Kali ke-3 banjir berlaku di Long Lama memang tak dijangka dalam masa setahun. Jarak waktunya cuma 2 bulan sahaja, bulan Mei, Julai dan kini Bulan Sept. Ianya sungguh mencabar fizikal dan minda. Belum habis keletihan membasuh rumah disebabkan banjir yang lepas dan bertungkus lumus pula menyelamat barang keperluan yang baru disusun demi untuk mengelakkan banjir kali ke-3.
Uniknya air pasang di Long Lama ini tidak lama. Seharian paras air naik sebegitu cepat juga ianya surut. Cuma sedihnya Pekan Marudi ( terletak di hilir) akan menjadi mangsa seterusnya. Maklum saja Sungai Baram ini mencecah 400km panjang bermula dari dari Dataran Tinggi Kelabit, sebuah kawasan aliran sungai yang dibatasi oleh Banjaran Iran di Timur Kalimantan, Indonesia yang sama perbatasan semulajadi dalam sempadan Negeri Sarawak dan berpenghujung di Laut China selatan yang pintu mulutnya keluar dari Kuala Baram. Pekan Marudi pula berada ditengah laluan Sungai Baram ini.
Sekarang ini apabila mendengar khabar kawasan hulu hujan lebat berpanjangan dan paras air mula naik di kampung-kampung pesisir sungai, maka mula rasa resah di hati khuatir air melimpah. Kesian dengan Jiran dalam komuniti Long Lama di kawasan rendah. Dengan berbekalkan pengalaman yang lepas, ada yang sudah menghantar motor dan kereta di kawasan tinggi segala peralatan elektrik dan barang-barang yang penting sudah diangkat diletak ditempat yang tinggi. Apa yang mampu dibuat lagi melainkan sekadar redha sahaja melihat air mula memasuki rumah.
Bila telah berlaku kejadian sehingga 3 kali banjir dalam masa yang singkat, mula kedengaran cerita pelik didengari. Bermacam-macam teori diluahkan berpandu rasa geram dan marah. Aku cuma mendengar sambil tersenyum, tiada hujah untukku pertahankan kerana bagiku apabila Bencana Alam sudah bersuara. Tiada sebarang daya mampu melawannya.
Teori pokok-pokok habis ditebang hingga menyebabkan tiada lagi tadahan hujan. Lumpur dan selut yang hanyut telah membuatkan dasar sungai menjadi cetak dan apabila paras air naik ianya mudah untuk membanjiri kawasan yang rendah. Yang paling 'power', dia boleh bawa cerita hujan di Greenland. Kerana hujan tersebut telah mencairkan ketulan ais dan telah menyebabkan paras air laut meningkat. Ini menyukarkan air dari sungai mengalir ke laut. Ianya terus bertakung dan menyebabkan banjir.
Aku angkat tangan tanda menyerah kerana fenomena sebegini amat sukar diluar batasan kemampuanku. Apa yang aku mahu sekarang, semoga ada pihak yang bertanggungjawab mengambil berat dengan mangsa banjir. Bantuan bakul makanan perlu disegerakan. Tapi ada baiknya diberi saja Wang Tunai untuk setiap ketua keluarga mangsa-mangsa banjir. Kerana kos untuk bakul makanan sebanyak RM150.00 tidak sepadan bahan bantuan tersebut seperti Beras 10KG, 2 Tin sardin, Gula 2KG, 1 pek biskut. Belum lagi kos penghantarannya. Bukan tidak bersyukur tapi perkara ini boleh ditambahbaik, kan,kan....
1 lagi, alang-alang minta, mohon Yang berhormat di setiap kawasan yang terlibat banjir tolong berbincang dengan Pengarah JBALB bagi diskaun 50% bekalan air untuk bulan ini kerana rata-rata rumah yang banjir terpaksa mencuci menggunakan air paip ini.
‘ Berkongsi masalah mampu meringankan beban’
Teringat kata kawanku waktu Sekolah dulu. Dia membawa setengah botol air mineral, aku pula dah mengunyah separuh mee maggi kari ‘mantak’. Siapa yang pernah membuat adegan ini, pasti mencari air untuk membasah licin.
Photo banjir yang di kongsi rakan dalam FB kebanyakan bermain air. Wajah tersenyum walaupun badan terasa letih. Namun aku bersyukur sehingga ke waktu ini, belum ada lagi kejadian yang meragut nyawa. Bersama kita berdoa semoga hati kita sentiasa tabah dalam menempuh Ujian ini. Stay safe everyone, Love you from Long Lama to the moon and back.
No comments:
Post a Comment