Translate

Tuesday, 29 November 2016

Rohingya, kau Persona non Grata


Sedih dengan berita di kaca TV dan ruang internet berkenaan Etnik Rohingya di Mynmar yang di bantai secara sadis oleh penganas Buddha malah tentera Mynmar sendiri membantu dalam pembantaian tersebut. Pembunuhan ini boleh di kategori sebagai mangsa Genosid@Penghapusan etnik. Andaikata mereka bukan beragama Islam sekalipun, aku akan tetap menulis di blog ini, meluah rasa kebencian di atas sikap kejam yang tidak sepatutnya dilakukan terhadap sesama manusia.


Kalau ditelusuri perjalanan sejarah Etnik Rohingya ini sebenarnya nenek moyang mereka berasal dari campuran Arab, Turki, Parsi, India dan Monggolia. Kewujudan mereka di bumi Myammar bermula sejak di kurun ke 11 Masihi lagi iaitu sejajar dengan perkembangan Islam di Myammar. Pada masa perkembangan agama Islam, saudagar dan juga mubaligh Arab, India, Parsi dan sebagainya telah pertama kalinya menjejak kaki mereka di lembah Sungai Ayevarwady, Semenanjung Tanitharyi dan Rakhine (Arakan) yang terletak di sebelah barat Myammar sekarang. Mereka memperkembangkan sinar Islam di sana dan akhirnya berasimilasi dengan penduduk tempatan iaitu etnik Arakan mahupun juga turut membawa keluarga mereka bersama-sama berhijrah mendiami wilayah tersebut. Dan di bumi Myammar yang majoritinya beragama Buddha juga mempunyai etnik pribumi mereka yang dikenali sebagai etnik Shan yang majoritinya memeluk agama Islam hasil daripada penyebaran agama Islam ke Myanmar itu sendiri.

Apabila orang mengatakan ( di ruang komen FB dan blog ) bahawa Etnik Rohingya ini berasal dari Bangladesh, aku automatik ‘cop’kan mereka sebagai malas membaca dan buta sejarah dunia. Ada juga mengatakan bahawa Etnik ini pemalas dan pengotor. 

Perlu kita fahami, bahawa kehidupan mereka ini "terlewat' 50 tahun di belakang kita. Selama ini mereka dinafikan hak kewarganegaraan, Pendidikan, kesihatan, sosial ekonomi malah di pulaukan dari seluruh aspek kehidupan moden. Contoh yang paling mudah untuk difahami ialah, kita tidak patut bertanya berkenaan application Whatsapp, instagram atau wechat, jauh lagi Smule kepada orang kampung yang tidak ada internet di kawasan kejiranannya. Sebab pengetahuan sebegini tidak dimiliki oleh mereka. Dan itu yang berlaku dengan Etnik Rohingya ini.


Aku bukan pakar untuk menghuraikan alasan-alasan kenapa kerajaan Malaysia membisu dalam perkara ini walaupun pelbagai andaian telah diketengahkan termasuklah rela membisu semata-mata untuk menjaga hubungan sesama Negara rantau Nusantara. Aku juga belum mendengar bantahan keras dari Negara Islam di rantau ini seperti Brunei dan Indonesia melainkan suara – suara kecil dari NGO dan persatuan kampung sahaja. Organisation of Islamic Cooperation (O.I.C) pun belum mengeluarkan kenyataan berkenaan perkara ini sedangkan Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57 negara-negara Islam seluruh dunia.

Benar apa yang telah disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW 1400 tahun lalu, yang tertulis dalam Hadis yang diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring/talam  dan mengajak orang lain makan bersama.”

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”
Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak berarti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.” 
Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?”
 Jawab Rasulullah SAW, “Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.” 
Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu al-Wahn?”
Rasulullah SAW bersabda: “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”
Ya, kita umpama buih-buih di lautan. Biarpun banyak namun sungguh lemah. Bayangkan sebanyak 57 Negara Islam bergabung dalam satu Pertubuhan yang di sebut O.I.C pun, namun tidak dapat memberi reaksi yang sewajarnya terhadap perkara ini.

Kata Syeikh Ali Tantawi ( 1909-1999)
“Pada hari orang lain kena, kita rasa kita selamat dan kita membiarkannya...KEMUNGKINAN pada suatu hari Allah SWT akan membawa hal yg sama ke atas kita kerana ketidak-perihatinan kita terhadap nasib orang lain".

Kalau Faizal Tahir pernah menanggis sewaktu mendengangkan Lagu 'Assalamualaikum' dihadapan budak Syria, maka aku juga terdetik sendu apabila mendengar lagu 'Hujan Airmata' dari kumpulan XPDC.

Seorang Muslim wajib membantu saudara Muslim yang lain, namun bagi diri ini, kemampuanku cuma mampu menulis dan berdoa untuk menzahirkan rasa bantahan dan diharapkan luahan ini sekurang-kurangnya ada jawapanku untuk membela diri apabila berhadapan dengan Allah SWT di akhirat kelak.




No comments:

Post a Comment