Translate

Sunday, 31 January 2016

Pindah Peti sejuk baring belakang Navara

Seorang sahabat "maya" dalam Facebook telah menjual Peti sejuk jenama SHARP 2 pintu dengan harga murah. Baru 6 bulan dipakainya. Lokasi di Pujut 5 Miri.

Masalah utama bagiku adalah hendak membawanya. Kerana seperti kepercayaan karut marut dari turun temurun, pantang membawa peti Sejuk ini adalah tidak boleh dibaringkan. Khuatir molekul-molekul Gas dalam jantung enjinnya bergerak dan boleh menyebabkan kebocoran. Hatta kepercayaan ini juga aku dengar dari mulut Tukang repair kampung namun dia hebat untuk membaikpulih peti Sejuk dan barang elektronik lain. Tidak juga aku nafikan sumbangan beliau terhadap ekosistem di sekitarnya. Sungguh memberi kesan positif. Kalau setakat mencuci penyaman udara, patri wayar yang terlepas dalam TV, Radio, player disk atau buat sambungan wayar di rumah standard kampung, ilmu beliau masih boleh dihargai. Cuma tidak bersijil je...



Dari Miri ke Long Lama

Aku tak pernah mempunyai kawan yang "specialist" berkenaan Peti sejuk ini, jadi tiada tempat untuk membuat rujukan. Aku Google-kan dalam internet mencari jawapan, namun tiada "keyword" yang padan. Untuk kawasan Miri ini, semua kawanku berkereta jenis Sedan dan "family car only". Tiada yang mempunyai kereta Pickup atau truck.


Tuhan beri Ilham tanpa diduga, aku tukar "keyword" di laman Google. Mencari orang atau agen yang memang kerjanya mengangkat barang. Akhirnya aku menemui jawapannya. Dari hasil pencarian tersebut, aku mendapat Ilmu yang baru, mungkin digunakan untuk kemudian hari nanti, Siapa tahu kan....

Pastikan selepas diangkat, secara baring ( peti sejuk ) didirikan dalam posisi asal dan di biarkan selama 10 jam hingga 24 jam JANGAN disambungkan arus  elektrik. Masa sambungan elektrik ini bergantung kepada jarak tempuh perjalanan pemindahan Peti sejuk ini. Kalau lebih 5 jam ke atas, lebih baik dibiarkan 24 jam tanpa sambungan elektrik dan biarkan molekul-molekul Gas di enjinnya kembali normal susunan zarahnya.

Selepas dibiarkan semalam, Peti sejuk ini kembali berfungsi seperti yang diharapkan walaupun telah menempuh perjalanan dengan dibaringkan selama 2 jam Perjalanan. Apa yang aku dapat dari pengalaman ini adalah, kita sepatutnya bertanya dengan orang yang berilmu dalam bidang yang diceburinya, BUKAN dengan orang yang lebih tua dari kita.( macam tukang repair itu )








Pengalaman dan tips ini berguna untuk orang yang tengah rungsing di luar sana. Rungsing dan bingung hendak mengalih malah memindahkan "sensitif'nya peti sejuk.



8 comments:

  1. Tq sharing, memang tengah pikir nak masukkan chiller cara baring dalam innova

    ReplyDelete
  2. tq info bro..baru sa confiden bawa peti ais ni cara baring..
    btw..sa 5 tahun merasa jln miri long lama tu..skrg da pindah sabah..

    ReplyDelete
  3. Terbaik info bro. Sy pn hampir nk sambungkan arus elektrik, tp sy cari dulu pantang larang di google. Dan sy telah menjumpai blog tuan. Terima kasih atas info yg berguna tuan

    ReplyDelete
  4. nak tanye , kalau bawah peti ais satu pintu tu naik kete honda crz boleh ???? pjalanan dalam 1jamsetangah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya bergantung pada kenderaan kita....lau boleh masuk tak masalah tu.

      Delete
  5. nak tanye , kalau bawah peti ais satu pintu tu naik kete honda crz boleh ???? pjalanan dalam 1jamsetangah

    ReplyDelete
  6. nak tanye , kalau bawah peti ais satu pintu tu naik kete honda crz boleh ???? pjalanan dalam 1jamsetangah

    ReplyDelete
  7. Terima kasih untuk ilmunya...

    ReplyDelete