Apabila KM merancang hendak
membina LRT di Kuching, aku terus geleng kepala. Kenapa tidak diutamakan dulu
pembangunan infrastuktur luarbandar serta suntik-kan dana untuk pembangunan
modal insan. Belum pun 2 Tahun menjawat
jawatan sebagai Ketua Menteri, beliau telah membuat sesuatu yang tidak
mengembirakan bagi majoriti penduduk di luarbandar khususnya, entah-entah penduduk
di Kuching pun sependapat dengan aku ini.
Projek yang memakan belanja dalam
lingkungan RM 11 billion dari Serian-Kota Samarahan-Kuching ini sungguh
mengagumkan pada mulanya, namun apabila diteliti ianya sungguh membazirkan wang
rakyat. Katanya terdapat tiga kaedah yang dikenalpasti dapat memberikan
pulangan iaitu menerusi :
1. Kadar tambang murah yang dikenakan,
2. Pembangunan hartanah di kawasan Pembangunan Berasaskan Transit
(TOD) dan
3. Kadar sewa yang dikenakan ke atas entiti komersial dalam kawasan
TOD.
Sewaktu beliau Merangkap Menteri Perumahan
dan Urbanisasi pun harga rumah setiap tahun meningkat naik dan tiada daya untuk mengurangkan harganya inikan pula hendak
mengenakan tambang dan sewa kedai murah di setiap stesen perhentian LRT nanti.
Bayangkan dengan RM11 Billion
tersebut untuk membangunkan kawasan luarbandar, pasti banyak peluang pekerjaan
yang dapat dinikmati oleh para belia. Salahsatunya mengwujudkan bandar baru bercorak Sub-Perindustrian, Sub-Pendidikan ataupun sub-Pelancongan di Belaga, Kapit, Baram atau Lawas malah kawasan yang sama status kemundurannya.
Dari penelitian aku yang hidup di kawasan luarbandar ini, masih terdapat beberapa kekurangan yang perlu dipercepatkan
pembinaannya. 3 Perkara asas yang amat diperlukan sekarang ini adalah:
1. Jalanraya yang belum di tar atau belum di buat cuma mengharapkan
jalan Kem balak,
2. Loji bekalan air bersih dan
3. Bekalan elektrik.
Mereka dari kawasan luarbandar
ini juga Penduduk Sarawak, kenapa di anaktirikan kemewahan ini? Kalau di Kuching
ramai penduduk (tak sampai 400 ribu pun)
dan terpaksa memerlukan LRT untuk mengelakkan kesesakkan Jalanraya, berikan
juga projek-projek yang ber-impak tinggi sepadan dengan skala kawasan luarbandar
ini. Yang paling perlu di ambil perhatian dalam waktu singkat ini adalah
bantuan baikpulih sekolah daif di pendalaman. Memang benar Sekolah-Sekolah ini dibawah
Kerajaan Persekutuan, namun di dalamnya adalah anak –anak Sarawak sendiri. Ada
Sekolah yang yang terlalu teruk jambannya, Asrama pula retak sebahagian
dindingnya, tidur tidak berkipas anak-anak ini malah bilik kelas dan bangunan
Pentadbiran Sekolah pun ada yang tidak selamat untuk diduduki. Apa lagi dengan keuzuran peralatan bantu mengajar. Jurang pencapaian akademik dan kokurikulom pelajar bandar dan luarbandar sungguh terlalu besar jaraknya.
Sumber: www.utusan.com.my |
Belum lagi di ceritakan pasal
Jalanraya yang teruk, bekalan air sentiasa tidak bersih malah ada yang cuma
mengharapkan tedahan hujan dan elektrik yang memang tidak ada. Bagaimana pula
Ketua Menteri berkeras bersorak gumpita berkenaan Ekonomi Digital?
Aku tidak membantah pembinaan LRT
ini, lagipun siapa la aku untuk menghalangnya sekadar merungut di dalam ruang
yang terbatas ini cuma tolong jangan di abaikan para Pengundi tegar BN (Parti Pembangkang dah) yang majoritinya
di menangi di kawasan luarbandar. Pakcik, makcik, Atuk, nenek yang berharap cuma
TV RTM dan TV3 sebagai sumber rujukan asas.
Aku terbaca luahan mantan Menteri
Belia & sukan, katanya kesilapan
besar beliau dan Pergerakan Pemuda UMNO adalah terlalu menjaga hati pemimpin
atasan dan memegang kepada konsep feudalism secara membuta tuli.
“Ini merupakan pengajaran buat
UMNO kerana selepas ini, kita kena berani menegur presiden, kena berani menegur
pemimpin … dan jangan sekali-kali kita menyimpan suara sebenar rakyat daripada
pemimpin,”
Gelombang kebangkitan telah beralun deras oleh rakyat sewaktu PRU14 dulu. Tiada yang mustahil PRN akan datang ianya
berulang lagi andai pucuk pimpinan leka dengan fikir ‘syok’ sendiri.