Gatal
jiwaku membuatkan aku terus menulis sesuatu yang memang sudah lama aku
pendamkan dalam hati. Dalam kes yang pertama, disuatu ketika dulu, di dalam group whatsapp, aku pernah
mempertikaikan cara etika berpakaian yang menjolok mata menggunakan corak bendera Malaysia.
Sayangnya aku terlupa untuk ‘screenshot’ dialog kami di dalam whatsapp
tersebut.
Aku
tidak bermasalah andainya membuat baju dengan potongan yang sopan dan menutup
aura biarpun menggunakan kain bendera Malaysia atau bendera Sarawak sekalipun.
Tapi aku sensitif apabila orang Malaysia sendiri merendahkan martabat Negara
Malaysia itu dengan berpakaian menjolok mata. Di mana rasa hormatnya dengan Si
Malaysia tersebut?
Aku
tegur dengan nada cara untuk membangkitkan daya akal untuk berfikir, namun ada
pula yang menentang. Dengan alasan, biarpun di luarnya nampak teruk, tapi di
dalam kita tidak tahu. Dia baik pada semua. Mesti menghormati orang lain.
Dan
akhirnya aku pula dituduh sebagai pembawa dosa dan fitnah. Geram hatiku untuk
membalas, tapi aku sudahi dengan meminta maaf kerna aku sedar, mereka bukan
lawan untuk berbalas hujah. Mereka tidak memahami sesuatu isu. Aku bukan
menyerang peribadi individu tersebut, tapi aku mempertikai cara potongan Baju
bercorak Malaysia tersebut. Tidak kira dia India, cina, kayan hatta Melayu
sekalipun. Mungkin disebabkan untuk tidak mengeruhkan keadaan, semua berita
Perdana tidak ‘meg-highlight-kan’ perkara ini biarpun malam tersebut si dia
dijemput untuk menyanyi bagi program Malam 31 Ogos di Pekan ‘tritonga’.( nama sebuah penempatan mahluk asing di
planet Marikh dalam Filem John Carter )
Biarpun
hati sakit, namun aku gagahi juga untuk terus berada dalam group tersebut demi
menjaga maruah yang tercalar. Aku tahu Tuhan Maha melihat dan akhirnya perkara yang
sama berulang lagi.
Geram
hatiku ingin membawa perkara ini ke dalam group, tapi aku telah berjanji dengan
diriku sendiri untuk tidak lagi membawa perkara yang ‘berat’ untuk dibahaskan
dalam group tersebut namun aku yakin ‘mereka’ pasti terasa dengan cerita 9 ekor
kanggaru berseluar dalam bercorak bendera Malaysia di hadap ke Mahkamah….Tuhan
Maha Adil.
Bagiku,
tiada beza kes pertama dengan kes yang kedua, mungkin mereka berniat baik dan
untuk bergembira. Maksudku berniat ‘bergembira’ apabila melihat cara fikir nitizen
memberi pendapat berkenaan kes 9 rakyat Australia yang menggunakan seluar dalam
berlambangkan Bendera Malaysia, kebanyakannya tidak ambil kisah dan cuba untuk membandingkan
dengan cara Negara luar yang tidak sensitif serta tidak marah dengan cara pemakaian tersebut. Di ambil
contoh seperti atlet dari Brazil yang cuma ber-bikini berlambangkan bendera Negara
mereka atau ahli gusti yang menggunakan seluar dalam berlambang Negara yang
mereka wakili. Semuanya bebas tanpa bantahan dari rakyat Negara mereka. Namun netizen
ini tidak berfikir soal BUDAYA.
Budaya
di luar sana, andai ber-bikini dan berseluar dalam sahaja tidak menjadi
kesalahan berjalan dan berlari di khalayak ramai. Maka mereka mengenakan cara
berpakaian ( bercorak bendera ) juga tidak menjadi satu kesalahan.
Di
Malaysia , Allahyarham Sudirman pun mengenakan Baju dan songkok bercorak
bendera Malaysia sewaktu membuat persembahan tika hari Merdeka sebegitu juga
Dato Siti Nurhaliza tapi dengan potongan yang tidak menjolok mata. Maka ianya
tidak menjadi kesalahan.
Andaikata
9 ekor kanggaru itu mengenakan kemeja bercorak bendera Malaysia sewaktu di
litar Sepang tersebut, ianya boleh jadi Viral yang positif bukan sebaliknya
yang berlaku kini.
Aku
akhiri dengan Semangat Patriotik Tuan Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan sewaktu
sesi Photo bersama Pemimpin KTT G20 di ST. Peterburg, Rusia.
Dalam
sebuah video yang terakam pada Jumaat, 6 September 2013, Erdogan yang tiba di
tempat sesi bergambar bersama PM Britain, David Cameron, mengambil gambar
bendera yang berada di bawah kakinya. Padahal bendera-bendera tersebut sengaja
diletakkan oleh panitia untuk menandakan posisi para pemimpin itu berdiri.
Dalam
sesi bergambar bersama itu, Erdogan berdiri diapit oleh Councelor Jerman,
Angela Merkel dan PM India, Manmohan Singh. Di depannya terdapat Presiden
Republik Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono. Aksi pungut bendera itu disedari
pertama kali oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, Cameron dan Merkel
yang berdiri tidak jauh dari Erdogan.
Tersentak
ketiganya langsung tertawa melihat aksi Erdogan. Reaksi terkejut terlihat jelas
di raut wajah Presiden Argentina, Cristina Fernández de Kirchner. Dia pasti tidak menyangka ada seorang pemimpin yang rela memungut bendera karena tidak
rela MARUAH itu dipijak.
Balik kepada kes yang pertama dan
kedua tadi. Kalau ingin dihormati orang, pastikan anda menghormati diri anda terlebih dahulu.