Baru berkesempatan menonton filem '12 years a Slave'. Memang menyentuh hati. Kisah orang kulit hitam ( negro) menjadi hamba abdi orang kulit putih. Menariknya cerita ini adalah hero tersebut sebenarnya orang yang bebas/Merdeka tetapi suatu malam dia dimabukkan dan keesokkannya dia dijual sebagai hamba abdi. Aku malas nak cerita perjalanan kisah dalam filem tersebut, tapi isu-isu penting banyak disentuh dalam penceritaan filem ini. Kisah kerakusan wang, kuasa, nafsu, pengkhianatan, percaya diri malah berjuang untuk hidup memang ditekan dalam kisah ini.
Tapi pengajaran yang paling bermakna adalah isu 'kebebasan hidup' untuk setiap insan paling penting. Dengan adanya kebebasan, selagi kuat berusaha pasti segala keinginan dihati tiada sesiapa pun dapat menghalang.
Kita mungkin tidak sependapat dan boleh juga dikritik tetapi apabila menjadi hamba abdi anda tidak layak bercakap jauh lagi ingin berkongsi pendapat. Anjing pun tidak diludah, ditendang tanpa sebab, disebat tanpa belas kasihan malah dijadikan bahan melepas hawa nafsu.
Benar juga kata orang, antara miskin papa kedana dan menjadi hamba abdi. Baik memilih menjadi miskin kerana menjadi miskin kita masih mampu membuat pilihan hidup. Perbezaannya amat ketara. Walaupun miskin, kita masih mampu berusaha mengubah hidup menjadi lebih baik.
Melihat filem-filem berkualiti begini, mampu membuatkan kita lebih kritis bila berfikir. Kita juga diajar untuk melihat dari pelbagai sudut pandang yang berbeza. Membuatkan hero dalam filem ini berjaya mengharungi dugaan tersebut adalah dia mempunyai ilmu serta ketahanan fizikal mental dalam menghadapi ujian. Memang benar, ILMU amat penting dalam kehidupan harian. Tanpa kemahiran menulis, pasti Solomon Northup tidak dapat membebaskan diri dari terus menjadi hamba abdi.
Teringat semasa Pra-Pandemik CO19 melanda negara, tiba-tiba kita dikejutkan dengan PKP(Perintah kawalan Pengerakan), ianya sungguh janggal malah ada yang tidak dapat menerima perintah tersebut. Dengan pengerakan yang terbatas membuatkan ada yang berani melanggar arahan dan akhirnya dihukum atas kesilapan melanggar PKP.
Bayangkan dari kebiasaan hidup kita yang sentiasa bebas tiba-tiba dihalang untuk membuat perkara yang kita suka, pasti ianya mengundang kegusaran di hati. Namun kita akhirnya faham bahawa PKP ini sebenarnya salah satu cara untuk menyelamatkan nyawa kita dari Maha bahaya jangkita CO19 itu. Mereka yang didenda bukan disebabkan setakat melanggar PKP, tapi mengelakkan mereka lebih bergerak bebas dan akhirnya menjadi pembawa CO19 menyebar kepada ahli keluarga dan masyarakat. Kalau nak bergerak juga tapi mati sorang-sorang, lantak la..
Tapi isunya disini adalah, apabila kebebasan kita diragut, tidak sewenang-wenangnya kita akan menerima cara kehidupan yang dibelenggu sebegini. Terpaksa mengubah cara hidup dan cuba bertahan untuk kelangsungan hidup. Itu baru diberi PKP, cuba bayangkan kita dijadikan hamba abdi. Sudah tentu tiada sinar harapan menanti. Sebab itu watak Patsey seorang wanita muda negro dalam filem tersebut merayu kepada Solomon untuk mencabut nyawanya dengan cara memotong dan merendam di dalam paya mayatnya agar orang tidak tahu kehilangannya kerana tidak tahan dengan tindakan Tuan mereka yang merogol, menghina dan menyeksanya.
Hargai nilai kebebasan ini, biar pun hidup kita susah, miskin atau di timpa masalah berat sekali pun, kita mesti ingat bahawa kita masih punyai kuasa memilih dalam kehidupan kita sendiri dibanding dengan hamba abdi yang seluruh hidupnya di abdikan untuk Tuannya. Tanam dalam-dalam ayat ini dalam hati:
' Sebagaimana pun kesusahan yang dihadapimu, pasti ada cara untuk menyelesaikannya'
' Sebagaimana pun kesusahan yang dihadapimu, pasti ada cara untuk menyelesaikannya'
No comments:
Post a Comment