Melihat pergolakkan isu panas
yang melibatkan Pendakwah Zakir Naik(PZN) di Malaysia ini, aku secara peribadinya tidak
bersetuju dengan pendekatan yang dibuat beliau (Malaysia sahaja) iaitu melalui ceramah dan dialog
yang menyentuh soal agama lain KERANA :
1. Mentaliti
Rakyat Malaysia belum matang dengan budaya dialog (Debat/Hujah) dan mereka pula akan mengeluarkan kritikan berdasarkan emosi semata-mata.
2. Dan
ianya telah membuka ruang pembenci Agama Islam untuk mengapi-apikan politik
tempatan yang baru sahaja berumur setahun jagung. Kekuatan dan kestabilan politik
masih goyang.
Ada beberapa individu dan Pak
menteri pula berani menyuarakan pendapat yang sememangnya tidak selari dengan
pandangan umum serta kontradik dengan agama Islam yang menjadi tunjang Agama
Rasmi Malaysia. Pendapat mereka menjangkau batasan kebiadapan dan aku yakin,
andai Perdana Menteri Tun Mahathir tidak dapat mendiamkan pertualang bodoh
sombong ini, kerajaan PH akan terkubur untuk PRU yang akan datang dan jangan disamakan politik Sarawak/Sabah dalam kes ini.
Aku memang sudah lama mengikuti
setiap ceramah dan dialog Pendakwah Zakir Naik di Youtube, dia seorang yang
memang hebat dari sudut Ilmu Perbandingan agama. Orang yang mendengar
setiap ceramahnya dan orang yang tengah mencari kebenaran dalam agama akan
menemui erti sebenar Agama Islam itu yang paling benar/tulen serta yakin dari Allah SWT. Aku tidak
menafikan ceramahnya telah mengislamkan puluhan malah ribuan jiwa insan di seluruh
dunia. Apa yang diucap oleh Pendakwah Zakir Naik (PNZ) ini semuanya bersumberkan dari kitab-kitab utama dari Agama Islam, Kristian dan Buddha. Tiada yang merujuk dari sumber yang dapat dari cerita mimpi. Tajam akalnya serta mampu mengingati setiap baris-baris ayat di dalam semua kitab tersebut.
Seperti biasa, aku tidak akan menyentuh dasar pegangan agama seseorang melainkan orang tersebut ingin bertanya dan ingin mengetahui tentang agama yang aku anuti ini. Apa yang aku nampak sewaktu terangkatnya isu-isu PZN ini adalah terdapat 3 golongan melayu :
1. Menyuruh PZN balik ke India. Golongan ini kebanyakkan dari kelas atasan yang tiada pemahaman tentang maksud persaudaraan dalam Islam. Golongan ini juga yang tidak peka tentang sesuatu isu dan mudah membuat keputusan tanpa menyelidik terlebih dahulu. Selalunya golongan ini senang dimanupulasikan oleh pandangan/ideologi lain.
2. Mempertahankan PZN untuk terus bebas berceramah dan kekal di Malaysia. Golongan ini adalah melayu yang tidak pernah bergaul dengan lapisan masyarakat yang berbilang kaum, agama dan bangsa. Mereka hidup dalam kelompok yang dipenuhi dengan masyarakat Islam sahaja. Seperti negara Arab, adakala pandangan mereka lebih keras dan radikal.
3. Melarang PZN membahas tentang politik tempatan dengan isu ceramah di kawal selia agar tidak menyentuh sensiviti kaum lain dan mahu PZN kekal di Malaysia. Golongan ini lebih rasional dan menitikberatkan keharmonian yang selama ini telah dijaga dengan penuh rapi. Bukan tidak mengakui Perlembagaan Negara iaitu Islam sebagai Agama Rasmi Negara yang bermaksud agama Islam bebas diamalkan dalam negara ini, tetapi lebih suka Agama Islam itu dikenali dengan perwatakkan yang mulia, amanah dan dihormati. Seperti yang aku tuliskan di atas tadi, rakyat Malaysia belum dapat( belum matang) untuk menerima pendekatan Islam dengan cara berdialog. Dari segi pemikiran, Kita jauh 20-50 tahun ketinggalan dibelakang Eropah.
