Translate

Sunday, 29 December 2019

Kompelen jak tauk!!!!

Scroll up/down laman FB, tiba-tiba terbaca sesuatu yang perlu pelarasan akal yang sihat untuk menentu keperluan tindakan. Rata-rata netizen cuma memberi komen yang tidak menguntungkan mana-mana pihak. Tapi bagi aku, tindakan pemuda memohon bantuan pihak Bomba tersebut tidak bercanggah dengan undang-undang dalam mahkamah Malaysia.

Pemuda tersebut cuma memohon bantuan, terpulang kepada pihak Bomba lagi untuk membantu atau menolak pemohonan tersebut. Dalam kes ini, pihak Bomba turun padang dan membantu menurunkan drone pemuda tersebut yang tersangkut di atas pokok.



 Aku tak tahu, mungkin Pihak Bomba ada satu standard ( SOP ) yang digunapakai dalam menentu sesuatu kes yang harus dikendalikan. Tetapi tindakan kedua pihak aku puji dengan penuh hormat.
i) Tindakan pemuda tersebut meminta bantuan dari Pihak Bomba, siapa lagi dia nak minta bantuan kan?..Tinggi pokok tu. Nak panjat sendiri, tiba-tiba jatuh lain pulang cerita atau di tangkap oleh pihak berkuasa tempatan, lagipun pokok tu nampak penuh dengan lampu hiasan, pasti orang tuduh beliau hendak mencuri lampu pula.

ii) Pihak Bomba datang membantu dan aku yakin ianya telah diputuskan dengan wajar sekali. Seperti kes ular sawa masuk rumah hatta masuk reban ayam pun ada pihak Bomba datang membantu, selagi ianya melibatkan soal nyawa rasanya mereka patut ada di lapangan.

Budayakan semangat saling tolong menolong dan jangan asyik nak pentingkan diri sendiri. Peringatan untuk diri sendiri dan si pembaca laman ini.




 

Wednesday, 25 December 2019

Aku di sini, kau di situ

"Caption" di atas itu, aku dapat dari wall FB kawan. Tak minta izin pun untuk dapatkannya, terus download kerana aku terbayang nak buat 'story' dalam blog ini.

Isu larangan mengucapkan Merry Chrismas mula hangat dibincangkan seawal 3-4 tahun lepas. Bermulanya generasi X mempunyai akaun di FB, Wechat, Whatsap dan sebagainya. Memang pernah dibincang isu ini tapi di dalam kelompok ahli-ahli pakar dan mereka tidak menghebohkan keputusannya.

Apabila dikemudian hari isu ini mula dibangkitkan, maka ulama jadian dan ahli falsafah lantikan media sosial berani mengutarakan pendapat hingga melahirkan pengikut sendiri dan salah seorangnya yang mencipta 'caption' di atas.

Patutkah ucapan "Selamat Hari Natal" di samaratakan dengan "dua Kalimah Syahadah"???

Ucapan 'Selamat hari Natal' sepatutnya disamaratakan dengan ucapan 'Selamat Hari Raya'. Analogi ini amat sepadan manakala Ungkapan 'Dua Kalimat Syahadah' adalah kunci untuk ke Syurga, ianya sungguh tinggi dan tidak setanding dengan ucapan Merry Chrismas. Kalau budak lemah ilmu membaca 'caption' di atas, pasti mereka juga akan terikut dengan pandangan radikal sebegini. Bukan juga aku katakan yang aku ini terlalu berlembut dengan isu ini atau aku jenis yang terlalu terbuka, tetapi dalam dunia nusantara khususnya Negara Malaysia yang kepelbagaian kaum serta agama di dalamnya, aku lebih suka memegang pendapat yang membolehkan aku menyebutnya dengan niat untuk menyemarakkan rasa persaudaraan kejiranan dan nilai hormat sesama teman..Noktah!!!

Mungkin empunya 'caption' di atas dan mereka yang mengikutinya adalah insan yang tidak pernah bergaul rapat dengan orang lain yang tidak sama dengan kaum dan agamanya. Lebih jelas lagi, dalam kampung serta komuniti setempat mereka tiada orang yang berlainan agama dengan mereka, kalau adapun, mungkin jumlah mereka terlalu kecil. Maka segala keputusan mereka lebih menjurus ke arah yang lebih 'keras' malah ada yang terus menjatuhkan hukum. Bila ada yang mengeluarkan hujah dari Al Quran dan hadis, aku angkat tangan tanda mengalah. Bagi aku, tiada guna membakar perasaan orang yang suka membenci pendapat orang lain, sebaiknya aku berdiam diri kerana isu-isu ini tidak merosak pun akidah keimananku.

Sebab itu, dalam agama Islam dituntut untuk berhijrah dan bermusafir agar kita tidak tepu dalam memberi pendapat. Pengalaman dari hasil merantau di tempat orang mampu mengubah sudut pandang penjelasan seseorang.

