Translate

Wednesday, 11 September 2019

Impak Pendakwah Z. Naik


Melihat pergolakkan isu panas yang melibatkan Pendakwah Zakir Naik(PZN)  di Malaysia ini, aku secara peribadinya tidak bersetuju dengan pendekatan yang dibuat beliau (Malaysia  sahaja) iaitu melalui ceramah dan dialog yang menyentuh soal agama lain KERANA :
1.       Mentaliti Rakyat Malaysia belum matang dengan budaya dialog (Debat/Hujah) dan mereka pula akan mengeluarkan kritikan berdasarkan emosi semata-mata.
2.       Dan ianya telah membuka ruang pembenci Agama Islam untuk mengapi-apikan politik tempatan yang baru sahaja berumur setahun jagung. Kekuatan dan kestabilan politik masih goyang. 

Ada beberapa individu dan Pak menteri pula berani menyuarakan pendapat yang sememangnya tidak selari dengan pandangan umum serta kontradik dengan agama Islam yang menjadi tunjang Agama Rasmi Malaysia. Pendapat mereka menjangkau batasan kebiadapan dan aku yakin, andai Perdana Menteri Tun Mahathir tidak dapat mendiamkan pertualang bodoh sombong ini, kerajaan PH akan terkubur untuk PRU yang akan datang dan jangan disamakan politik Sarawak/Sabah dalam kes ini.

Aku memang sudah lama mengikuti setiap ceramah dan dialog Pendakwah Zakir Naik di Youtube, dia seorang yang memang hebat dari sudut Ilmu Perbandingan agama. Orang yang mendengar setiap ceramahnya dan orang yang tengah mencari kebenaran dalam agama akan menemui erti sebenar Agama Islam itu yang paling benar/tulen  serta yakin dari Allah SWT. Aku tidak menafikan ceramahnya telah mengislamkan puluhan malah ribuan jiwa insan di seluruh dunia. Apa yang diucap oleh Pendakwah Zakir Naik (PNZ) ini semuanya bersumberkan dari kitab-kitab utama dari Agama Islam, Kristian dan Buddha. Tiada yang merujuk dari sumber yang dapat dari cerita mimpi.  Tajam akalnya serta mampu mengingati setiap baris-baris ayat di dalam semua kitab tersebut.

Seperti biasa, aku tidak akan menyentuh dasar pegangan agama seseorang melainkan orang tersebut ingin bertanya dan ingin mengetahui tentang agama yang aku anuti ini. Apa yang aku nampak sewaktu terangkatnya isu-isu PZN ini adalah terdapat 3 golongan melayu :

1. Menyuruh PZN balik ke India. Golongan ini kebanyakkan dari kelas atasan yang tiada pemahaman tentang maksud persaudaraan dalam Islam. Golongan ini juga yang tidak peka tentang sesuatu isu dan mudah membuat keputusan tanpa menyelidik terlebih dahulu. Selalunya golongan ini senang dimanupulasikan oleh pandangan/ideologi lain.


2. Mempertahankan PZN untuk terus bebas berceramah dan kekal di Malaysia. Golongan ini adalah melayu yang tidak pernah bergaul dengan lapisan masyarakat yang berbilang kaum, agama dan bangsa. Mereka hidup dalam kelompok yang dipenuhi dengan masyarakat Islam sahaja. Seperti negara Arab, adakala pandangan mereka lebih keras dan radikal.
3. Melarang PZN membahas tentang politik tempatan dengan isu ceramah di kawal selia agar tidak menyentuh sensiviti kaum lain dan mahu PZN kekal di Malaysia. Golongan ini lebih rasional dan menitikberatkan keharmonian yang selama ini telah dijaga dengan penuh rapi. Bukan tidak mengakui Perlembagaan Negara iaitu Islam sebagai Agama Rasmi Negara yang bermaksud agama Islam bebas diamalkan dalam negara ini, tetapi lebih suka Agama Islam itu dikenali dengan  perwatakkan yang mulia, amanah dan dihormati. Seperti yang aku tuliskan di atas tadi, rakyat Malaysia belum dapat( belum matang) untuk menerima pendekatan Islam dengan cara berdialog. Dari segi pemikiran, Kita jauh 20-50 tahun ketinggalan dibelakang  Eropah. 

