Translate

Tuesday, 1 December 2015

Genggam teguh Amanah diberi.

(Coretan ini sebenarnya sudah awal dinurkilankan di atas Wall Facebook aku, dihadirkan dalam penulisan ini untuk menambahkan koleksi dalam blog "syok' sendiri ini.)


Lama tidak mencoret di lembaran kaca ini. Diharap semuanya dalam sihat walafiat hendakNya. Aku nak kongsikan suatu yang baru tadi ku perasan.

Sewaktu Topup Reload Handphone Isteriku, tiba-tiba aku teringat kata-kata Pak Menteri yang pernah mengatakan, selepas 31 Okt 2015 akan kembali Normal harga Kad Prabayar.







Andaikata aku beli Reload Topup di kedai yang berhampiran, aku boleh terima jawapan Tauke kedai yang mengenakan harga GST dengan alasan, dia laburkan modal untuk membeli Kad prabayar tersebut sewaktu GST dikenakan. Tapi, aku Topup melalui online Banking.



Bank TIDAK update kah??... atau.. 'Jako" menteri itu cuma "putar alam", ayat yang sering dilontarkan sewaktu aku menjadi pembonceng motorsikal "kawasaki honey" lampu pudar kepunyaan Mahaguru Sultan Mohd Szadin dulu ( Nama dlm Facebook ).
Motorsikal yang banyak menjelajah segenap ceruk lorong di Marudi tika awal 90an. Namun destinasi terakhirnya pasti ke rumah Tok Batin Dahuddin Diendz ( Nama dlm Facebook ) yang sudah sedia menunggu kedatangan dua orang insan suci yang membawa bekalan rokok "Malboro" sambil gitar kapok tak lekang ditangan. Ditambahkan lagi kelunakan Flaking gitar goreng kicap Cap Kuda terbang dari Pawang hujan Black Mat Burn ( Nama dlm Facebook )...Pergghhhhh, Berdesup masuk menikam kalbu.

Sebab itu, setiap kali Jamming, pasti Tan Sri Ombak Pantai Menangis ( Nama dlm Facebook )  akan menyendiri merenung jauh luar jendela sambil genggaman erat memegang microfone.
" Tidak terkira perutusan, satu pun tiada balasan"
" Namunku tak putus harapan, walau hati ini, sudah mula bergoyang" ,

Atau mungkin disebabkan sentuhan klasik gorengan bisanya gitar brader Black yang membuat sahabatku dunia akhirat ini begitu. Rahsia yang belum dapat aku rungkaikan hingga ke saat ini.

Mengarut jauh dah aku....

Sebagai Rakyat biasa yang kais pagi makan pagi, silap-silap tak makan terus walaupun seharian puas berkais, adalah moleknya beban ini harus ku lepaskan juga di dalam coretan ini.
Kalau perkara yang melibatkan kemashalahan rakyat ini pun belum dapat di selesaikan, cuba bayangkan berkenaan perkara yang lebih besar dengan isu sistem Pendidikan kita, sistem perundangan kita hatta sistem pertahanan sempadan perairan kita.
Aku sayang Negara ini, aku lebih sayang Negeri ini, bukan kePARTIan yang merubah lanskap politik kita, namun mentaliti segelintir pemimpin yang tidak memiliki "PEMIKIRAN ARAS TINGGI".
Teringat kisah Al Ghazali bersoal jawab dengan anak muridnya dan soalan yang paling aku suka angkatkan disini adalah:
"Apa yang paling berat di dunia ini?".
Murid-murid ada yang menjawab "besi dan gajah".
Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH"



P/s: Minta diselesaikan segera segala "Amanah' atau perkara berbangkit sebelum masuknya ke ambang 2016..





Belawai dan 'Resort'nya

Bersama rombongan sepejabat untuk ke Belawai bertujuan untuk melawat lantas membuat aktiviti membina semangat berkumpulan/berpasukan. Setiap tahun pasti akan ada Lawatan sebegini dilakukan. Namun kali ini, pemilihan lokasi adalah sesuatu yang pelik.

Apa yang hebatnya Belawai???