Balik kepada 'caption' di atas, sebaiknya analogi ucapan berkenaan non-muslim tidak berani mengucapkan 'dua kalimah Syahadah' sepatutnya sepadan dengan satu ucapan doa mereka iaitu 'Dengan nama Tuhan Yesus kami berdoa". Ayat ini sering mereka sebut sewaktu mereka berdoa dan ayat ini barulah boleh dikategorikan sebagai ayat LARANGAN untuk muslim menyebutnya.














Tuesday, 17 December 2019

3 malam di Kota Kinabalu

Kali ini aku menjelajah Kota Kinabalu dengan menaiki kapal terbang. Ini kali ke-2 aku mengunjungi ibukota Sabah. Ini juga pengalaman yang pertama aku menggunakan perkhidmatan Airasia. 'Checkin' menggunakan kiosk memang terkial-kial juga dan pengalaman pertama aku menempah Grab untuk ke Lapangan kapal terbang kerana keretaku di tinggalkan di rumah Area Senadin Miri. Kalau tak kerana ke Sabah, aku tak akan ingin mempelajari perkhidmatan moden ini.

Pemandangan dari udara sebelum tayar Airasia menyentuh tanah Sabah

Ini juga menjadi pengalaman yang pertama apabila aku menempah hotel menggunakan perkhidmatan Agoda. Memang jauh murah kalau dibandingkan membuat pembayaran terus ke kaunter hotel. Aku sengaja memilih Yomi Hotel kerana ia menyediakan sarapan pagi dengan harga yang berpatutan dan juga lokasinya amat strategi bagi memudahkan aku bergerak.

Penghawa dingin, Selesa dan selamat cuma TV kurang siaran
Yang paling menarik, untuk jelajah kali ini aku menyewa kereta Perodua VIVA dan bayaran RM90 sehari dengan Ameera Car Rental Company untuk aku bergerak ke sekeliling ibukota Sabah ini termasuk ke Rumah Terbalik, jambatan Tamparuli, Jakel dan One Borneo Mall. 3 hari sebelum ke Sabah telahku tempah untuk penggunaan kereta sewa ini. Ada 7 company sewa kereta telahku hubungi melalui whatsapp dan kesemuanya membalas pertanyaanku namun Aweera Car Rental ini aku tertarik kerana layanan bahasanya  bagus walaupun sekadar melalui tulisan di whatsapp. Company sewa kereta lain bukan tak bagus, tapi aku 'bercakap' seperti dengan robot.

Jauh juga jalan kereta ini, telah melebihi 200K KM milerge

2 Orang yang kecil saja ikut trip kali ini

Dewasa RM12, kanak-kanak RM6 & 2 Tahun ke bawah percuma
Aku tertarik dengan kustom pemandu pelancong ini ( Baju kelabu & berkain )
Bergambar dulu sebelum keluar

Kali pertama dulu, aku sudah sampai ke Ranau dan Kundasang, tapi kali ini aku lebih suka berpusing-pusing dalam bandar kota kinabalu sahaja. Lebuhraya di sini boleh dikatakan amat sibuk malah selalu 'jem'. Nasib baik kereta disewa jenis Auto walaupun aku kurang mahir menggunakannya, sempat belajar dari Youtube, tapi tidak mengapa demi untuk keselesaan aku juga malah kereta sewa sekarang kebanyakkannya jenis auto sahaja.

2 Jam dalam Jakel ini
Sekali keluar, berplastik-plastik bawa balik
Melalui beberapa pengalaman baru tadi, membuatkan aku rasa berbaloi untuk ke Kota Kinabalu dan yang paling penting jangan malas untuk belajar kerana ilmu tidak mengira usia dan masa untuk mengenalinya.

Dalam One Borneo Mall memang besar la Shopping complex ini
Arca Di luar Suria Sabah Mall
Waterfront Kota Kinabalu
Katanya sekadar bercuci mata, tapi 3 papan mutiara juga di bawa balik hotel
Kalau berdagang atau berniaga, mulut mesti 'manis'. Itu yang aku pelajari sepanjang Trip di sini. Persaingan yang banyak membuatkan peniaga di sini memberi layanan yang 'high class' untuk pembeli dan pelanggan walaupun cuma setakat servis di warung makan. Lokasi penginapan memang sungguh strategi, siang dan malam keadaannya sentiasa 'hidup'. Selain pasar malam, ada beberapa 'foodtruck' beroperasi malah perkhidmatan urut kaki di laman terbuka ada disediakan.

