Translate

Wednesday, 28 December 2016

Bila terasa sunyi


Apa yang aku kongsikan ini, memerlukan kepada 'ilmu' memerhati secara dalaman. Tidak ramai orang membaca dengan matahati, kebanyakkannya lebih suka membaca secara tersurat sahaja apatahlagi membaca berita di Suratkhabar. 

Selepas makan tengahari, aku membelek halaman kertas Suratkhabar Utusan Borneo. Di Pekan Long Lama ini, cuma ada Suratkhabar Utusan Borneo, Borneo Post dan Siew hua Daily News ( B.cina ) sahaja yang ada dijual. Kalau nak beli Berita Harian, Harian Metro atau suratkhabar yang lain, terpaksa naik kenderaan 2 jam perjalanan pergi ke Bandar Miri. 

Ketagihan membaca Suratkhabar ini sukar dibendung. Mungkin disebabkan usia yang sudah memahami keperluan maklumat yang tepat dan sahih, membuatkan aku suka membaca dari arus Media masa perdana sebegini. Walaupun pelbagai jenis surakhabar aku pernah baca, aku akan kembali mencari Suratkhabar Utusan Borneo ini juga. Surakhabar lain, seperti tidak mampu memuaskan kehendakku dengan kelaparan maklumat dan apabila aku membaca, aku lebih suka membaca dari belakang. Bermula dari berita Dunia, sukan kemudian ke tempatan.

Namun kali ini aku tertarik berita dari ruangan tempatan, apabila salah seorang ADUN pembangkang yang mempertikaikan Pengumuman dari Kementerian Perdagangan dalam Negeri, koperasi dan kepenggunaan ( KPDNKK ) berkenaan ' Jualan Mega '. Mengikut tarikh yang diwaktakan iaitu :

a)   01 - 30 March         
b)   15 Jun - 30 Ogos
c )  01 Nov - 31 Dis  sepanjang tahun 2017


Beliau mempertikaikan tarikh tersebut disebabkan tidak selari dengan tarikh cuti/perayaan Gawai ( Sarawak) dan Keamatan ( Sabah ). Katanya lagi, ini telah menghilangkan peluang penyambut perayaan tersebut  untuk menikmatan pembelian jualan murah. Kalau dibaca sepintas lalu, ada betul juga kata Amoi ini, tapi kalau diperhalusi lagi, maka nampak kepincangan dari beberapa aspek.

Ada 2 perkara sahaja aku nak dia fikirkan sebelum mengulaskan isu ini:

PERTAMA:
Wakil rakyat ini sepatutnya membaca se-khatam mungkin untuk memahami berita di Suratkhabar. Sudah jelas tertulis bahawa ada SATU KALI jualan murah mengikut pilihan sendiri. Mungkin peniaga boleh memilih tarikh yang dekat Perayaan tersebut untuk membuat jualan murah dan yang..

KEDUA:

Wakil Rakyat tersebut tidak sepatutnya cuma mempertikaikan Tarikh Perayaan Gawai dan Keamatan sahaja, bagaimana dengan Perayaan yang lain seperti Tahun Baru Cina dan Hari Raya? Tarikh yang diwartakan pun tidak selari dengan perayaan tersebut. Andai kita mengambil cara fikir ADUN tersebut, sudah pasti masalah ini tidak akan selesai.

Teramat rugi bagi rakyat di kawasan yang di jaga ADUN tersebut kerana 'menyimpan' seorang wakil rakyat yang punyai tahap pemikiran yang sudah tepu. Aku andaikan dia 'menyalak' ini kerana untuk mengangkatkan lagi namanya  kerana selama ini, berita perkembangannya sudah tiada disensasikan lagi.

Ada baiknya beliau mencari seorang Setiausaha sulit yang dapat menghuraikan setiap isu sebagai bahan rujuk sebelum hendak diperkatakan dikhalayak ramai atau beliau perlu belajar untuk mendengar dan menerima pendapat orang lain.


Dan ada baiknya juga kalau beliau lebih mempersoalkan keputusan Mohd Roslan Mahayudin selaku Pengarah Penguatkuasa KPDNKK yang telah mewartakan 4 kali jualan Murah dalam setahun sedangkan dulu 5 kali dalam setahun daripada beliau mempertikaikan pemilihan tarikh tersebut. Sebenarnya kekerapan jualan murah dalam setahun (5 kali) pasti membantu pembeli untuk mengelak dari membeli dengan harga mahal dan secara tidak langsung, merancakkan aliran matawang dalam urusniaga domestik.




