Individu yang memanjat tersebut
memang ingin men-viral-kan kisah mereka ini. Hakikatnya andai memohon kebenaran
dari pihak MDI pun, mereka yakin tidak akan menerima jawapan yang mereka
mahukan. Ibarat seorang bapa, pasti tidak ingin melihat anaknya memanjat tinggi
tanpa bantuan keselamatan dan tiba-tiba terjatuh. Sebegitu juga dengan
keputusan dari pihak MDI tapi harus difikirkan juga, berkemungkinan pihak MDI
akan mencadangan lokasi lain yang lebih sesuai dan lebih selamat malah tidak
kurang juga hebatnya.
Banyak juga yang mengecam
tindakan mereka namun ada juga yang memuji. Bagi aku, tiada bezanya tindakan
mereka ini dengan Pensyarah di Institut Pengajian Guru di Ipoh, Perak Pn. Anita
Yusuf yang menaiki motosikal merentasi 40 negara atau seorang lagi Pensyarah
dan Ketua Jabatan Pengajian Am Politeknik Kuching, Sarawak En. Sofian Mohd 55 tahun yang
berbasikal secara solo mengelilingi dunia berjaya merentasi 22 negara
membabitkan jarak 22,000 kilometer dalam tempoh 16 bulan.
Kalau difikirkan tindakan kedua
Pensyarah inipun masih dikategorikan sebagai membahayakan diri sendiri cuma
dilencongkan alasan mereka dalam bentuk yang lebih komersil bak seperti kata Pn Anita Yusuf yang mengatakan
tujuan expedisi ini untuk menunjukkan agama Islam ini tidak mengongkongkan
wanita, tidak mendiskriminasi terhadap
wanita dan alasan En. Sofian Mohd pula, untuk mempromosikan Malaysia dan
Terengganu sempena Tahun Melawat Terengganu 2017 dan Tahun Melawat Malaysia.
Apakah tindakan mereka ( 3 kes di atas ) ini telah
meletakkan nama Malaysia naik setingkat tinggi lagi?..Mungkin.
Kerana telah membuat sesuatu yang
pelik dan menjadi –viral secara tidak langsung, ianya telah menaikkan nama
Malaysia.
Tidak perlu juga untuk bergadai
nyawa kalau hendak menaikkan nama Negara ini, cukup mengakui ada orang derma
berbillion ringgit masuk ke akaun peribadi di bank pun telah menjadi tajuk
berita dunia. Kalau di tanya kepadaku, adakah
mereka patut diberi hukuman? Jawapan jujur adalah, YA..
Kerana ada Akta kerajaan tempatan
9 Undang undang kecil Vandelisme 1991 yang membolehkan mereka dikenakan
tindakan makhamah. Namun mereka telah memohon maaf secara terbuka. Dan kalau
ditanya lagi kepadaku, adakah permohonan maaf mereka boleh diterima? Jawapan
jujurku pasti, YA. Kerana tindakan mereka bukan
menghina Agama, budaya dan individu lain, cuma sekadar mereka tersilap menterjemahkan
minat ditempat yang salah.
Teringat seorang kawanku yang
memang hebat dalam skill flaking gitalnya. Setiap kali ‘gorengan’ solo gitarnya
boleh meruntum jiwa. Namun sayang, hidupnya dibelenggu dengan acara sukan menarik gam dan menanam jarum tanpa disanjungi dan dikenali. Terfikir juga aku, kalaulah
Kurt Donald Cobain dilahirkan di Malaysia dan berbangsa Melayu, mesti orang dah
kata dia tu lost cause. Kaki heroin. Tak ada future. Dan Kurt Donald Cobain
akan hilang, mungkin mati bawah mana-mana jambatan terus dihanyutkan oleh arus
sungai.
Siapa kurt Donald Cobain?..pergi google je..
Nasib badan la…Kalau anda ( lapan
orang ) orang putih dan membuat tindakan ini di barat, pasti sudah menjadi kaya
raya atau setidak pun, akan ada punyai peminat tegar yang sanggup beratur
panjang membeli tiket semata-mata hendak melihat skill memanjat anda.
No comments:
Post a Comment