Tertempah pahatan dari pijakan kaki memasuki dunia Perpustakaan, aku tidak terfikir pun
akan menerima Anugerah yang sungguh berPrestij dalam Sarawak ini. Kalau
difikirkan, siapa la aku jika dibandingkan dengan mereka yang sering hadir
bermesyuarat, berbengkel dan seminar tentang dunia Perpustakaan. Tetapi itulah
dikatakan, rezeki tidak akan salah alamat. Lambat dan tidak diduga pasti ia
tetap datang juga.
Bermula dari lawatan Dr Ghazali Mohamed Fadzil Presiden Persatuan Pustakawan
Malaysia(PPM), Dr. Nor Edzan Bt Che Nasir Mantan Ketua Pustakawan Universiti
Malaya, Mohd Khadzrie B. Mohd Ramzie Faizal Ketua Bahg. Sekysen Perkhidmatan
Penglibatan komuniti Pustaka Miri dan Pn Suzanna Abdullah Pembantu Pustakawan
S22 PUSTAKA MIRI selaku Panel Penilaian Penganugerahan Premier ini datang
melawat ke Perpustakaan Awam Long Lama, dari situ aku menyimpan harapan
menggunung.
Kalau pun tidak dapat Anugerah ini, sekurang-kurangnya Perpustakaan
Awam Long Lama telah diiftirafkan antara 8 yang terbaik dalam Sarawak. Maksud 8
tu, adalah jumlah Perpustakaan yang mengikuti Pertandingan ini. Sebelum
kehadiran mereka Panel Penilaian, pelbagai persiapan telah diusahakan, memang
agar tertekan dalam situasi tersebut. Ada beberapa kriteria permarkahan yang
perlu diikuti dan dibentangkan kepada Panel. Adat kita, apabila ada tetamu,
pasti kita akan memberi layanan bertaraf 'dunia' ditambahkan lagi yang akan
hadir adalah seseorang yang sangat istimewa yang menentu halatuju perjalanan
kehidupan kerjaya kita sendiri.
Special menu, Durian kampung, bubur kacang+durian dan Air Sarang burung |
Alhamdulillah, Pembentangan berjalan lancar |
Namun rezeki aku bukan kepada Anugerah Perpustakaan Awam Premier Sarawak tetapi
Anugerah Khas Panel Hakim yang ditujukan khas untuk aku sahaja. Aku sememangnya
amat terkejut, sehingga hendak menaiki pentas untuk menerima Anugerah ini pun,
aku bagaikan tak percaya. Selepas bergambar di atas pentas bersama dif-dif
Kehormat, aku terus mencari Urusetia Penganjur Program iaitu Team PUSTAKA untuk
mendapatkan kepastian. Kata mereka, Anugerah tersebut atas permintaan para Panel
Penilai kerana sewaktu pembentangan tempoh hari mereka tertarik dengan buah
fikiran dan semangat aku dalam dunia Perpustakaan ini dan paling menarik,
Anugerah ini baru diwujudkan untuk kali ini dan mungkin tidak akan ada lagi
selepas ini.
20 tahun aku dalam perkhidmatan ini dan sesungguhnya pengiftirafan ini
sememangnya amat bermakna sekali. Berbaloi rasanya keperitan dan pengorbanan
selama ini dipandang orang. Sekali lagi aku katakan bahawa ini sememangnya
rezeki dari Yang Maha Kuasa. Aku berada di tempat yang betul dan dinilai oleh
orang yang betul.
Apakah tahun mendatang aku akan mengikuti juga Pertandingan
ini lagi?
Mungkin, kerana ia bagaikan Termometer atau penanda aras untuk menyukat hasil
kerjaku selama ini.