Wednesday, 14 December 2016

Projek kaca



Setiap kali menghampiri penghujung tahun, Pekan Long Lama pasti sunyi. Kebanyakkan 'wargakota'nya keluar bercuti ke bandar mengambil kesempatan cuti Sekolah yang panjang. Dari pemerhatianku juga, ada ibubapa membawa anak-anak mereka balik ke kampung halaman dan ke Kem-kem pembalakan, tempat mereka bekerja. Yang tinggal cuma penduduk tetap dan pegawai kerajaan seperti aku yang tidak bercuti ini.



Dengan keadaan suasana pekan yang santai dan tenang ini, aku mengambil kesempatan membuat satu projek besar untuk Restaurant Ya Salam. Mengubah wajah dan memberi nafas baru untuk tahun baru.

Dengan bantuan tenaga pakar dari Marudi ( anak buahku ) bergabung dengan kehebatan skill anakku, maka Projek ini aku serah sepenuhnya kepada mereka berempat. Walaupun ia nampak seakan mudah, namun ianya memerlukan kesabaran, pemikiran kritis dan keberanian untuk menghasilkan sesuatu yang baru.


Biru lembut di pilih untuk menjadi Latar warna belakangnya. Selepas dibiar semalaman, kemudian baru di buat corak "freestail" dengan garisannya dibuat terlebih dahulu menggunakan pita pelekat. Oh ya, tidak di lupa juga bantuan dari Pak Mertua yang sudi membantu untuk mengecat warna latar ini. Tidak dapat tidur semalaman tercium bau cat minyak ini.

Peralatan yang diperlukan seperti beberapa tong cat, 5 berus cat dan pita pelekat dan untuk menjimatkan kos, semua peralatan di beli di bandar Miri. Kalau dibeli di sini ( Long Lama ), harganya naik 2 kali ganda.



Mengambil masa cuma 2 hari sahaja untuk di siapkan. Bermula dari pukul 9 malam hingga 5.30 pagi. Kenapa aku gelarkan Projek ini ' Projek Kaca'?..Kerana hasilnya seperti kepingan kaca yang dilekat di dinding.

Tuesday, 29 November 2016

Rohingya, kau Persona non Grata


Sedih dengan berita di kaca TV dan ruang internet berkenaan Etnik Rohingya di Mynmar yang di bantai secara sadis oleh penganas Buddha malah tentera Mynmar sendiri membantu dalam pembantaian tersebut. Pembunuhan ini boleh di kategori sebagai mangsa Genosid@Penghapusan etnik. Andaikata mereka bukan beragama Islam sekalipun, aku akan tetap menulis di blog ini, meluah rasa kebencian di atas sikap kejam yang tidak sepatutnya dilakukan terhadap sesama manusia.


Kalau ditelusuri perjalanan sejarah Etnik Rohingya ini sebenarnya nenek moyang mereka berasal dari campuran Arab, Turki, Parsi, India dan Monggolia. Kewujudan mereka di bumi Myammar bermula sejak di kurun ke 11 Masihi lagi iaitu sejajar dengan perkembangan Islam di Myammar. Pada masa perkembangan agama Islam, saudagar dan juga mubaligh Arab, India, Parsi dan sebagainya telah pertama kalinya menjejak kaki mereka di lembah Sungai Ayevarwady, Semenanjung Tanitharyi dan Rakhine (Arakan) yang terletak di sebelah barat Myammar sekarang. Mereka memperkembangkan sinar Islam di sana dan akhirnya berasimilasi dengan penduduk tempatan iaitu etnik Arakan mahupun juga turut membawa keluarga mereka bersama-sama berhijrah mendiami wilayah tersebut. Dan di bumi Myammar yang majoritinya beragama Buddha juga mempunyai etnik pribumi mereka yang dikenali sebagai etnik Shan yang majoritinya memeluk agama Islam hasil daripada penyebaran agama Islam ke Myanmar itu sendiri.

Apabila orang mengatakan ( di ruang komen FB dan blog ) bahawa Etnik Rohingya ini berasal dari Bangladesh, aku automatik ‘cop’kan mereka sebagai malas membaca dan buta sejarah dunia. Ada juga mengatakan bahawa Etnik ini pemalas dan pengotor. 

