Melabelkan bekas menteri cabinet, Tan Sri Zainuddin Maidin sebagai ‘orang bodoh’ kerana telah memberi cadangan agar beliau meminta kebenaran terlebih dahulu dengan jawatankuasa tertinggi UMNO untuk berdebat dengan Tun Mahadir.
Beliau juga pernah melabelkan sebagai ‘bodoh dan tiada guna’ sewaktu mengulas langkah Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang mengemukakan notis kepada speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk membentangkan Rang Undang Undang Persendirian bagi memberi laluan kepada pelaksanaan hudud di Kelantan.
Tengku Mahkota Johor pun pernah disemburnya dengan kata-kata yang kurang enak, dalam kes Tun Mahadir sehingga TMJ meluahkan dengan peringatan ayat-ayat keramat:
“Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur”
Bagi situasi di Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah cuma mempertahankan HAK HAK Sarawak yang termaktub di Perjanjian MA63. Apa yang aku nampak, beliau cuma minta agar diperhalusikan cara dan pembahagian perolehan cukai Pelancongan tersebut. Kalau dibandingkan dengan Negeri jiran (Sabah), pembangunan perlancongan Negeri Sarawak jauh ketinggalan. Andai dikutip cukai ini, secara tidak langsung ianya pasti membantutkan aliran kemasukkan pelancong untuk datang berkunjung ke Sarawak. Lagipun Datuk Abdul Karim kini menjawat Potfolio Menteri Pelancongan, kesenian, kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak. Tidak timbul pun isu ‘usia baru setahun jagung’ sebagai Pak Menteri dalam perkara ini. Perlu ada sistem pembahagian yang adil untuk kerajaan pusat dan Negeri. Bayangkan kalau dilaksanakan ianya pasti memperoleh sekitar RM625 juta setahun.
Kebiadapan Nazri Aziz sehingga menuduh Datuk Abdul Karim sebagai samseng menunjukkan sikap ketidakmatangan beliau, andai aku sebagai pengundi tempat beliau berdiri sebagai Y.B, aku pasti tidak memangkah kertas undi di Parti yang didudukinya. Perangai ibarat kebudak-budakkan dalam menangani situasi yang memerlukan perbincangan yang teliti. Sepatutnya sebagai Pak Menteri, mereka menunjukkan sikap keterbukaan dalam menerima pendapat dan teguran. Memang benar kata salah seorang sahabatku dalam mengulas isu Pak Imam di Masjid yang tidak dapat menerima pendapat orang lain.
‘Untuk menjadi ‘orang besar’ kita perlu mempunyai ‘jiwa yang besar’, mesti tabah dalam puji dan cemuhan orang. Kerna jiwa yang besar pasti dapat menerima setiap cadangan teguran dengan redha dan menilai dengan hatibudi yang waras.’….
Mempunyai ‘jiwa yang besar’ adalah kunci kestabilan sebagai seorang pemimpin.
Terserlah sungguh kedunguan Nazri aziz ini, teringat kisah beliau mencabar Tun Mahadir untuk berdebat. Apabila Tun Mahadir bersetuju dan Tun sendiri turun ke Padang renggas Perak kawasan Nazri Aziz, namun amat dikesali apabila tak ‘berkokok’ pun Nazri Aziz di kawasan sendiri. Kalau dalam bahasa kasar Sarawak,..Telornya tengelop ke dalam.