Translate

Sunday, 31 January 2016

Pindah Peti sejuk baring belakang Navara

Seorang sahabat "maya" dalam Facebook telah menjual Peti sejuk jenama SHARP 2 pintu dengan harga murah. Baru 6 bulan dipakainya. Lokasi di Pujut 5 Miri.

Masalah utama bagiku adalah hendak membawanya. Kerana seperti kepercayaan karut marut dari turun temurun, pantang membawa peti Sejuk ini adalah tidak boleh dibaringkan. Khuatir molekul-molekul Gas dalam jantung enjinnya bergerak dan boleh menyebabkan kebocoran. Hatta kepercayaan ini juga aku dengar dari mulut Tukang repair kampung namun dia hebat untuk membaikpulih peti Sejuk dan barang elektronik lain. Tidak juga aku nafikan sumbangan beliau terhadap ekosistem di sekitarnya. Sungguh memberi kesan positif. Kalau setakat mencuci penyaman udara, patri wayar yang terlepas dalam TV, Radio, player disk atau buat sambungan wayar di rumah standard kampung, ilmu beliau masih boleh dihargai. Cuma tidak bersijil je...



Dari Miri ke Long Lama

Aku tak pernah mempunyai kawan yang "specialist" berkenaan Peti sejuk ini, jadi tiada tempat untuk membuat rujukan. Aku Google-kan dalam internet mencari jawapan, namun tiada "keyword" yang padan. Untuk kawasan Miri ini, semua kawanku berkereta jenis Sedan dan "family car only". Tiada yang mempunyai kereta Pickup atau truck.


Tuhan beri Ilham tanpa diduga, aku tukar "keyword" di laman Google. Mencari orang atau agen yang memang kerjanya mengangkat barang. Akhirnya aku menemui jawapannya. Dari hasil pencarian tersebut, aku mendapat Ilmu yang baru, mungkin digunakan untuk kemudian hari nanti, Siapa tahu kan....

Pastikan selepas diangkat, secara baring ( peti sejuk ) didirikan dalam posisi asal dan di biarkan selama 10 jam hingga 24 jam JANGAN disambungkan arus  elektrik. Masa sambungan elektrik ini bergantung kepada jarak tempuh perjalanan pemindahan Peti sejuk ini. Kalau lebih 5 jam ke atas, lebih baik dibiarkan 24 jam tanpa sambungan elektrik dan biarkan molekul-molekul Gas di enjinnya kembali normal susunan zarahnya.

Selepas dibiarkan semalam, Peti sejuk ini kembali berfungsi seperti yang diharapkan walaupun telah menempuh perjalanan dengan dibaringkan selama 2 jam Perjalanan. Apa yang aku dapat dari pengalaman ini adalah, kita sepatutnya bertanya dengan orang yang berilmu dalam bidang yang diceburinya, BUKAN dengan orang yang lebih tua dari kita.( macam tukang repair itu )








Pengalaman dan tips ini berguna untuk orang yang tengah rungsing di luar sana. Rungsing dan bingung hendak mengalih malah memindahkan "sensitif'nya peti sejuk.



Monday, 25 January 2016

Ultraman dari kacamata seorang dewasa

Sesuatu yang indah, apabila perkara atau benda yang kita suka hadir depan mata. Ianya sungguh menakjubkan andai apa yang kita impikan selama ini terjadi tanpa di rancang. Dan itu yang berlaku kepada aku yang sememangnya dari kecil telah mengenali watak Ultraman serta anda boleh membaca permulaan terbukanya blog ini dan salah satunya aktikel paling awal dinukilankan adalah kisah Ultraman ( disini )


Faiz kena tunjuk Ultraman


Ultraman hadir buat persembahan di Bintang Mega Mall Miri ( Pakson ) dengan mengenakan bayaran RM50.00 pembelian barangan yang ada dalam Mall tersebut.





Memang terasa terkejut juga apabila melihat sesuatu yang kita minati, kini jelas berada di depan mata, dapat menyentuhnya malah bergambar dengannya, namun syukur juga dengan akal yang waras ini, kita dapat membezakan sesuatu yang nyata dan alam maya.