Perlu kita fahami, bahawa kehidupan mereka ini "terlewat' 50 tahun di belakang kita. Selama ini mereka dinafikan hak kewarganegaraan, Pendidikan, kesihatan, sosial ekonomi malah di pulaukan dari seluruh aspek kehidupan moden. Contoh yang paling mudah untuk difahami ialah, kita tidak patut bertanya berkenaan application Whatsapp, instagram atau wechat, jauh lagi Smule kepada orang kampung yang tidak ada internet di kawasan kejiranannya. Sebab pengetahuan sebegini tidak dimiliki oleh mereka. Dan itu yang berlaku dengan Etnik Rohingya ini.


Aku bukan pakar untuk menghuraikan alasan-alasan kenapa kerajaan Malaysia membisu dalam perkara ini walaupun pelbagai andaian telah diketengahkan termasuklah rela membisu semata-mata untuk menjaga hubungan sesama Negara rantau Nusantara. Aku juga belum mendengar bantahan keras dari Negara Islam di rantau ini seperti Brunei dan Indonesia melainkan suara – suara kecil dari NGO dan persatuan kampung sahaja. Organisation of Islamic Cooperation (O.I.C) pun belum mengeluarkan kenyataan berkenaan perkara ini sedangkan Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57 negara-negara Islam seluruh dunia.

Benar apa yang telah disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW 1400 tahun lalu, yang tertulis dalam Hadis yang diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring/talam  dan mengajak orang lain makan bersama.”

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”
Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak berarti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.” 
Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?”
 Jawab Rasulullah SAW, “Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.” 
Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu al-Wahn?”
Rasulullah SAW bersabda: “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”
Ya, kita umpama buih-buih di lautan. Biarpun banyak namun sungguh lemah. Bayangkan sebanyak 57 Negara Islam bergabung dalam satu Pertubuhan yang di sebut O.I.C pun, namun tidak dapat memberi reaksi yang sewajarnya terhadap perkara ini.

Kata Syeikh Ali Tantawi ( 1909-1999)
“Pada hari orang lain kena, kita rasa kita selamat dan kita membiarkannya...KEMUNGKINAN pada suatu hari Allah SWT akan membawa hal yg sama ke atas kita kerana ketidak-perihatinan kita terhadap nasib orang lain".

Kalau Faizal Tahir pernah menanggis sewaktu mendengangkan Lagu 'Assalamualaikum' dihadapan budak Syria, maka aku juga terdetik sendu apabila mendengar lagu 'Hujan Airmata' dari kumpulan XPDC.

Seorang Muslim wajib membantu saudara Muslim yang lain, namun bagi diri ini, kemampuanku cuma mampu menulis dan berdoa untuk menzahirkan rasa bantahan dan diharapkan luahan ini sekurang-kurangnya ada jawapanku untuk membela diri apabila berhadapan dengan Allah SWT di akhirat kelak.




Tuesday, 8 November 2016

Mencipta Replika model Robot & Monumen dari bahan 3R

‘HARI BERSAMA MAJLIS’ telah diadakan buat julung kalinya di pekan Long Lama. Pengisian programnya lebih kepada mengutip cukai namun diselitkan juga aktiviti –aktiviti yang belum pernah dilakukan di pekan ini seperti Jogathon dengan pelbagai kategori serta aktiviti yang lain.




Taklimat daripada Ketua Penyelaras En Nadzarunie kepada "Riders" yang membawa Bendera Larian Jogathon

Taklimat untuk AJK 'Checkpoint'

En. Nazir@King Rider memberi Taklimat untuk anak buahnya
Hadiah serta wang Tunai yang menanti para pemenang

Untuk memanaskan suasana pagi, urusetia Program telah menjemput Instructor senamrobik dari Miri dan telah mengambil masa selama 30 minit untuk sesi senamrobik tersebut. Kemudiannya baru ke agenda yang seterusnya iaitu Larian Jogathon.









Pertandingan memancing yang julung kali dibuat di Pekan Long Lama ini. Penyertaannya terpaksa di  'koata'kan ( 30 orang sahaja ) disebabkan permohonan terlalu banyak.


Adik Andrian dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Memancing Kategori "Yang terberat"

Meriahnya tebingan sungai 


Barisan Urusetia Pertandingan Memancing

Untuk Pertandingan membuat Model replika Robot dan Monumen dari barang serta peralatan yang terpakai@buang. Penyertaannya sungguh ramai. Yang paling mengembirakan, apabila aku diberitahu, bahawa para guru dan ibubapa turut sama membantu membuat model robot bersama anak-anak mereka.