Seperti perbualanku dengan presiden Kelab KESURA ( Kelab sukan & Rekreasi MDM ), dapat dihuraikan pemilihan itu bukan disebabkan lokasinya, tapi:


   Tanpa Program sebegini, kita tidak akan sampai memijak kaki ke Belawai, andai diberi pilihan, alangkah bagusnya ‘Target” area adalah Sabah, Kuching atau Mulu kan. Namun mesti difahamkan bahawa tujuan Program ini adalah “membina team building” BUKAN pergi shopping atau joli sana joli sini.

2.   Kita yang sebagai penduduk pendalaman, sekali sekala datang melihat kehidupan di tepi pantai, ianya sungguh berbeza dengan  apa yang kita tempuh setiap hari di sini. Perubahan dalam pembentukan minda amat penting dalam tujuan lawatan sebegini.

3.  Berfikir dan menganalis setiap perkara dan benda yang di pandang. Kawasan yang Cuma perkampungan nelayan, tetapi mempunyai stuktur jalan raya yang bagus. Perkampungan yang padat dengan rumahnya rapat.






Bergerak dari Jam 7.30 pagi dari Marudi menggunakan Pacuan 4 roda. Bas berhawa dingin sudah menunggu di simpang jalan Marudi Miri. Mengambil masa 10 jam perjalanan untuk sampai ke Destinasi.


Selama 3 hari 2 malam berkampung di sini, sungguh banyak aktiviti yang dilakukan. Namun acara yang ditunggu-tunggu adalah mandi laut.

Jumlah rombongan dari Marudi


Tempat menginap untuk 2 malam

Kampung Belawai ( gerai menjual ikan salai )

Suasana dalam kampung

Lepak sekejap selepas membuat Team Building

Aku dan Cip Josely


Entah, bila lagi akan ke sana. Tapi kenangan ini akan ku simpan rapi sebagai ingatan di kemudian hari. Kenangan keindahan Belawai dan kenangan bersama teman sepejabat.



Pesta Sukan Air Long Lama

Bertarikh 23-25 Oktober 2015, Mini regatta ini membuka tirainya dengan Pertandingan Boat remote control. Kehadiran orang ramai amat luarbiasa sekali.

Aku nak membawa semua melihat dari sudut pandang yang berbeza, disebabkan aku mewakili pihak Majlis Daerah, ingin aku mengetengahkan sesuatu perkara yang tidak diketahui umum. Dan perkara sebegini memang biasa terjadi sewaktu apa-apa ‘event’ besar yang berlangsung.

Pihak kami diamanahkan:

1.       Untuk menjaga kebersihan dan
2.       Mengutip yuran penjaja/ bergerai/funfair.

Sebelum berlangsung Acara ini, sebulan sudah pihak kami bermesyuarat untuk merangka dan meramal situasi yang bakal berlaku. Bermesyuarat untuk memutuskan tindakan andai ada perkara berlaku diluar kawalan.


Apabila hari yang ditunggu sudah tiba, berduyun orang yang ingin menyaksikan temasya ini datang dari dekat dan juga jauh tidak terkecuali mereka yang ingin mencuba nasib untuk mencari rezeki dengan cara berniaga.

Aku kongsikan sahaja photo menarik untuk tetapan semua…

Proses permohonan gerai jualan ( 130 gerai berdaftar )













Tempat pelepasan power boat

Funfair depan Ya Salam Restaurant



Temasya yang diraikan 2 tahun sekali ini adalah Temasya yang besar dan bernilai untuk komuniti pekan Long Lama. Cuma masalah yang sering berlaku di Pekan yang kecil ini adalah tempat penginapan yang kurang. Walaupun mempunyai 3 hotel, namun apabila dicampur ke semua bilik hotel tersebut, masih belum mencapai 30 bilik keseluruhannya.

Selepas berhempas pulas menyusun tapak jualan untuk para peniaga, dalam kawasan yang agak kecil seperti Pekan ini, maka berakhirnya Temasya ini akan timbul satu masalah baru, iaitu SAMPAH....

Photo sebelum acara


Photo selepas acara

Seperti awal ku katakan tadi, melihat dari sudut pandang yang berbeza. Selalunya, apabila Regatta di mana-mana sungai dalam Sarawak, orang akan leka dengan sukan di airnya, kayuhannya dan deruan bunyi enjinnya. Aku lebih kepada sesuatu yang jarang diperhatikan. Dan perkara yang jarang dititikberatkan ini yang membuatkan setiap Pesta menjadi meriah.