Kali ini aku menjelajah Kota Kinabalu dengan menaiki kapal terbang. Ini kali ke-2 aku mengunjungi ibukota Sabah. Ini juga pengalaman yang pertama aku menggunakan perkhidmatan Airasia. 'Checkin' menggunakan kiosk memang terkial-kial juga dan pengalaman pertama aku menempah Grab untuk ke Lapangan kapal terbang kerana keretaku di tinggalkan di rumah Area Senadin Miri. Kalau tak kerana ke Sabah, aku tak akan ingin mempelajari perkhidmatan moden ini.
Pemandangan dari udara sebelum tayar Airasia menyentuh tanah Sabah |
Ini juga menjadi pengalaman yang pertama apabila aku menempah hotel menggunakan perkhidmatan Agoda. Memang jauh murah kalau dibandingkan membuat pembayaran terus ke kaunter hotel. Aku sengaja memilih Yomi Hotel kerana ia menyediakan sarapan pagi dengan harga yang berpatutan dan juga lokasinya amat strategi bagi memudahkan aku bergerak.
Penghawa dingin, Selesa dan selamat cuma TV kurang siaran |
Yang paling menarik, untuk jelajah kali ini aku menyewa kereta Perodua VIVA dan bayaran RM90 sehari dengan Ameera Car Rental Company untuk aku bergerak ke sekeliling ibukota Sabah ini termasuk ke Rumah Terbalik, jambatan Tamparuli, Jakel dan One Borneo Mall. 3 hari sebelum ke Sabah telahku tempah untuk penggunaan kereta sewa ini. Ada 7 company sewa kereta telahku hubungi melalui whatsapp dan kesemuanya membalas pertanyaanku namun Aweera Car Rental ini aku tertarik kerana layanan bahasanya bagus walaupun sekadar melalui tulisan di whatsapp. Company sewa kereta lain bukan tak bagus, tapi aku 'bercakap' seperti dengan robot.
Jauh juga jalan kereta ini, telah melebihi 200K KM milerge |
2 Orang yang kecil saja ikut trip kali ini |
Dewasa RM12, kanak-kanak RM6 & 2 Tahun ke bawah percuma |
Aku tertarik dengan kustom pemandu pelancong ini ( Baju kelabu & berkain ) |
Bergambar dulu sebelum keluar |
Kali pertama dulu, aku sudah sampai ke Ranau dan Kundasang, tapi kali ini aku lebih suka berpusing-pusing dalam bandar kota kinabalu sahaja. Lebuhraya di sini boleh dikatakan amat sibuk malah selalu 'jem'. Nasib baik kereta disewa jenis Auto walaupun aku kurang mahir menggunakannya, sempat belajar dari Youtube, tapi tidak mengapa demi untuk keselesaan aku juga malah kereta sewa sekarang kebanyakkannya jenis auto sahaja.
2 Jam dalam Jakel ini |
Sekali keluar, berplastik-plastik bawa balik |
Melalui beberapa pengalaman baru tadi, membuatkan aku rasa berbaloi untuk ke Kota Kinabalu dan yang paling penting jangan malas untuk belajar kerana ilmu tidak mengira usia dan masa untuk mengenalinya.
Dalam One Borneo Mall memang besar la Shopping complex ini |
Arca Di luar Suria Sabah Mall |
Waterfront Kota Kinabalu |
Katanya sekadar bercuci mata, tapi 3 papan mutiara juga di bawa balik hotel |
Kalau berdagang atau berniaga, mulut mesti 'manis'. Itu yang aku pelajari sepanjang Trip di sini. Persaingan yang banyak membuatkan peniaga di sini memberi layanan yang 'high class' untuk pembeli dan pelanggan walaupun cuma setakat servis di warung makan. Lokasi penginapan memang sungguh strategi, siang dan malam keadaannya sentiasa 'hidup'. Selain pasar malam, ada beberapa 'foodtruck' beroperasi malah perkhidmatan urut kaki di laman terbuka ada disediakan.
Baru ku tahu, apabila memasuki negeri lain, kita mesti juga melalui pemeriksaan Imigresen, tapi tak perlu pasport cuma tiket flight dicop untuk pengesahan. Ini cuma untuk warga Sarawak sahaja!!! Special kan.
Pilipino Market |
Memang ramai dan meriah pasar tepi laut ini |
Udang laut segar-segar belaka dengan harga yang sangat berpatutan |
Nang Mantap you!!!! |
FoodTruck ini berselahan pasar malam belakang hotel |
Di laman terbuka ini, rata-ratanya mereka ini penduduk tempatan mencari rezeki dengan cara mengurut kaki |
Sebelum masuk balai berlepas |
Tiket Flight di Cop ( warna Merah ) |
Simpan jadi kenangan |
Kali ini tanah Tamparuli aku jejaki |
'Next trip'..Pontianak kalimantan Indonesia. Insyallah, di tahun akan datang.
No comments:
Post a Comment