"Caption" di atas itu, aku dapat dari wall FB kawan. Tak minta izin pun untuk dapatkannya, terus download kerana aku terbayang nak buat 'story' dalam blog ini.
Isu larangan mengucapkan Merry Chrismas mula hangat dibincangkan seawal 3-4 tahun lepas. Bermulanya generasi X mempunyai akaun di FB, Wechat, Whatsap dan sebagainya. Memang pernah dibincang isu ini tapi di dalam kelompok ahli-ahli pakar dan mereka tidak menghebohkan keputusannya.
Apabila dikemudian hari isu ini mula dibangkitkan, maka ulama jadian dan ahli falsafah lantikan media sosial berani mengutarakan pendapat hingga melahirkan pengikut sendiri dan salah seorangnya yang mencipta 'caption' di atas.
Patutkah ucapan "Selamat Hari Natal" di samaratakan dengan "dua Kalimah Syahadah"???
Ucapan 'Selamat hari Natal' sepatutnya disamaratakan dengan ucapan 'Selamat Hari Raya'. Analogi ini amat sepadan manakala Ungkapan 'Dua Kalimat Syahadah' adalah kunci untuk ke Syurga, ianya sungguh tinggi dan tidak setanding dengan ucapan Merry Chrismas. Kalau budak lemah ilmu membaca 'caption' di atas, pasti mereka juga akan terikut dengan pandangan radikal sebegini. Bukan juga aku katakan yang aku ini terlalu berlembut dengan isu ini atau aku jenis yang terlalu terbuka, tetapi dalam dunia nusantara khususnya Negara Malaysia yang kepelbagaian kaum serta agama di dalamnya, aku lebih suka memegang pendapat yang membolehkan aku menyebutnya dengan niat untuk menyemarakkan rasa persaudaraan kejiranan dan nilai hormat sesama teman..Noktah!!!
Mungkin empunya 'caption' di atas dan mereka yang mengikutinya adalah insan yang tidak pernah bergaul rapat dengan orang lain yang tidak sama dengan kaum dan agamanya. Lebih jelas lagi, dalam kampung serta komuniti setempat mereka tiada orang yang berlainan agama dengan mereka, kalau adapun, mungkin jumlah mereka terlalu kecil. Maka segala keputusan mereka lebih menjurus ke arah yang lebih 'keras' malah ada yang terus menjatuhkan hukum. Bila ada yang mengeluarkan hujah dari Al Quran dan hadis, aku angkat tangan tanda mengalah. Bagi aku, tiada guna membakar perasaan orang yang suka membenci pendapat orang lain, sebaiknya aku berdiam diri kerana isu-isu ini tidak merosak pun akidah keimananku.
Sebab itu, dalam agama Islam dituntut untuk berhijrah dan bermusafir agar kita tidak tepu dalam memberi pendapat. Pengalaman dari hasil merantau di tempat orang mampu mengubah sudut pandang penjelasan seseorang.
Balik kepada 'caption' di atas, sebaiknya analogi ucapan berkenaan non-muslim tidak berani mengucapkan 'dua kalimah Syahadah' sepatutnya sepadan dengan satu ucapan doa mereka iaitu 'Dengan nama Tuhan Yesus kami berdoa". Ayat ini sering mereka sebut sewaktu mereka berdoa dan ayat ini barulah boleh dikategorikan sebagai ayat LARANGAN untuk muslim menyebutnya.
No comments:
Post a Comment