Translate

Tuesday, 23 February 2016

Layakkah ...????


Tergerak hati untuk mengulas berkenaan isu pekerja asing yang akan diserapkan ke dalam Tanahair yang tercinta untuk memenuhi peluang pekerjaan 3D (Dirty, Difficult & Dangerous). Aku senaraikan mengikut urutan agar senang difahami perjalanan 'kisah Romantik' 1.5 juta Bangla ini:


1. Bermula dari pengumuman dari TPM Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi akan membawa masuk 1.5 juta pekerja dari Bangladesh secara berperingkat dalam tempoh 3 tahun.





2. Kredibiliti anaknya dalam memberi komen berkenaan keputusan bapanya boleh dipersoalkan. Ini diantara salah satu penyebab penurunan peratusan kepercayaan Rakyat terhadap TPM  Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi. 




3. Cadangan yang lebih bernas dari Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim.



4. Tiba-tiba ditangguhkan..




Sebagai seorang yang sudah di pilih menjadi orang No. 2 dalam Malaysia, sepatutnya tindak-tanduk beliau mencerminkan kewibawaan seorang pemimpin. Dengan memberi keputusan yang boleh bertukar dan berubah setelah didesak, jelas beliau ini belum mampu untuk menjadi pemimpin yang berkaliber apatahlagi menerajui sesebuah negara nanti. 

Dengan tidak mempunyai Pendirian yang tetap dan bercakap mengunakan ilmu 'hentam keromo', aku geleng kepala diatas kebodohsanaannya sebagai pak menteri. Dan yang melantiknya juga pasti lebih tinggi kebodohsanaannya.

Sarawak, setelah dibanci pada tahun 2015, populasi penduduknya berjumlah 2 juta lebih. Data ini aku dapat dari laman Rasmi Jab. Penerangan Malaysia:




Seandainya terjadi kemasukkan tersebut, bermakna jumlah 'mereka' lebih kurang bersamaan dengan 3/4 rakyat sarawak. 'Mereka" lebih ramai dari Rakyat Negeri Melaka dan Perlis. Bayangkan untuk tempoh 10 tahun kehadapan, dikhuatiri 3% hingga 5% pasti sudah lahir generasi baru yang berdarah kacukan ( darah campuran bumiputra ) dan Bangla. Bagaimana dengan 50 tahun akan datang???




Pada ketika ini, kebanjiran 'mereka' amat membimbangkan. Dengan mengunakan Pasport dan permit bekerja untuk masuk ke sini dan ditambah pula keadaan suasana yang aman serta mudah untuk mencari rezeki, 'keselesaan' itu membuatkan 'mereka' tidak akan balik ke tanahair 'mereka' lagi yang penuh dengan pergolakan, peperangan dan penindasan. kestabilan ekonomi 'mereka' yang semakin kukuh dan bilangan yang semakin bertambah, tidak mustahil permintaan 'mereka' terpaksa kita dengar suatu hari nanti.




Tuesday, 16 February 2016

Sudah hilang sengatnya


Biarpun segelas Nescafe Peng 'kaw' telah membasah anak tekak, namun rasa mengantuk ini 'kaw' serta tebal juga. Umpama di kelopak kulit mata ini ada 10 ekor gajah Afrika bergayut. Namun apabila terbaca di dada akhbar berkenaan politik di Sarawak khususnya yang berlaku di Marudi, fikiran nakalku teringat kata-kata YB Dato Syvester Entri semasa beliau berucap di Majlis Perasmian Masjid Besar Marudi pada 25 Mac 2011 yang di Rasmikan oleh Mantan Yang Amat Berhormat Pehin Sri Abdul Taib Mahmud , ucapannya yang lebih banyak memburukkan orang lain. ( calon parti pembangkang ) Sedangkan beliau ini adalah seorang yang mualaf,...Baik la..dia mualaf, namun asas peraturan di dalam tempat ibadat, tidak kira anda yang baru bersekolah rendah apatah lagi lepasan Ijazah, amat mengetahui hukum santun berkata-kata dan perbuatan dalam semua tempat Ibadat.


Masjid Besar Marudi


Semakin dalam menyelami lautan fikiran Nakalku ini, teringat kempen 'Dato' ini di Perkarangan Balai Raya Kampung selepas Solat Isyak.  aku sempat menghadirkan diri dalam kempen beliau di kampung kelahiranku itu, kerana waktu ini pada cuti Hari Raya, di Majlis Ramah Mesra Aidilfitri.