Diumpamakan Rakyat Rohignya yang berpuluh tahun di tindas di Myamnar. Dalam keadaan yang tiada keselamatan, tiada tempat tinggal, tiada makanan dan tiada jaminan kehidupan dibanding dengan kita yang sudah memiliki semuanya. Pasti ada diantara mereka tidak mengenali telefon bimbit yang canggih seperti yang anak kita pegang sekarang ini. Itu dinamakan jurang kehidupan dan pemikiran. Di Malaysia, untuk menyebarkan Islam kepada non muslim,  bukan dengan cara berdialog kerana kita tidak terbuka pemikiran seperti orang di benua Eropah.

Pergolakan politik negara disebabkan isu ini, sungguh membimbangkan. Ada tangan-tangan halus yang suka merosakkan suasana. Teringat kisah di negara Iraq. Walaupun Presiden Saddam Hussein diktaktor dari segi pemerintahan, tapi negara stabil dan berkembang pesat. Kehilangan beliau membuatkan Negara itu bergolak, seperti kata dari bekas Penganalisis (CIA)

Untuk meredakan gelora dari tangan-tangan halus ini, kita perlukan suara yang dominan dari Parti yang dominan atau seorang pemimpin yang lebih keras dan tegas. Sesiapa kurang ajar yang melibatkan isu kaum dan agama, terus tutup mulutnya. Di situ kelebihan PBB dalam kancah politik di Sarawak. Dasar keputusan dalam negeri dikuasai suara-suara dari parti tersebut.

Namun fakta adalah fakta, untuk berlaku adil, aku juga mendengar ucapan beliau tersebut melalui siaran di Youtube. Tiada yang menyentuh sangat pembahasan india/cina yang disebutnya. Bagiku, pihak media yang sebenarnya telah menyemarakkan api dengan sengaja memetik beberapa ayat tanpa mengambil kira semua kata-katanya. Ditambahkan lagi dengan keadaan masa kini yang terlalu cepatnya info/berita menjalar atas medium FB, Insta, Whatsap dan sebagainya. Disiram lagi minyak oleh Pak Menteri yang banyak kali telah membangkitkan keresahan orang islam dan yang paling sadis, beberapa spesis melayu yang buta akal pula menyokong desakkan Pak Menteri tersebut.
Ada sesuatu yang belum lagi orang lain nampak dan mungkin tidak perasan iaitu sesuatu yang pernah berlaku selepas peristiwa 11 september di Amerika.  Pelanggaran kapal terbang komersil dengan bangunan pencakar langit WTC dan Amerika tanpa usul periksa telah menuduh Puak Taliban yang melakukannya. Pada awalnya gelombang Islamfobia memuncak dengan hebatnya sehinggakan wanita islam di Eropah yang bertudung diserang sewaktu berjalan keluar untuk bekerja. 

Impak dari serangan tersebut, ditambah lagi dengan mainan kotor media masa yang berat sebelah, membuatkan orang ramai semakin ingin mengetahui apa itu Islam. Apakah kandungan ajaran islam mengalakkan penganutnya membuat jahat pada orang lain?..dan apabila mereka membaca serta mengkaji akhirnya mereka tertarik bahawasanya kandungan ajaran Islam itu jauh lebih indah dari sangkaan buruk mereka.  Dari peristiwa tersebut, tidak disangka kesedaran dan meningkatnya bilangan penganut baru Islam(Mualaf)  semakin bertambah. Allah sebaik-baik perancang dan aku berharap aura gelombang kesedaran tentang Islam setelah pergolakan isu PZN ini akan bertambah biarpun arus geloranya tidak sekuat mana namun momentumnya mampu menyapu ke semua telinga hati insan-insan di bumi bertuah ini.


 

Tuesday, 13 August 2019

Gua Niah!!!! Aku datang!


Kali ini aku bercerita pasal ‘jungle Hiking” kami beranak ke Taman Negara Gua Niah. Cuma 1 jam lebih dari Miri naik kereta sendiri. Menambah seronoknya trip kami kali ini adalah disebabkan tarikh yang kami pilih jatuh pula pada Hari Raya Aidiladha. Walaupun tidak ke Masjid untuk bersolat sunat Aidiladha dan membantu menyembelih Korban, aku pilih juga pada tengahari selepas zohor untuk berangkat ke Guah Niah demi menghormati perayaan tersebut. Jadi sebelah paginya kami beranak menjamu juadah ala kadar sambil mendengar takbir raya berkumandang di radio.