Tidak dilupa juga kepada anak kecil yang berumur seawal 6-7 tahun untuk mengikuti pertandingan mewarna. Untuk pertandingan mewarna ini juga, telah dibahagikan kepada 3 kategori.

a) Kategori Tabika/Prasekolah
b) Kategori Tahap 1 ( Darjah 1-3 )
c) Kategori Tahap 2 ( Darjah 4- 6 )




Memang meriah dan menyeronokkan sepagi tersebut. Bekerjasama dengan teman sepejabat untuk menjayakan Program ini, walaupun letih namun ianya berbaloi apabila sambutan dari seluruh warga Pekan Long Lama amat  mengalakkan. Dianggarkan kehadiran peserta dan pengunjung tidak kurang dalam 500 orang. Bagiku, yang menarik sejumlah peserta untuk mengikuti acara temasya ini adalah disebabkan hadiahnya cukup banyak dan lumayan terutamanya Pertandingan Larian Jogathon. Contoh yang mudah, untuk Pertandingan Mewarna tahap 1 ( Tabika & Prasekolah ) sahaja,  Juara mendapat wang Tunai RM80.00 maka bayangkan untuk Pertandingan yang lain.


Di Astaka Utama bersama Y.B En. Dennis Ngau

Pelepasan untuk Kategori Veteran wanita

Di antara aksi Larian Jogathon yang sempat di rakam ( Kategori Veteran ) 

Geng kutip cukai

Aku & 'Orang Besar' Program ini

Kalau aku bisa berkata dalam mesyuarat,  aku ingin agar tahun hadapan Lokasi Pekan Long Lama menjadi Pilihan yang teratas untuk Hari Bersama Majlis Daerah Marudi sekali lagi.






Wednesday, 2 November 2016

Karnival Sukan PBT Sarawak Edisi ke-3


Lokasinya di Ibu negeri Sarawak iaitu Kuching bertarikh mula 27-29.Okt.  Seramai lebih daripada 1,000 kakitangan yang mewakili 24 agensi pihak berkuasa tempatan (PBT) menyertai Karnival Sukan PBT ini.
Sebanyak 14 acara sukan dipertandingkan iaitu sepak takraw, dart, catur, karom, ping pong, sukaneka, bola sepak, futsal, badminton, boling, petanque, bola jaring, bola tampar dan golf.
Untuk 6 acara sukan iaitu sepak takraw, dart, catur, karom, pingpong, sukaneka diadakan di Kolej Multimedia Telekom Malaysia, Jalan Sultan Tengah serta menjadi venue utama Karnival PBT kali ini.
Venue lain yang turut digunapakai ialah Padang Bola Sepak HDC (bola sepak), Sport Planet Demak (futsal), Dewan Badminton PBBS, Jalan Samariang (badminton), Pusat Boling Megalane Batu Kawa (boling), Gelanggang Petanque Santubong (petanque), Stadium Tertutup MBKS (bola jaring), Stadium Tertutup Datuk Kawada, Muara Tabuan (bola tampar) dan Kelab Golf Sarawak (golf).
Namun aku lebih suka berkongsi photo-photo kenangan, pengalaman, sepanjang perjalanan, susah dan senang bersama kakitangan Majlis Daerah Marudi dalam melalui Karnival sukan ini berlangsung. Untuk PBT kecil seperti Majlis Daerah Marudi, kami cuma menyertai sukan Bola Tampar, bolasepak, Dart, Ping Pong dan Badminton sahaja. Seramai 43 orang ‘Atlet’ dari Majlis Daerah Marudi dan itupun masih tidak mencukupi sehingga kami terpaksa melepaskan Sukan Bola tampar di saat akhir kerana bertindih jadual dengan sukan Ping Pong disebabkan 'Atlet' yang sama bermain untuk sukan yang berlainan ditambah lagi setiap 'Venue'@lokasi jauh jaraknya.

Tapi terlebih dahulu sejuta kepujian kepada Presiden KESURA Tuan Mohd Nazir beserta urusetianya yang telah bergabung tenaga mengatur masa, perjalanan dan lokasi persinggahan. Tidak dilupa juga kepada semua sahabat-sahabat yang telah banyak memberi buah fikiran sepanjang berkampung di Bandaraya Kuching. Tanpa kerjasama semua pihak, ‘trip‘ perjalanan ini pasti hambar dan tidak bermaya.

Minta maaf seandainya photo-photo kurang jelas@kabur kerana kebanyakkan photo ini aku perolehi dari Whatsapp.

