Selepas sekian lama tidak meg-update-kan blog ini, kerana kekangan masa dan kebuntuan idea, alhamdulillah, baru kini satu nurkilan baru berkenaan Raya Aidiladha disiapkan. Selama ini aku menyedari blog ini sepi tanpa nurkilan baru dan aku pula memang lama ingin menulis cuma aku bagaikan seperti disumpah oleh puaka hingga kehilangan ‘skil’ menyusun kata-kata. Mungkin terpandang percikan darah dari leher sapi yang dikorbankan, maka pecah sudah sumpahan keramat tersebut.
Kemeriahan Hari Raya Haji di Long Lama ini dikongsi bersama dengan pekerja Indonesia dari kem pembalakan sekitar Long Lama ini. Mereka mendominasi ataupun 80% jemaah yang hadir ke masjid. Ada sebahagiannya aku kenali tapi kebanyakkannya tidak pernah ku lihat. Mungkin mereka jarang keluar ke Pekan Long Lama, maklum saja, tiada permit kerja dan kalau adapun sekadar punyai Pasport yang sudah luput tarikhnya. Cuma bekerja nun jauh di hutan dalam kem pembalakkan. Ada juga yang telah beristeri dengan perempuan tempatan terutamanya bangsa Penan. Ada yang sudah beranak pinak, berumah dan berkebun sendiri.
Memang betul mereka sudah ‘berkahwin’ tetapi tiada rekod yang mengesahkan taraf perkahwinan mereka, jadi status mereka TETAP BUJANG cuma bertukar agama sahaja. Berkahwin dengan Mat Indo yang tiada permit sah sebenarnya telah mengikat tali gantung di leher sendiri. Mat Indo ini boleh lepas tangan begitu sahaja andai berlaku masalah atau ditangkap oleh pihak berkuasa dan terus dihantar ke Negara asal mereka. Ditinggal pula mereka anak beranak sebatang kara tanpa tempat bergantung dan akhirnya kembali ke agama asal lagi.
Ada satu keluarga yang aku kenal dalam delima sebegini, sudah mempunyai 2 orang anak. Aku di antara insan yang hadir menyaksikan mereka bertiga ( Ibu & 2 orang anak tersebut ) melafaz kalimah syahadah di Masjid Long Lama. Tapi Pak Ustaz terpaksa menangguhkan dulu majlis akad nikah pula kerana dia tidak berani berbuat demikian disebabkan lelaki kepada ibu 2 orang anak tersebut berwarganegara Indonesia yang tiada permit perjalanan yang sah. Bagi aku, sepatutnya Pak Ustaz tersebut nikahkan saja mereka berdua, untuk mengelakkan zina. Bayangkan sudah bersekolah menengah ke-2 anak mereka hingga kini mereka masih bersekedudukan tanpa ikatan yang sah. Berkenaan dokumentasi, kita kira belakang sahaja dulu. Walaupun ada pro & kontra tindakan pilihan aku ini, tapi demi mengutamakan hukum syarak, aku lebih melihat perkara ini mendatangkan impak yang baik di kemudian hari atau sekurang-kurangnya ada jawapan aku di hadapanNya kelak. Aku tidak mahu menghuraikan lebih lanjut lagi berkenaan proses asimilasi rakyat Indo dengan warga tempatan di sini. Cukup rasanya aku tangguh di sini dulu, mungkin kalau sudah cukup bahan, boleh ku buka nurkilan edisi khas untuk kisah perkahwinan tergantung ini.
Untuk Raya kali ini, Yang Berhormat En. Dennis Ngau ADUN N76 Telang Usan diiringi Kapitan Yeo Kit Siang telah sudi membantu bersama mengagihkan daging korban. Itu yang istimewa tentang Long Lama.
Tapi yang paling istimewa Aidiladha kali ini, kisah apabila 2 hari sebelum Takbir, seekor sapi yang ingin dikorbankan terjatuh masuk gaung. Menjadikan kisah ini semakin menarik apabila tidak seorang pun perasan sepanjang hari sapi terjatuh ke dalam gaung sehingga petang baru sedar akan kehilangan sapi dari pandangan mata. Tali yang diikat di tiang pagar masjid tegang menampung beban badan memaksanya sukar untuk bernafas dan tika ditemui denyut jantungnya lemah. Lagak orang mati bergantung.
Tiada daya lagi, melainkan tawakal sahaja kepada Yang Maha Kuasa. Hendak disembelih tapi masa pula beransur memasuki waktu Maghrib ditambahkan hujan lebat menyukarkan misi menyelamat diteruskan. Apa yang termampu cuma memberi air untuknya minum dan berdoa agar nyawanya sampai ke besok pagi. Hendak diangkat, berat purata badan sapi pula mencecah 200KG, rasanya satu kerja yang mustahil untuk 2 orang berbadan sado seperti aku ini.
Tapi yang paling istimewa Aidiladha kali ini, kisah apabila 2 hari sebelum Takbir, seekor sapi yang ingin dikorbankan terjatuh masuk gaung. Menjadikan kisah ini semakin menarik apabila tidak seorang pun perasan sepanjang hari sapi terjatuh ke dalam gaung sehingga petang baru sedar akan kehilangan sapi dari pandangan mata. Tali yang diikat di tiang pagar masjid tegang menampung beban badan memaksanya sukar untuk bernafas dan tika ditemui denyut jantungnya lemah. Lagak orang mati bergantung.
Seawal keesokkan pagi, sehari sebelum Aidiladha, aku menerima panggilan dari Pengurus Masjid memohon bantuan menyembelih dan seterusnya melapah daging untuk diagihkan kepada non-muslim pada Hari Raya aidiladha nanti. Syukur juga, kerana nyawa Sapi tersebut masih bertahan dan terpaksa disembelih di kaki bukit bagi mengelakkan kesakitan ketika diangkat ke atas nanti.
Selepas proses penyembelihan selesai, kata sepakat telah ditetapkan bahawa sapi tersebut terpaksa ditarik pula menggunakan kereta kerana kudrat 5 orang lelaki tidak mampu mengangkat sapi tersebut ditambahkan lagi laluan yang agar sukar ( mendaki bukit ).
Hukum sembelihan Korban untuk Hari Raya Aidiladha@ Hari Raya Haji ini sebenarnya bermula selepas Takbir Raya dan 3 hari seterusnya. Jadi, sapi yang seharusnya dijadikan Korban sempena Aidiladha, kini terpaksa disembelih secara biasa sahaja untuk mengelakkan ia mati menjadi bangkai. Benar bak kata pepatah, Kita hanya merancang, Tuhan yang tentukan.
No comments:
Post a Comment