Sedih dengan berita di kaca
TV dan ruang internet berkenaan Etnik Rohingya di Mynmar yang di bantai secara
sadis oleh penganas Buddha malah tentera Mynmar sendiri membantu dalam
pembantaian tersebut. Pembunuhan ini boleh di kategori sebagai mangsa Genosid@Penghapusan
etnik. Andaikata mereka bukan beragama Islam sekalipun, aku akan tetap menulis
di blog ini, meluah rasa kebencian di atas sikap kejam yang tidak sepatutnya
dilakukan terhadap sesama manusia.
Kalau ditelusuri perjalanan
sejarah Etnik Rohingya ini sebenarnya nenek moyang mereka berasal dari campuran
Arab, Turki, Parsi, India dan Monggolia. Kewujudan mereka di bumi Myammar bermula sejak di kurun ke 11 Masihi
lagi iaitu sejajar dengan perkembangan Islam di Myammar. Pada masa perkembangan
agama Islam, saudagar dan juga mubaligh Arab, India, Parsi dan sebagainya telah
pertama kalinya menjejak kaki mereka di lembah Sungai Ayevarwady, Semenanjung
Tanitharyi dan Rakhine (Arakan) yang
terletak di sebelah barat Myammar sekarang. Mereka memperkembangkan
sinar Islam di sana dan akhirnya berasimilasi dengan penduduk tempatan iaitu
etnik Arakan mahupun juga turut membawa keluarga mereka bersama-sama berhijrah
mendiami wilayah tersebut. Dan di bumi Myammar yang majoritinya beragama Buddha
juga mempunyai etnik pribumi mereka yang dikenali sebagai etnik Shan yang
majoritinya memeluk agama Islam hasil daripada penyebaran agama Islam ke
Myanmar itu sendiri.
Apabila orang mengatakan ( di ruang komen FB dan blog ) bahawa Etnik Rohingya ini berasal dari Bangladesh,
aku automatik ‘cop’kan mereka sebagai malas membaca dan buta sejarah dunia. Ada juga mengatakan bahawa Etnik ini pemalas dan pengotor.
Perlu kita fahami, bahawa kehidupan mereka ini "terlewat' 50 tahun di belakang kita. Selama ini mereka dinafikan hak kewarganegaraan, Pendidikan, kesihatan, sosial ekonomi malah di pulaukan dari seluruh aspek kehidupan moden. Contoh yang paling mudah untuk difahami ialah, kita tidak patut bertanya berkenaan application Whatsapp, instagram atau wechat, jauh lagi Smule kepada orang kampung yang tidak ada internet di kawasan kejiranannya. Sebab pengetahuan sebegini tidak dimiliki oleh mereka. Dan itu yang berlaku dengan Etnik Rohingya ini.
Aku bukan pakar untuk menghuraikan alasan-alasan kenapa kerajaan Malaysia membisu
dalam perkara ini walaupun pelbagai andaian telah diketengahkan termasuklah rela
membisu semata-mata untuk menjaga hubungan sesama Negara rantau Nusantara. Aku juga
belum mendengar bantahan keras dari Negara Islam di rantau ini seperti Brunei dan
Indonesia melainkan suara – suara kecil dari NGO dan persatuan kampung sahaja. Organisation of Islamic
Cooperation (O.I.C) pun belum
mengeluarkan kenyataan berkenaan perkara ini sedangkan Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57
negara-negara Islam seluruh dunia.
Benar apa yang telah disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW 1400 tahun lalu, yang tertulis dalam
Hadis yang diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa
Rasulullah SAW bersabda:
“Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan
lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang
menghadapi piring/talam dan mengajak
orang lain makan bersama.”
Maka para sahabat r.a. pun bertanya, “Apakah ketika itu umat
Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”
Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi
tidak berguna, tidak berarti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat
buih di laut.”
Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih
di laut?”
Jawab Rasulullah
SAW, “Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.”
Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu al-Wahn?”
Rasulullah SAW bersabda: “Cintakan dunia dan takut akan
kematian.”
Ya, kita umpama buih-buih di lautan. Biarpun banyak namun sungguh lemah.
Bayangkan sebanyak 57 Negara Islam bergabung dalam satu Pertubuhan yang di
sebut O.I.C pun, namun tidak dapat memberi reaksi yang sewajarnya terhadap
perkara ini.
Kata Syeikh Ali Tantawi ( 1909-1999)
“Pada hari orang lain kena, kita rasa kita selamat dan kita membiarkannya...KEMUNGKINAN pada suatu hari Allah SWT akan membawa hal yg sama ke atas kita
kerana ketidak-perihatinan kita terhadap nasib orang lain".
Kalau Faizal Tahir pernah menanggis sewaktu mendengangkan Lagu 'Assalamualaikum' dihadapan budak Syria, maka aku juga terdetik sendu apabila mendengar lagu 'Hujan Airmata' dari kumpulan XPDC.
Seorang Muslim wajib membantu saudara Muslim yang lain, namun bagi diri ini, kemampuanku cuma mampu menulis dan berdoa untuk menzahirkan
rasa bantahan dan diharapkan luahan ini sekurang-kurangnya ada jawapanku untuk
membela diri apabila berhadapan dengan Allah SWT di akhirat kelak.