Dengan cara memburukkan peribadi calon lawan dibantu dengan risalah 'lucah' Dato Sri Anwar Ibrahim yang diedarkan oleh satu-satunya badan NGO yang aku sangkakan tidak menyebelahi politik, tapi sangkaanku meleset setelah melihat ketua cawangannya sendiri menjadi "kepala daun" mengedar Risalah lucah tersebut. Jelas benar, sifat perjuangan NGO tersebut dapat di bolak-balikkan, dijual beli dan yang semakin menelanjangkan perjuangan mereka ini adalah kelemahan ahli jawatankuasa tertinggi mereka yang layu pemikiran akalnya dalam membezakan perjuangan Persatuan mereka dengan demam politik tanahair. Rata-rata yang hadir ke majlis kempen tersebut adalah orang tua dan wanita termasuk ibu-ibu yang membawa anak kecil yang malas hendak masak di rumah. Dah dijemput untuk makan 'free' di Balai Raya, ambil kesempatan untuk 'relax', makan sambil berhibur. Namun melihat gambar Pak nuar separa bogel dalam risalah ini, pasti nafsu makan itu terbantut dibuatnya.

Aku BUKAN peminat Dato Sri Anwar Ibrahim, aku lebih suka "Dato" berdiri dan berucap membentangkan kertaskerja idea yang bernas dan buah fikiran yang mendatangkan kebaikan dalam memajukan ekonomi dan kemakmuran, mementingkan soal pendidikan dan bersama membasmi gejala sosial di kawasan jagaannya.

Cara yang beliau gunakan ini sungguh tidak matang, apabila kempen politik yang memburukan peribadi calon parti dari pihak lawan, maka dapat diandaikan bahawa pola pemikirannya sungguh tidak dapat memajukan kawasan yang dijaganya. Dia sibuk dengan kerja memburukan nama orang lain. Orang yang sebegini, apabila ditegur atau di beri nasihat, pasti akan melenting dan berdendam kerana dia cuma nampak kebaikan ada pada dirinya sahaja. Orang lain dianggap sebagai manusia yang tidak berguna malah sampah.

Maka itu yang terjadi, Apabila KARMA datang menjengah. Calon yang juga mempunyai suara yang kuat dari akar umbi kini mengetuk ubun-ubun kepala 'Dato'. Dengan cara yang sama, memainkan sentimen memburuk cara kepimpinan dan peribadi. Belum masanya aku ingin mengulas berkenaan calon baru tersebut. 




Mungkin kelebihan kepada 'Dato' ini, adalah beliau seorang Islam dan tidak dinafikan sumbangan beliau kepada penduduk Islam dalam jajahannya amat besar juga.

Politik bukan semuanya buruk. Berpolitik untuk menegakkan kebenaran serta berpolitik dengan disiplin yang menekankan soal amanah dan keadilan adalah tuntutan. Kita perlukan orang politik yang melaksanakan tanggungjawab kepimpinan sebegitu. Namun jika politik itu adalah kisah ketamakan dan kerakusan seperti yang sering kita dengar, ia sebenarnya adalah kisah insan-insan yang hilang bahagia, berpenyakit jiwa dan gila kuasa.


Monday, 15 February 2016

Getah, Lada, Koko, kayu dan Sawit serta Timbalan Ketua Menteri..

Jarang berlaku di kawasan Long Lama ini, memilih hari bekerja ( Isnin ) untuk membuat Program yang besar seperti Program "Hello Komoditi" anjuran Kementerian Perusahaan Perladangan dan komoditi (MPIC ) ditambah lagi dibawah naungan Timbalan Ketua Menteri Sarawak YB Dato Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Ak Numpang  yang hadir bagi menyempurnakan majlis tersebut.






Barisan Tetamu Terhormat


Program yang amat bermakna bagi pengusaha tanaman sawit, Lada, koko dan getah. Banyak memberi ilmu, penerangan berkenaan skim, bantuan kemahiran dan tunjuk ajar dari yang pakar serta pameran beralatan baru ( terkini ) untuk pertanian.


Produk dari Kayu ( Cenderahati untuk Yang Berhormat )


Buatan tangan Penan dengan harga boleh mencecah RM1000 ( open market harga juga boleh rondeng )


Jumlah yang hadir untuk majlis ini dalam lingkungan 2 ribu orang. Dengan keadaan cuaca yang mengizinkan, ianya sungguh memberangsangkan 'haba' ghairah pengunjung untuk hadir ke setiap Meja- meja pameran.

Makanan dalam anggaran 2500 tapau/bungkusan


Kekuatan Program ini bukan disebabkan kehadiran Timbalan ketua Menteri saja, tapi kehendak dan keperluan komuniti di sini yang amat memerlukan penerangan serta bantuan dari  Agensi-Agensi yang memegang kuasa untuk Kelapa Sawit, koko, Lada, kayu kayan. Mengambil contoh seperti Lembaga Getah Malaysia. Mereka amat berminat untuk mengetahui selok belok cara penanaman yang betul, cara pasaran dan produk yang terkini.






Pasaran Long Lama 'sibuk' menyambut kehadiran pengunjung.



Apa yang pasti, Program ini amat diperlukan terutamanya di tempat sebegini yang masih mengharapkan bantuan kerajaan. Semoga diadakan lagi pada masa yang akan datang.