Translate

Monday, 25 November 2019

Kalau aku menjadi director -1-


 Begitu lama rasanya tidak mencoret di laman ini. Walaupun selalu ku kunjungi blog ini, namun keghairahan untuk menulis semakin kurang hatta idea itu melambak-lambak. Apa yang berlaku mungkin disebabkan keterbatasan waktu aku untuk menulis dalam keadaan tenang.

Kelmarin sempat melayan filem Angel Has Fallen yang terbaru. Melihat 'trailer' di Youtube membuatkan aku teringin melihat dan aku membeli VCDnya. Di awal cerita  tertarik dengan cara musuh menggunakan Drone sebagai senjata untuk menyerang Presiden Amerika sewaktu pergi memancing di sebuah tasik yang dikawal ketat oleh pasukan Khas Amerika.



Drone digunakankan untuk membuat serangan

Drone mudah digerakkan di mana-mana lokasi




Seperti biasa, Tuan Presiden Amerika dapat diselamatkan oleh Agen Mike Banning satu-satunya mangsa yang masih hidup dalam nahas serangan tersebut selain Tuan Presiden sendiri. Aku tidak mahu mengulas lebih lanjut dengan jalan cerita filem ini, namun sebagai mengisi masa lapang, aku galakkan kepada semua untuk menontonnya.

Cuma CARA serangan terakhir untuk membunuh Tuan Presiden dalam Hospital itu membuatkan aku ingin menulis di laman kaca kali ini. Kelemahan cerita ini terletak pada cara serangan terakhir tersebut.

Setelah menggunakan drone untuk menyerang di tasik, tiba-tiba pula musuh menggunakan taktik gerila masuk hospital untuk membunuh Tuan Presiden Amerika. Ini zaman teknologi, gunakan yang lebih canggih, kenapa Tuan pengarah filem ini buntu idea pula bila nak buat serangan terakhir.

Sedangkan sewaktu mereka ingin membawa lari Mike Banning dari tahanan Polis, musuh boleh pula 'meng-hack-kan' 3 buah kereta untuk dimatikan dengan menggunakan komputer riba saja.

Walaupun ianya sekadar cerita Filem, mungkin untuk orang lain ianya sebagai teman mengisi masa lapang dan melepaskan ketegangan kerja namun untuk aku, ianya lebih kepada mencari kepuasan. Aku akan puas apabila plot dan taktikal digunakan sungguh berkesan. Mungkin serangan terakhir dalam filem Angel Has Fallen sepatutnya:

1. Mengerahkan lagi serangan Drone ke setiap bilik dalam Hospital.
2. Memasang gas beracun di Hospital.
3. Melancar peluru berpandu.

Pasti akan terasa impak di pengakhiran cerita.











No comments:

Post a Comment