Aku kongsi gambar mana-mana ‘View’ yang menarik. Kalau nak menjelajah ke Taman Negara ini, aku ‘rekomen’ 100% yang terbaik. Dengan harga berpatutan dan tak jemu mata memandang.
Tiket masuk dengan harga yang amat berpatutan










  



  Aku bersama "hero's" dalam perahu tambang dengan harga RM1.00 seorang. Sungai Niah ini adalah sempadan di antara Pejabat Pendaftaran masuk dan Taman Negara tersebut. Sungainya kecil tapi banyak buaya, itu yang ku dengar hasil perbualan pemandu perahu dengan salah seorang pengunjung.

Laluan titi ini sememangnya membantu untuk memendekkan masa perjalanan
Berehat sekejap dan minum air mineral, sempat snap Si Sulong di 'banir' pokok besar

Pintu pagar sebelum masuk Great Cave



Sejuk dengan pemandangan yang sungguh mengagumkan

Pemandangan dari pintu masuk Gua
Berehat sebentar, masih jauh perjalanan untuk masuk ke Gua
Jom..kita naik tangga dan masuk ke Gua
Kenangan terindah

 Ada banyak photo dan Video yang telah diambil. Tapi yang diatas cukup rasanya untuk tatapan semua dan rasanya ia mampu membakar semangat untuk pembaca sendiri ingin menerokai Khazanah Alam ini. Ada masa, rezeki dan tenaga, insyallah, aku akan kembali dengan anggota ahli yang lebih banyak. Amin...














Monday, 12 August 2019

Abang besai masuk kawasan!!!


Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg atau lebih dikenali sebagai Abang Joe oleh netizen telah sudi melawat pekan Long Lama ini. Ini adalah kali ke-2 beliau hadir ke Long Lama ( Timb K.Menteri) dan kali pertama hadir selaku Ketua Menteri Sarawak.


Seperti biasa, lensa kameraku lebih terarah kepada 'kehidupan' sewaktu Lawatan orang besar berlangsung. Kalau ingin melihat wajah-wajah Pak Menteri, baik buka aliran Berita Perdana di kaca TV atau di kaca telefon. Berita kehadiran beliau banyak digambar dan tulis oleh wartawan-wartawan malah penuh di wall FB.

Aku hendak kongsi cerita disebalik realiti yang sedang berlaku ini. Cerita kisah yang sempatku rakam sebagai kenangan peribadi untuk diriku dan mungkin juga untuk pembaca yang 'Ter'baca blog ini. Ada baiknya aku teruskan 'caption' di setiap photo-photo yang aku selit. Lagi malas otakku untuk memproses susunan bahasa untuk dijadikan bacaan. Mana-mana ayat yang dapat diselitkan dengan Photo lagi mudah aku ingati dan aku tulis tanpa mengarut.

Acara WAJIB apabila sahabat datang dari Marudi
Setting kain, untuk menutup pasu-pasu bunga. Kerja ini memerlukan skill andaman dengan jiwa sentimental


Dalam Photo di atas adalah Jambatan yang akan di Rasmikan. Untuk mengelak pemandangan seakan kosong, maka pihak MDM telah diamanahkan untuk menanam beberapa pokok dan bunga di 'Roundbout' satu-satunya dalam Dearah Telang Usan ini. 

 
Ada lebih 15 gerai penjaja mengambil kesempatan sewaktu Lawatan Ketua Menteri. Rezeki ada di mana-mana,








Sempat juga aku mengunjungi Tamu untuk melihat pelbagai jualan. Raja Buah pun ada.
hasil Kraftangan yang sinonim dengan masyarakat Orang Ulu
Suasana di hadapan Dewan tempat berkumpul dan Astaka Utama
Walaupun ramai, tetapi dalam keadaan terkawal. Dalam dewan, tak payah cakap la...
Pameran Air Loji terawat ke kampung sekitar Long Lama
Pakaian Tradisional Masyarakat orang Ulu Sarawak
Aku anggarkan harga 'topi' ini dalam RM150 satu, sehelai bulu burung itu pun boleh mencecah RM30.


 Selain dari membantu sahabatku menanam pokok di kawasan 'roundbout', ini juga di antara hasil sumbangan kecilku untuk memeriahkan lagi Majlis Perasmian Jambatan Long Lama yang dinilai sebanyak RM67 juta. Dengan adanya jambatan ini, ianya ibarat nadi penting untuk rakyat marhean yang dahagakan pembangunan. Semoga gelombang pembangunan di sini terus-menerus datang.