Dalam kita menikmati keupayaan
akal ini, seharusnya kita juga mengetahui batas-batasan daerah yang telah Allah
s.w.t. tegah kita lewati. Bagi yang beriman, cukup apa yang dinyatakan kepada
mereka melalui sumber-sumber Allah iaitu Al-Qur'an dan pesuruhNya Muhammad
s.a.w. Larangan ini bukanlah bagi tujuan menyekat kebebasan keupayaan minda
manusia tetapi lebih kepada sifat RahimNya kepada hamba-hambanya yang bertakwa.
Manusia itu mulia apabila akalnya
berfikir sempurna. Manusia menjadi lebih hina dari syaitan yang diperintahkan
Allah untuk sujud kepada kita sewaktu penciptaan mula bangsa kita ini apabila
akalnya dapat ditipu pula oleh syaitan. Syaitan ini besar tipu dayanya tetapi
dia hanya berkuasa di atas manusia-manusia yang tidak mahu menggunakan akal.
Itu yang berlaku pada akal salah
seorang anak orang ternama Negara, apabila beliau dengan bersemangat
memperjuangkan nasib-nasib puak LGBT.
Katanya, dipetik dari Sinar
Harian:
“Apa saya maksudkan hak sama rata ialah hak di bawah perlembagaan kita.
Mereka (komuniti LGBT) adalah rakyat Malaysia dan manusia juga. Hak asasi
manusia seperti nak pergi ke sekolah, nak pergi hospital, takkan lah itu semua
tak boleh? Mereka ketika ini hadapi diskriminasi dari segi kehidupan seharian.
Orang yang menentang sangat, apa hak yang mereka nak ambil daripada golongan
ini? Kalau mereka sakit takkan nak biarkan saja di tepi jalan? Kalau mereka
didera atau dipukul, bukankah mereka ada hak untuk laporkan kepada polis dan
dapat tindakan daripada polis seperti kita semua? Itu saja yang mereka minta,
bukan lebih daripada itu. Adakah undang-undang kita membenarkan kita dengan tak pasal-pasal nak
pergi pukul orang atau menghalang orang daripada bekerja tanpa ada alasan yang
baik. Jadi kita kenalah ikut undang-undang. Ada yang kata hak sama rata yang dituntut itu seperti membenarkan
golongan lelaki kahwin dengan lelaki misalnya. Mana ada ini semua. Di Malaysia
tak ada sebab undang-undang kita tak benarkan, dan mereka tak minta perkara itu
langsung. Kononnya mereka nak cabar
undang-undang? Mungkin perkara itu tak akan jadi langsung. Mereka hanya minta
hak mengikut undang-undang dan perlembagaan kita sekarang, itu saja.”
Apa yang beliau mahukan untuk komuniti LGBT
bukanlah meminta hak tambahan yang boleh mencabar undang-undang seperti menghalalkan
perkahwinan sejenis. Sebaliknya, menuntut hak yang diminta untuk komuniti LGBT
adalah hak mendapatkan pendidikan, rawatan kesihatan, pekerjaan dan
perlindungan keselamatan tanpa sebarang diskriminasi.
Penjelasan yang beliau berikan
ini, sesungguhnya telah memukul kepala sendiri. Banyak jutawan dari kalangan
mereka, Berterabur spesis tersebut di dalam sekolah, IPTA/IPTS, tiada pula
halangan mereka untuk mendapat ilmu. Tidak juga mendengar kes spesis ini
dihalau keluar dari pintu Hospital di dada akhbar tempatan malah akhbar
antarabangsa. Malah sekarang ini, kebanyakkan spesis ini banyak di dalam sistem
pendidikan Negara kita sebagai cikgu serta Nazir sekolah. Perkara ini yang
WAJIB beliau suarakan kerana kewujudan spesis ini di dalam sistem Pendidikan
Negara kita akan menyumbang masalah yang merosakkan minda anak bangsa generasi
baru ini. Anak-anak kecil yang berada dari alam awal Pra-persekolahan, apabila
melihat cikgu mereka berperwatakkan songsang, yang seharian melihat, bercerita, dan mendengar bersama mereka di sekolah secara tidak
langsung minda anak-anak ini akan memproses bahawa hidup kesongsangan ini bukan
satu kesalahan lagi. Apabila mereka besar nanti, kewujudan spesis ini tidak
menjadi isu sensitif kepada mereka dan akhirnya membawa kepada masalah lain
pula iaitu keterbukaan hubungan seksual menjurus kepada penyakit AIDS yang
tiada ubatnya hingga kini.
Akal yang sempurna telah diberi,
namun iman senipis kertas jamban, menyebabkan laras pemikiran tetap lemah dalam
menilai sesuatu perkara. Aku suka jawapan balas dari salah seorang Doctor
perempuan tentang perkara ini:
Kehadapan Cik Puan
Marina bt Mahathir,
1) Saya adalah seorang
doktor perubatan dan saya tidak mengiktiraf perlakuan seks bebas apatah lagi
songsang.
2) Adakah anda
bersetuju kini golongan yang mendominasi carta penghidap HIV adalah di kalangan
komuniti LGBT?
3) Sehingga kini,
walaupun pesakit yang hadir mendapatkan rawatan dari saya tergolong dari
kalangan LGBT, saya tetap melayan mereka sebagai pesakit dan memberikan rawatan
yang terbaik buat mereka. Apatah lagi jika mereka berada di hujung usia. Maka,
hak apakah yang anda sedang perjuangkan?
4) Adakah Cik bersetuju
jika ada darah yang didermakan oleh golongan LGBT didermakan kepada salah
seorang ahli keluarga Cik? (Buat masa sekarang pengamal LGBT tidak dibenarkan
mendermakan darah disebabkan gaya hidup yang berisiko tinggi). Adakah itu
kesamarataan yang Cik mahukan?
5) Jika kalian
melaungkan hak, maka kami juga mahu melaungkan hak untuk hidup aman damai serta
bebas dari gaya hidup songsang dan segala penyakit bawaannya.
6) Akan tetapi, jika
kalian mula mempromosi gaya hidup sebegini di media, kalian sudah mula
mengganggu gugat keamanan dan ketenteraman kehidupan kami untuk mendapat akses
yang murni di media-media.
7) Kami juga punya hak
untuk memastikan pemikiran anak-anak kami dan sanak saudara kami agar
terselamat daripada terjerumus ke dalam pemikiran dan perbuatan songsang ini.
Na'uzubillah.
8 ) Akhirnya, jika
kalian rasa itu bukan satu dosa dan itu adalah hak peribadi, maka buatlah tapi
pastikan kalian bukan berada di bumi Tuhan!
Nur Ilyani Mohamed
Nawawi
Pasir Mas 6/8/2018-UTUSAN
ONLINE
Semoga beliau sedar dan tahu apa yang seharusnya
diperjuangkan. Dengan nama yang cukup Gah, ada baiknya beliau mengajak komuniti
memperjuangkan isu-isu penindasan orang tua/ kanak-kanak. Atau sebaiknya
berdiam diri dari dipermalukan oleh nitizen-nitizen yang mengecam keras.