Pilipino Market
Memang ramai dan meriah pasar tepi laut ini
Udang laut segar-segar belaka dengan harga yang sangat berpatutan
Nang Mantap you!!!!
FoodTruck ini berselahan pasar malam belakang hotel
Di laman terbuka ini, rata-ratanya mereka ini penduduk tempatan mencari rezeki dengan cara mengurut kaki
Baru ku tahu, apabila memasuki negeri lain, kita mesti juga melalui pemeriksaan Imigresen, tapi tak perlu pasport cuma tiket flight dicop untuk pengesahan. Ini cuma untuk warga Sarawak sahaja!!! Special kan.

Sebelum masuk balai berlepas
Tiket Flight di Cop ( warna Merah )
Simpan jadi kenangan
Kali ini tanah Tamparuli aku jejaki

'Next trip'..Pontianak kalimantan Indonesia. Insyallah, di tahun akan datang.






Monday, 9 December 2019

Di Lawas nama ini terukir

Karnival Sukan PBT Zon Utara berlangsung lagi tapi kali ini di Lawas tanah indah di penghujung Sarawak. Mulanya aku kurang berminat untuk mengaktifkan diri dalam dunia Sukan ini, kerana sudah lama tidak beriadah di atas gelanggang, namun atas desakkan beberapa teman sama pejabat membuatkan percikan api yang kecil itu mula membara.

Sukaneka dan Bola Tampar saja 'games' ku ceburi, untuk  mengelakkan diri ini tercedera, al maklum la, usia semakin senja jadi aku pilih Sukan yang ringan. Syukur semuanya mendapat kedudukan pertama. Yang paling 'best', aku menjadi Juara Pertandingan Karaoke untuk kali ini. Namun banyak-banyak kisah di Lawas, aku suka untuk abadikan pengalaman menjelajah Kampung Awat-Awat Sundar Lawas menyerang kilang Tahai. ( Sebab itu aku sengaja tidak memenuhkan jadual dengan bersukan, kerana aku ingin berjalan melihat sekitar Lawas )

Sempat ber-pose sebelum masuk  sempadan Sg Tujuh Brunei Darulsalam ( Sumber dari Whatsapp Group )
 
Sup Kambing di Pasar Limbang

 
Juara Pertandingan Bola Tampar ( Sumber dari Whatsapp Group )  
Juara Sukaneka  ( Sumber dari Whatsapp Group ) 
Malam terakhir ber-tema Cowboy ( Sumber dari Whatsapp Group )
Juara Karaoke ( Sumber dari Whatsapp Group ) 
Mr. Sulaiman MD Limbang Juara kostum terbaik
Emas dalam genggam
Tuan Andrew Bonnie my Roomate di Lawas
Pemandangan Kpg Awat-Awat
Bersama Idola
Tambang RM1 seorang untuk ke seberang ( Sumber dari Whatsapp Group )
Geng pemburu ikan tahai ( Sumber dari Whatsapp Group )
Tempat memproses ikan Tahai. Aromanya sungguh menyelerakan.
Sempat juga mengambil gambar dalam keadaan rumah
Tudung Pink itu adalah Tuan rumah tempat membeli ikan tahai
Kenduri Kahwin
Aku pun sukar juga nak terangkan, kenapa kami boleh terjebak masuk ke Majlis Kahwin orang dan dihidangkan makanan, tapi semua ini hasil 'kerjasama' Iswandi ( Depan sekali ambil Gambar )  dengan orang di sana.
Balik dari Dinner, sebelum ke Hotel sempat memburu Payau di sini. Jam 1 pagi ( Sumber dari Whatsapp Group )
Sesungguhnya di Lawas, aku punyai banyak kenangan manis. Masih banyak tempat yang belum ku lawati di sekitarnya. Insyallah, andai ada rezeki, aku akan kembali lagi ke sini.

Sunday, 8 December 2019

Aku tak setuju!!!

Tidak pratikal langsung keputusan yang dibuat. Bukan juga aku nak mempertikaikan rezeki seseorang, namun ada baiknya di beri keistimewaan ini kepada Pekerja yang bertaraf sambilan/sementara/kontrak bekerja dengan kerajaan Negeri Sarawak, ada yang sudah lebih 5 tahun memegang 'tittle' tersebut. Lagipun mereka yang bekerja dengan kerajaan Persekutuan memang sudah ada diberi bonus.

Sepatutnya mereka lebih diutamakan kerana sumbangan mereka tidak dapat dinafi akan keberkesanannya dan paling penting adalah ketidak akan jaminan kerja yang tetap, memaksa aku meletakkan mereka menjadi pilihan utama untuk mendapat bonus ini. 

Ingin menjaga Sarawak, maka utamakan dulu kepentingan yang terkait rapat dengan Orang Sarawak. 

"Orang Sarawak pun ada kerja di Jabatan Persekutuan?"

Benar!!!!..Namun harus diingat, bonus diberi adalah untuk membantu mereka yang amat memerlukan dan mereka itu adalah yang tiada keistimewaan pun dalam perkhidmatan kerajaan namun bekerja dengan kerajaan.