Translate

Wednesday, 2 November 2016

Karnival Sukan PBT Sarawak Edisi ke-3


Lokasinya di Ibu negeri Sarawak iaitu Kuching bertarikh mula 27-29.Okt.  Seramai lebih daripada 1,000 kakitangan yang mewakili 24 agensi pihak berkuasa tempatan (PBT) menyertai Karnival Sukan PBT ini.
Sebanyak 14 acara sukan dipertandingkan iaitu sepak takraw, dart, catur, karom, ping pong, sukaneka, bola sepak, futsal, badminton, boling, petanque, bola jaring, bola tampar dan golf.
Untuk 6 acara sukan iaitu sepak takraw, dart, catur, karom, pingpong, sukaneka diadakan di Kolej Multimedia Telekom Malaysia, Jalan Sultan Tengah serta menjadi venue utama Karnival PBT kali ini.
Venue lain yang turut digunapakai ialah Padang Bola Sepak HDC (bola sepak), Sport Planet Demak (futsal), Dewan Badminton PBBS, Jalan Samariang (badminton), Pusat Boling Megalane Batu Kawa (boling), Gelanggang Petanque Santubong (petanque), Stadium Tertutup MBKS (bola jaring), Stadium Tertutup Datuk Kawada, Muara Tabuan (bola tampar) dan Kelab Golf Sarawak (golf).
Namun aku lebih suka berkongsi photo-photo kenangan, pengalaman, sepanjang perjalanan, susah dan senang bersama kakitangan Majlis Daerah Marudi dalam melalui Karnival sukan ini berlangsung. Untuk PBT kecil seperti Majlis Daerah Marudi, kami cuma menyertai sukan Bola Tampar, bolasepak, Dart, Ping Pong dan Badminton sahaja. Seramai 43 orang ‘Atlet’ dari Majlis Daerah Marudi dan itupun masih tidak mencukupi sehingga kami terpaksa melepaskan Sukan Bola tampar di saat akhir kerana bertindih jadual dengan sukan Ping Pong disebabkan 'Atlet' yang sama bermain untuk sukan yang berlainan ditambah lagi setiap 'Venue'@lokasi jauh jaraknya.

Tapi terlebih dahulu sejuta kepujian kepada Presiden KESURA Tuan Mohd Nazir beserta urusetianya yang telah bergabung tenaga mengatur masa, perjalanan dan lokasi persinggahan. Tidak dilupa juga kepada semua sahabat-sahabat yang telah banyak memberi buah fikiran sepanjang berkampung di Bandaraya Kuching. Tanpa kerjasama semua pihak, ‘trip‘ perjalanan ini pasti hambar dan tidak bermaya.

Minta maaf seandainya photo-photo kurang jelas@kabur kerana kebanyakkan photo ini aku perolehi dari Whatsapp.

Keberangkatan Kontijen menggunakan Perkhidmatan Bas dari Terminal Bas Miri dengan jadual perjalanan selewat jam 6 petang dan dijangka sampai ke Merdeka Palace Hotel & Suites kuching jam 9 pagi keesokan hari.
Singgah sebentar di Pekan Serian, mengenturkan urat & tulang selepas semalaman duduk dalam Bas.
Tuan Bakri menghantar Laporan terus ke Marudi ( Kiri sekali )
Kami sudah sampai..Acara menurun Beg dari Bas bermula
Sementara menunggu waktu Check-in, kami dibenarkan meletakkan Beg di Lobi Hotel dan mengambil kesempatan untuk berpusing mencari makanan di sekitar hotel terutamanya di shopping Complex Plaza Merdeka, Electra House dan India Street.

Pemandangan dari Tingkat 17 Hotel Merdeka Palace


Acara Sukan yang paling best..Shopping
Longgokan baju Jersi yang telah disusun mengikut Sukan yang yang disertai.
Proses pembahagian baju di Bilik No; 1708.


Taklimat ringkas yang terakhir berkenaan jadual Karnival bermula besok.
Beruntungnya aku dapat tidur di bilik bersama bekas@Mantan Presiden, Presiden Kelab, Timb. Presiden yang baru. Walaupun ada sedikit gangguan seawal jam 4 pagi pada malam pertama, namun aku tidak serik juga untuk terus bersama kerana aku dapat mempelajari cara sistem kerja 'Otai-Otai Minisi' ini.
Gabungan Pasukan Dart, Badminton & Bolatampar
Pasukan Gimnastik Artistik berirama..hehehe
Barisan terkuat Pasukan Badminton diketuai oleh Tuan Alex Kalong ( No 3 dari kanan )
Pasukan Bola Tampar, Bergambar kenangan bersama Tuan SU.
Taklimat ringkas dari Tuan SU

Pasukan Bola Tampar yang di ramal menjadi Juara, namun terpaksa di-walkover kerana  ada pemain yang terpaksa bernain untuk Sukan Ping Pong pada masa yang sama namun di Venue yang berlainan. Pasukan ini telah mengalahkan Juara Bola Tampar ( DBKU ) untuk Karnival Sukan PBT kali ini sewaktu dalam peringkat kumpulan lagi.


Pasukan Ping Pong tengah beraksi
Juara dunia 12 kali, Mr Mudin untuk sukan Dart

Baling mata Dart, sambil fikir anak di Marudi Puan Regina....
Gambar kenangan  Tuan SU bersama Pasukan Bola Sepak

Dengan mengekalkan kata semangat
GAYA, MUTU & KEUNGGULAN..Tahniah semua...
Majlis makan malam  Penangguhan Karnival Sukan PBT Sarawak.
Baju paling mahal
Lepas makan, muka ada si'nyummmm

Tingkat 8 punya cerita
Sempat mencuci mata di Pasar Serikin
Pose istimewa bersama Yang Berbahagia Tuan Abdul Razak di Lobi Dewan Undangan Negeri Sarawak
Siap sedia menanti Bas untuk pulang ke Miri
Sebelum bertolak balik, sempat membuat satu Pose kenangan dengan Nama MERDEKA PALACE  jadi 'background'. Sayangnya, ada sebahagian yang lain termasuk aku tidak ada dalam photo ini.


Meminjam kata-kata Tuan Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan Sarawak Bakrie Zaini sewaktu Perasmian Karnival Sukan ini di Kolej Multimedia TM. Dalam ucapannya:
“Objektif penganjuran Karnival Sukan PBT adalah untuk mengeratkan silaturahim antara pegawai-pegawai PBT melalui sukan. Melalui penganjuran karnival sukan sebegini, kita semua berpeluang bersama-sama memerah tenaga bermuafakat bagi menyatakan komitmen kepada pasukan kita. Saya berharap semangat sebegini akan menjadi amalan kita semua dalam menjalankan tugas seharian dalam menyampaikan perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat sekali gus memakmurkan negeri ini,” katanya.

Sahabatku, tidak kira apapun Pangkat, agama, jantina dan usia kita. Anda telah buktikan yang terbaik untuk Karnival Sukan PBT kali ini. Andai ada rezeki dan kesihatan yang mengizinkan…semoga kita jumpa lagi di Bintulu 2 tahun dari sekarang.


No comments:

Post a Comment