Keberangkatan Kontijen menggunakan Perkhidmatan Bas dari Terminal Bas Miri dengan jadual perjalanan selewat jam 6 petang dan dijangka sampai ke Merdeka Palace Hotel & Suites kuching jam 9 pagi keesokan hari.
Singgah sebentar di Pekan Serian, mengenturkan urat & tulang selepas semalaman duduk dalam Bas.
Tuan Bakri menghantar Laporan terus ke Marudi ( Kiri sekali )
Kami sudah sampai..Acara menurun Beg dari Bas bermula
Sementara menunggu waktu Check-in, kami dibenarkan meletakkan Beg di Lobi Hotel dan mengambil kesempatan untuk berpusing mencari makanan di sekitar hotel terutamanya di shopping Complex Plaza Merdeka, Electra House dan India Street.

Pemandangan dari Tingkat 17 Hotel Merdeka Palace


Acara Sukan yang paling best..Shopping
Longgokan baju Jersi yang telah disusun mengikut Sukan yang yang disertai.
Proses pembahagian baju di Bilik No; 1708.


Taklimat ringkas yang terakhir berkenaan jadual Karnival bermula besok.
Beruntungnya aku dapat tidur di bilik bersama bekas@Mantan Presiden, Presiden Kelab, Timb. Presiden yang baru. Walaupun ada sedikit gangguan seawal jam 4 pagi pada malam pertama, namun aku tidak serik juga untuk terus bersama kerana aku dapat mempelajari cara sistem kerja 'Otai-Otai Minisi' ini.
Gabungan Pasukan Dart, Badminton & Bolatampar
Pasukan Gimnastik Artistik berirama..hehehe
Barisan terkuat Pasukan Badminton diketuai oleh Tuan Alex Kalong ( No 3 dari kanan )
Pasukan Bola Tampar, Bergambar kenangan bersama Tuan SU.
Taklimat ringkas dari Tuan SU

Pasukan Bola Tampar yang di ramal menjadi Juara, namun terpaksa di-walkover kerana  ada pemain yang terpaksa bernain untuk Sukan Ping Pong pada masa yang sama namun di Venue yang berlainan. Pasukan ini telah mengalahkan Juara Bola Tampar ( DBKU ) untuk Karnival Sukan PBT kali ini sewaktu dalam peringkat kumpulan lagi.


Pasukan Ping Pong tengah beraksi
Juara dunia 12 kali, Mr Mudin untuk sukan Dart

Baling mata Dart, sambil fikir anak di Marudi Puan Regina....
Gambar kenangan  Tuan SU bersama Pasukan Bola Sepak

Dengan mengekalkan kata semangat
GAYA, MUTU & KEUNGGULAN..Tahniah semua...
Majlis makan malam  Penangguhan Karnival Sukan PBT Sarawak.
Baju paling mahal
Lepas makan, muka ada si'nyummmm

Tingkat 8 punya cerita
Sempat mencuci mata di Pasar Serikin
Pose istimewa bersama Yang Berbahagia Tuan Abdul Razak di Lobi Dewan Undangan Negeri Sarawak
Siap sedia menanti Bas untuk pulang ke Miri
Sebelum bertolak balik, sempat membuat satu Pose kenangan dengan Nama MERDEKA PALACE  jadi 'background'. Sayangnya, ada sebahagian yang lain termasuk aku tidak ada dalam photo ini.


Meminjam kata-kata Tuan Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan Sarawak Bakrie Zaini sewaktu Perasmian Karnival Sukan ini di Kolej Multimedia TM. Dalam ucapannya:
“Objektif penganjuran Karnival Sukan PBT adalah untuk mengeratkan silaturahim antara pegawai-pegawai PBT melalui sukan. Melalui penganjuran karnival sukan sebegini, kita semua berpeluang bersama-sama memerah tenaga bermuafakat bagi menyatakan komitmen kepada pasukan kita. Saya berharap semangat sebegini akan menjadi amalan kita semua dalam menjalankan tugas seharian dalam menyampaikan perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat sekali gus memakmurkan negeri ini,” katanya.

Sahabatku, tidak kira apapun Pangkat, agama, jantina dan usia kita. Anda telah buktikan yang terbaik untuk Karnival Sukan PBT kali ini. Andai ada rezeki dan kesihatan yang mengizinkan…semoga kita jumpa lagi di Bintulu 2 tahun dari sekarang.