah di mata mereka. Pendedahan sebegini boleh menyimpang dari cara fikir mereka tentang fitrah insan. Ditambah lagi kisah sedih tentang jalan hidupnya yang sering ditohmah dan dicaci, secara tidak sedar, memberi rasa belas kasihan dan satu bentuk penderaan mental yang memberi kesan bahaya di hati anak-anak kita terhadap Si pondan ini. Aku bukan anti spesis ini, namun untuk mengangkatnya menjadi Figura atau contoh Usahawan yang berjaya, aku cuci tangan dan berlepas diri malah di situ aku amat benci dengan pemberi “Anugerah” ini. 

Sumber dari Internet

Transeksual (bahasa Inggeris transvestite) atau lebih dikenali dengan istilah tempatan sebagai pondan (juga dikenali sebagai mak nyah, bapuk, darai) merupakan istilah yang merujuk kepada golongan lelaki yang menyerupai wanita, iaitu orang yang mempunyai biologi lelaki tetapi mendakwa mempunyai naluri wanita. Golongan ini sering menggunakan istilah "terperangkap dalam tubuh yang salah" atau "wanita dilahirkan transeksual".


Menurut Laporan Negara oleh Profesor Madya Teh Yik Koon, pensyarah kriminologi dan sosiologi di Universiti Utara Malaysia, katanya, mak nyah secara amnya merujuk kepada lelaki transeksual, iaitu lelaki yang mahukan jantina yang lain daripada jantina yang mereka dilahirkan. Ini berbeza dengan kaum khunsa yang pada dasarnya bermaksud mereka yang dwi jantina.


Kewujudan spesis kecelaruan jantina ini semakin berkembang biak disebabkan ada pemintaan tinggi dari Sang lelaki yang menyukai dan sanggup hidup dengan mereka. Yang peliknya, perihal manusia bernama lelaki ini pula, punyai rupa elok dengan badan yang berotot, dengan poket berduit, yang mengaku lelaki secara batin dan zahir, akhirnya secara umum mempersembahkan kepada dunia dia bercinta dengan perempuan jadian dan ini yang amat membahaya untuk tatapan generasi baru kita. Zaman aku dulu, kalau ada pondan jalan beramai-ramai dalam satu pasukan yang mengandungi 5-8 orang. Pasti besar mulut orang normal ternganga tengok pondan kerana pemandangan sebegitu sungguh janggal dan pelik.

Sumber dari Internet
Apabila sering diceritakan kisah-kisah ‘mereka’ ini, ianya bagai membantu menjernihkan kesalahan yang sememangnya dilaknat dalam setiap kitab-kitab agama. Di arus media elektronik, helaian kertas Majalah malah di Makhamah pun sudah mula kedengaran suara spesis ini. Bagi aku, mereka telah berjaya mengubah pandangan Stigma masyarakat terhadap golongan pondan ini. Jika dulu mereka dirujuk sebagai golongan pondan, kini mereka mula dirujuk sebagai golongan TRANSGENDER. Mereka berjaya melembutkan persepsi masyarakat dengan melunakkan istilah penggunaan label yang lebih mereka sukai ke atas mereka. Secara tidak langsung, mereka juga berjaya mengurangkan serbuan ke atas golongan serta aktiviti-aktiviti pondan dengan membudayakan satu budaya melawan ( di Mahkamah ) setiap kali ada penahanan oleh pihak berkuasa diperingkat mahkamah sivil. Ini kaedah nyah-motivasi pihak berkuasa agama untuk menanamkan rasa sangsi dan gusar untuk melakukan serbuan dan tangkapan. Ia sebuah taktik untuk menakut-nakutkan. Mereka berjaya menempatkan perjuangan golongan pondan ke peta arus perdana. Golongan pondan kini tidak lagi bersembunyi dibelakang lorong-lorong tapi terkehadapan dalam menuntut hak untuk dilihat wujud dalam masyarakat.

Sumber dari Internet
Alang-alang ni aku nak juga menyeru kita boikot produk-produk keluaran orang sebegini serta jangan sokong. Semakin disokong semakin menjadi pula ‘gatal’nya. Bantu mereka dengan ditujukan doa kebaikan supaya mereka kembali ke pangkal jalan. Sebaiknya jangan beli produk mereka. Makin kaya mereka makin terpesong, mungkin dengan kesusahan tiada wang nanti, mereka akan derita moga ada kesedaran hidup dan kembali ingat Allah SWT.

Jangan diangkat lagi kisah mereka ini, jangan klik LIKE, SHARE atau apapun sekali. Sayangi anak kita. Penuhkan pemikiran mereka dengan perkara yang berfaedah. Tidak salah mengikuti perkembangan semasa, namun ada baiknya ditapis dulu atau beri amaran kepada anak-anak kita tentang perkara yang sepatutnya diberi perhatian.

Lebih pelik melihat perempuan jadi pengkid dan bertambah lagi pelik apabila ‘awek’ mereka adalah perempuan melayu ayu yang bertudung manis.