Diumpamakan Rakyat Rohignya yang berpuluh tahun di tindas di Myamnar. Dalam keadaan yang tiada keselamatan, tiada tempat tinggal, tiada makanan dan tiada jaminan kehidupan dibanding dengan kita yang sudah memiliki semuanya. Pasti ada diantara mereka tidak mengenali telefon bimbit yang canggih seperti yang anak kita pegang sekarang ini. Itu dinamakan jurang kehidupan dan pemikiran. Di Malaysia, untuk menyebarkan Islam kepada non muslim, bukan dengan cara berdialog kerana kita tidak terbuka pemikiran seperti orang di benua Eropah.
Pergolakan politik negara disebabkan isu ini, sungguh membimbangkan. Ada tangan-tangan halus yang suka merosakkan suasana. Teringat kisah di negara Iraq. Walaupun Presiden Saddam Hussein diktaktor dari segi pemerintahan, tapi negara stabil dan berkembang pesat. Kehilangan beliau membuatkan Negara itu bergolak, seperti kata dari bekas Penganalisis (CIA)
Untuk meredakan gelora dari tangan-tangan halus ini, kita perlukan suara yang dominan dari Parti yang dominan atau seorang pemimpin yang lebih keras dan tegas. Sesiapa kurang ajar yang melibatkan isu kaum dan agama, terus tutup mulutnya. Di situ kelebihan PBB dalam kancah politik di Sarawak. Dasar keputusan dalam negeri dikuasai suara-suara dari parti tersebut.
Namun fakta adalah fakta, untuk berlaku adil, aku juga mendengar ucapan beliau tersebut melalui siaran di Youtube. Tiada yang menyentuh sangat pembahasan india/cina yang disebutnya. Bagiku, pihak media yang sebenarnya telah menyemarakkan api dengan sengaja memetik beberapa ayat tanpa mengambil kira semua kata-katanya. Ditambahkan lagi dengan keadaan masa kini yang terlalu cepatnya info/berita menjalar atas medium FB, Insta, Whatsap dan sebagainya. Disiram lagi minyak oleh Pak Menteri yang banyak kali telah membangkitkan keresahan orang islam dan yang paling sadis, beberapa spesis melayu yang buta akal pula menyokong desakkan Pak Menteri tersebut.

Ada sesuatu yang belum lagi orang lain nampak dan mungkin tidak perasan iaitu sesuatu yang pernah berlaku selepas peristiwa 11 september di Amerika. Pelanggaran kapal terbang komersil dengan bangunan pencakar langit WTC dan Amerika tanpa usul periksa telah menuduh Puak Taliban yang melakukannya. Pada awalnya gelombang Islamfobia memuncak dengan hebatnya sehinggakan wanita islam di Eropah yang bertudung diserang sewaktu berjalan keluar untuk bekerja.
Impak dari serangan tersebut, ditambah lagi dengan mainan kotor media masa yang berat sebelah, membuatkan orang ramai semakin ingin mengetahui apa itu Islam. Apakah kandungan ajaran islam mengalakkan penganutnya membuat jahat pada orang lain?..dan apabila mereka membaca serta mengkaji akhirnya mereka tertarik bahawasanya kandungan ajaran Islam itu jauh lebih indah dari sangkaan buruk mereka. Dari peristiwa tersebut, tidak disangka kesedaran dan meningkatnya bilangan penganut baru Islam(Mualaf) semakin bertambah. Allah sebaik-baik perancang dan aku berharap aura gelombang kesedaran tentang Islam setelah pergolakan isu PZN ini akan bertambah biarpun arus geloranya tidak sekuat mana namun momentumnya mampu menyapu ke semua telinga hati insan-insan di bumi bertuah ini.