Sesuatu yang menarik perhatianku tika Ramadhan di tahun 2017 ini adalah 3 orang dibebaskan dalam kes Pembunuhan Bill Kayong@Setiausaha PKR yang ditembak mati di Miri dengan alasan kekurangan bukti yang dapat dikaitkan dengan mereka bertiga cuma seorang saja diminta membela diri.
Seperti biasa, rungutan netizen dalam laman sesawang memang ‘panas’. Kalau kita telusuri butiran kes ini, kita dapati bahawa tiada keperluan pun tertuduh pertama iaitu Mohammad Fitri Fauzi membunuh Bill Kayong melainkan atas pemintaan dari tiga orang yang dilepaskan tersebut dengan bayaran yang lumayan kepada Mohammad Fitri untuk membunuh kerana cuma dia sahaja yang mampu melakukannya.
Aku teringat kes kematian Altantuya yang mempunyai hubungan dengan Abdul Razak Baginda yang amat rapat dengan PM Najib waktu itu. Tetapi yang disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman mati adalah Cif inspector Azilah dan koperal Sirul Azhar. Kalau difikirkan, apa faedahnya untuk mereka berdua mem-bom-kan model cantik dari Mongolia tersebut melainkan ada perintah tertinggi yang memberi arahan dan pastinya ada imbuhan yang lebih besar menanti mereka berdua. Semakin terkait PM Najib dengan kes kematian ini kerana Bom jenis C4 yang digunakan untuk meletupkan Altantuya. Bom tersebut cuma ada dalam Gedung simpanan pihak ketenteraan sahaja dan Najib pula selaku Menteri Pertahanan ketika itu.
Tiada alasan yang konkrit dan tujuan MOTIF pembunuh ( dalam kedua kes diatas ) untuk membunuh melainkan arahan dari pihak atasan yang mengawal mereka.
Berbalik kepada kes pembunuhan Bill Kayong, mungkin ada juga teori lain yang menarik untuk dituliskan disini berkenaan dibebasnya ke-tiga tertuduh tersebut. Kita tidak boleh memandang rendah dengan keupayaan pihak Polis ini. Aku yakin dibebaskan ke-tiga tertuduh tersebut adalah untuk menangkap tertuduh yang ke-lima yang masih bebas dan belum menyerah diri. Ke-tiga tertuduh yang dibebaskan pasti lambat laun akan menghubungi tertuduh yang ke-lima dan apabila Polis sudah sedia maklum lokasi kedudukan persembunyiannya, dia pasti akan ditangkap maka fail kes Pembunuhan Bill Kayong akan dibuka sekali lagi. Ianya seperti mengail ikan puyu, apabila mendapat ikan puyu yang sedang besarnya, ikan puyu tersebut akan dilepas ke dalam sungai lagi tapi ekornya telah dikaitkan dengan mata kail yang tajam. Tujuannya untuk mengawal pergerakan ikan puyu namun tidak mematikan ikan puyu tersebut. Ikan Puyu dijadikan umpan, dengan pergerakkannya yang terbatas ianya untuk memudahkan ikan yang lebih besar lagi seperti ikan belida atau tapah mengejar serta menelannya dan mata kail yang dikait di ekor puyu tadi secara tidak langsung akan melekat di bibir mulut ikan besar yang menelan puyu tadi.
Aku yakin konsep ‘memancing dan mengumpan’ ini yang digunakan Pihak Polis untuk meyelesaikan kes kematian Bill Kayong ini. Semoga arwah tenang di sana. Bill Kayong @ Mohd Asbi Abdullah.
No comments:
Post a Comment