Sebab itu, Adol dan Faiz terkaku membisu apabila terlihat lembaga yang sering bermain di kaca tv, kini terpacak berdiri bersilang tangan membawa mereka untuk berselfie.

Adol kecut perut, takut bukan kepalang, Faiz yang sering bergambar bersilang tangan ( gaya Ultraman ) pun sejuk kaki tangan.

Ramai ibubapa yang hadir membawa anak-anak mereka sungguh teruja melihat telagat Ultraman di atas pentas. Camera handphone tak lekang di tangan termasuk aku. Cuma aku share 2 gambar ini sahaja untuk tatapan bersama. 


Uniknya Sarawak...Majlis Doa selamat cucu Uncle Ajang Mering

Pertama sekali aku ucapkan syukur yang tak terhingga kepada Yang Maha Kuasa di atas kesempatan ini kerana telah memberi kita nafas lagi untuk dihembus dalam tahun 2016. Rezeki 'hadirnya roh' ini amat tinggi nilainya jika di bandingkan dengan yang lain. Kerana adanya ROH, maka jasad ini bisa bergerak mencari keredhaanNya di muka bumi ini.

Tidak terlambat juga untuk aku mengucapkan selamat Tahun Baru kepada pembaca semua. Dan ucapan Maaf ku pinta kerana kesibukkan duniawi ini membuatkan Kalam blog aku sunyi dan "semun". Jarang mengunjungi blog ini disebabkan aku lebih banyak kerja di lapangan luar. Walaupun aku menggunakan Note 2, namun aku lebih suka update blog ini, menggunakan Computer usang yang tersadai di ujung meja bilik tidurku. Apabila menyentuh keybordnya, bagaikan didihan air panas saja idea datang mencurah-curah. Mungkin "fill' menulis itu, ada terletak pada salah satu butang di 'keybord' computer usangku. Ada SATU butang Azimat di keyboard itu. Yang aku sendiri pun tidak tahu mana satu butang Azimatnya itu.

Aku sering hadir ke majlis perkahwinan yang diadakan oleh sahabat kenalanku yang beragama Kristian. Itu tidak menjadi masalah besar bagiku. Mereka juga memahami situasi aku sebagai Penganut Islam dan mereka akan memastikan makanan aku "special" dari mereka. Maksud "special" itu adalah mereka akan tempah makanan HALAL dari luar atau mereka masakkan sendiri menggunakan peralatan yang baru, khas buat makanan aku, family dan penganut Islam yang hadir ke majlis tersebut.

Namun menyambut Majlis Harijadi cucu Uncle Ajang Mering iaitu Adik Adam Wan Syaqif dirumahnya di Kampung Kayan Hilir Long Lama sesuatu pengalaman yang baru bagiku.


Adik Adam Wan di gendong emaknya 


Kesungguhan ahli keluarga Uncle Ajang Mering ingin menyambut Majlis ini di rumahnya amat-amat aku puji. Dari mendirikan khemah, mengangkut kerusi meja dari Kedainya di pasar Long Lama, menjemput Tuan Imam dari Masjid Pujut Tanjung Batu iaitu Tuan Imam Haji Salam untuk memimpin majlis Doa selamat malah sanggup menempah jamuan makanan dari Miri. Betapa mereka ( ahli keluarga Uncle Ajang Mering ) rela bersusah payah demi menjaga hati para tetamu yang kebanyakannya kita Islam. Kesungguhan ini amat-amat aku hargai.



Menu Makanan yang sungguh menyelerakan


i) Uncle Ajang Mering ( Baju batik putih )
ii) Haji Salam Imam Masjid Pujut Tanjung Batu ( baju Melayu )


Betapa tingginya sifat Toleransi mereka terhadap kami yang Islam ini membuatkan aku menghormati sikap yang tunjukkan dan kesudahannya adalah perasaan serta silaturahim yang terjalin ini, patut dan WAJIB kita kekalkan sampai bila-bila pun.