Syukur
Alhamdulillah, kita bertemu lagi di dunia I.T. Kali ini aku membuat satu bahan
bacaan yang berat sikit untuk direnungi. Bercirikan keagamaan bersumber dari Al Quran dan Hadis.
Apabila kita membaca Al Quran, banyak
kisah yang tercatit di dalamnya. Al Quran tidak meleret-leret atau mengarut. Al
Quran bukan kitab Sejarah tapi kitab Petunjuk. Al Quran menceritakan Asas-asas
yang diperlukan dalam kehidupan Insani.
Berbalik kepada tajuk di atas, “Kriteria pemilihan seorang Pemimpin” .Perkara
ini telah tertulis dalam Al Quran di surah An Nisa:
[58]Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
[58]Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
[59]Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu
kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri”
(orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu
berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika
kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih
baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
Ini adalah
DASAR Politik dalam Islam. Pertama
sekali, Allah SWT menyuruh kita berikan Amanah ataupun Jawatan tersebut kepada
yang PAKAR. Kerana dengan kepakarannya, dia dapat menjalankan Amanah tersebut
dengan baik dan Adil. Maksudnya disini, Allah SWT tidak mewajibkan Tok Syeikh berserban besar,
atau Para Ulama berjubah labuh menjadi pemimpin. Apa yang diperlukan adalah seorang yang
mempunyai Kepakaran dalam memimpin sesebuah Organisasi, Persatuan kampung hatta
memimpin Negeri malah Negara. Dan dia haruslah mentaati Allah dan taati Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri”. Kerna dengan mentaati Ketiga-tiga tersebut, cukup untuknya memegang kukuh Amanah tersebut disandarkan lagi dengan kebolehan kepakarannya. Namun apabila disebut “Ulil amri” ( Orang yang berkuasa ), kita terfikir juga, kenapa mesti taat kepada Mereka sebab kalau ditengok kebelakangan ini para Pemimpin kita ada yang memang teruk. Tidak Amanah, malah menyusahkan rakyat. Beri BR1M tapi secara halus minta balik dengan GSTnya.
Maka terwujudnya masalah Pemilihan seorang Pemimpin. Kita pun sedia maklum, Allah SWT menyuruh memilih Seorang yang mempunyai kepakaran dalam memimpin, namun Allah SWT tidak jelaskan lebih detail ciri criteria SIAPA atau BAGAIMANA kelayakan kepakaran yang diperlukan untuk menjadi seorang pemimpin.
Maka terwujudnya masalah Pemilihan seorang Pemimpin. Kita pun sedia maklum, Allah SWT menyuruh memilih Seorang yang mempunyai kepakaran dalam memimpin, namun Allah SWT tidak jelaskan lebih detail ciri criteria SIAPA atau BAGAIMANA kelayakan kepakaran yang diperlukan untuk menjadi seorang pemimpin.
Berbalik
kepada Al Quran lagi, di dalam Surah Al-Qasas:
Dialog dalam Al Quran ini berlaku sewaktu menceritakan Kisah Nabi Musa AS yang telah membantu dua orang wanita yang mengembala kambing. Salah seorang wanita tersebut memujuk Ayahnya untuk mengambil Nabi Musa AS berkerja mengembala kambing kepunyaan mereka.
Kenapa Nabi Musa AS dipilih???
Kerana Orangnya Kuat lagi Amanah.
Kuat maksudnya disini adalah kemampuannya menanggung Tugas dengan kelebihan
Skill dan kepakaran yang berkaitan dengan Jawatan yang disandang dan Amanah
adalah Seseorang yang boleh dipercayai, yang Takut akan Allah dan teguh
pendiriannya serta dia tidak akan menyeleweng harta yang diamanahkan.
Pernah terjadi di Zaman Rasulullah apabila sahabat beliau iaitu Abu Zar meminta Jawatan kepada Baginda dan kita pun sedia maklum bahawasanya Abu Zar sabahat nabi ini, sungguh Alim lagi soleh Orangnya malah Ahli Langit mengenalinya. Namun jawab Baginda dalam Hadis Riwayat oleh Muslim
Sabda Nabi s.a.w. maksudnya:
"Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan
jawatan itu adalah amanah. Ianya pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan
penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan
apa yang menjadi tuntutannya."
Baginda tidak membenarkan Abu Zar memegang jawatan tersebut bukan kerana Lemah Iman, Tapi lemah dari sudut kurang Ilmu kepimpinan. Jelas disini, Baginda tidak memberi Jawatan tersebut kepada orang yang Hebat dari Ilmu Agamanya, tapi Jawatan tersebut diberi kepada Orang yang mempunyai kepakaran dalam urus tadbir iaitu hebat ilmu kepimpinannya.
Sebab itu dalam ayat Al Nissa
[59]Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu
kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri”
(orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu…………………….
TAATlah kamu kepada Allah dan TAATlah kamu kepada Rasulullah...
Jelas kini, Pemimpin
kita sekarang tidak mempunyai DASAR criteria yang diperlukan dalam Politik
iaitu ‘yang Kuat lagi Amanah”
Namun timbul persoalan, andaikata kita ada 2 Calon:-
A) seorang yang kuat, ada skill dan kepakaran tapi kurang Amanah dan
B) seorang lagi Lemah dari sudut ilmu politiknya tapi teguh pendirian dalam memegang Amanahnya?
Siapa yang harus kita utamakan atau kita pilih???
Dalam situasi ini kita harus memilih berdasarkan Jawatan yang perlu disandangnya. Seandainya kita memerlukan seorang yang menjaga segudang banyaknya Emas, maka kita pilih yang kuat pegangan Amanahnya dan seandainya kita memerlukan seseorang yang turun ke Medan perang, maka kita memilih orang yang ada skill Ilmu ketenteraannya.
Tidak
dinafikan ada juga Para Ulama yang mempunyai Skill dalam ilmu pentadbirannya,
maka itu adalah satu BONUS baginya. Ianya pernah berlaku di kampung aku dulu,
apabila Jawatan Pengerusi Surau bukan Tuan Imam yang dilantik, tapi orang lain
yang mempunyai kehebatan dalam memikul tanggungjawab tersebut serta mempunyai
pengaruh dan boleh bercakap di khlayak ramai. Dan Pengerusi Surau itu juga
mampu mengimami Solat berjemaah seandainya tuan Imam kampung aku jatuh sakit.
Sebab itu, kita hendaklah melantik orang yang betul-betul PAKAR dalam bidangnya, MAHIR dalam jawatannya, kerana dengan kepakaranya itu, ia akan membawa kita ke arah wujudnya keadilan. Jadi baru tercantum: