Translate

Wednesday, 3 April 2019

Tika ini, Projek Subsidi Bas lebih baik dari kereta terbang


Setelah sekian lama tidak mencoret, kali ini tergerak jariku untuk mengetik papan kekunci komputer usang ini disebabkan oleh isu yang amat dekat dengan rakyat. Sebenarnya aku teringin hendak menulis tapi kekangan masa membantutkan niat di hati. Beberapa hari yang lepas, aku terbaca suatu Projek yang baik untuk diketengahkan. Bagi aku, perkara ini menarik untuk di bahas dan perkara ini perlu diambil perhatian untuk sekolah-sekolah yang berada di bandar sahaja.
Dengan idea mudah dari pihak PIBG Sekolah tersebut, ianya dapat membantu golongan-golongan yang kurang berkemampuan. Walaupun mudah, namun untuk merealisasikannya amat payah.  Memerlukan taklimat langsung dengan golongan Ibubapa yang mendapat ‘keistimewaan’ dengan harga yang patut ditetapkan untuk yuran bulanan sewaan bas  ini, perbincangan panjang dengan pihak kompeni Bas yang sudi membantu serta yakin dengan projek ini dan membentang kertaskerja serta bermesyuarat dengan ADUN Pujut Dr Ting kerana beliau sahaja sumber kewangan yang konsisten selepas dari hasil kutipan yang telah diSubsidikan. Perlu diingat, Projek ini seharusnya memberi situasi ‘menang-menang’ iaitu menguntungkan Kompeni Bas yang terlibat, membantu golongan sasaran, melonjak graf kehadiran pelajar ke Sekolah dan secara tidak langsung menaikkan nama PIBG Sekolah serta ‘saham’ Y.B yang membantu.


Usaha yang amat dipuji dan ulasan dari Yang Dipertua Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia ( MIMBAR) berkenaan Projek ini mampu menaikkan semangat untuk PIBG di sekolah-sekolah bandar lain mengambil cara idea ini. 

Adakah Projek ini Berjaya mengurangkan ketidakhadiran pelajar?
Aku berpendapat ianya amat positif dengan hasilnya nanti. Walaupun Projek ini baru bermula, namun secara rawak, ianya amat baik. Bebanan dari sudut Tambang Bas Sekolah saban tahun semakin naik. Tiada satupun Formula yang ampuh dari pihak kementerian untuk mengawal harganya. Kita semakin menuju ke era dunia Maju. Minimakan rakyat yang buta huruf dan inisiatif ini mampu men-zero-kan bilangan penduduk/rakyat dari segi purata kekurangan ilmu. 
Apa yang Penting, KUNCI utama kejayaan Projek ini adalah SOKONGAN kuat dari Y.Berhormat ataupun Dermawan-dermawan di tempat masing-masing, kerana sumber kewangan untuk menambah wang yang telah diSubsidi dan kos penyelengaraan bas akan di tanggung sepenuhnya dari poket-poket mereka ini. Mungkin di masa akan datang ianya boleh dijadikan ‘Skim bantuan tahunan Tambang Bas’ untuk pihak sekolah yang terpilih. Kerajaan yang baik, adalah kerajaan yang meringankan bebanan hidup rakyatnya.