Translate

Tuesday, 13 August 2019

Gua Niah!!!! Aku datang!


Kali ini aku bercerita pasal ‘jungle Hiking” kami beranak ke Taman Negara Gua Niah. Cuma 1 jam lebih dari Miri naik kereta sendiri. Menambah seronoknya trip kami kali ini adalah disebabkan tarikh yang kami pilih jatuh pula pada Hari Raya Aidiladha. Walaupun tidak ke Masjid untuk bersolat sunat Aidiladha dan membantu menyembelih Korban, aku pilih juga pada tengahari selepas zohor untuk berangkat ke Guah Niah demi menghormati perayaan tersebut. Jadi sebelah paginya kami beranak menjamu juadah ala kadar sambil mendengar takbir raya berkumandang di radio.

Aku kongsi gambar mana-mana ‘View’ yang menarik. Kalau nak menjelajah ke Taman Negara ini, aku ‘rekomen’ 100% yang terbaik. Dengan harga berpatutan dan tak jemu mata memandang.
Tiket masuk dengan harga yang amat berpatutan










  



  Aku bersama "hero's" dalam perahu tambang dengan harga RM1.00 seorang. Sungai Niah ini adalah sempadan di antara Pejabat Pendaftaran masuk dan Taman Negara tersebut. Sungainya kecil tapi banyak buaya, itu yang ku dengar hasil perbualan pemandu perahu dengan salah seorang pengunjung.

Laluan titi ini sememangnya membantu untuk memendekkan masa perjalanan
Berehat sekejap dan minum air mineral, sempat snap Si Sulong di 'banir' pokok besar

Pintu pagar sebelum masuk Great Cave



Sejuk dengan pemandangan yang sungguh mengagumkan

Pemandangan dari pintu masuk Gua
Berehat sebentar, masih jauh perjalanan untuk masuk ke Gua
Jom..kita naik tangga dan masuk ke Gua
Kenangan terindah

 Ada banyak photo dan Video yang telah diambil. Tapi yang diatas cukup rasanya untuk tatapan semua dan rasanya ia mampu membakar semangat untuk pembaca sendiri ingin menerokai Khazanah Alam ini. Ada masa, rezeki dan tenaga, insyallah, aku akan kembali dengan anggota ahli yang lebih banyak. Amin...














Monday, 12 August 2019

Abang besai masuk kawasan!!!


Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg atau lebih dikenali sebagai Abang Joe oleh netizen telah sudi melawat pekan Long Lama ini. Ini adalah kali ke-2 beliau hadir ke Long Lama ( Timb K.Menteri) dan kali pertama hadir selaku Ketua Menteri Sarawak.


Seperti biasa, lensa kameraku lebih terarah kepada 'kehidupan' sewaktu Lawatan orang besar berlangsung. Kalau ingin melihat wajah-wajah Pak Menteri, baik buka aliran Berita Perdana di kaca TV atau di kaca telefon. Berita kehadiran beliau banyak digambar dan tulis oleh wartawan-wartawan malah penuh di wall FB.

Aku hendak kongsi cerita disebalik realiti yang sedang berlaku ini. Cerita kisah yang sempatku rakam sebagai kenangan peribadi untuk diriku dan mungkin juga untuk pembaca yang 'Ter'baca blog ini. Ada baiknya aku teruskan 'caption' di setiap photo-photo yang aku selit. Lagi malas otakku untuk memproses susunan bahasa untuk dijadikan bacaan. Mana-mana ayat yang dapat diselitkan dengan Photo lagi mudah aku ingati dan aku tulis tanpa mengarut.

Acara WAJIB apabila sahabat datang dari Marudi
Setting kain, untuk menutup pasu-pasu bunga. Kerja ini memerlukan skill andaman dengan jiwa sentimental


Dalam Photo di atas adalah Jambatan yang akan di Rasmikan. Untuk mengelak pemandangan seakan kosong, maka pihak MDM telah diamanahkan untuk menanam beberapa pokok dan bunga di 'Roundbout' satu-satunya dalam Dearah Telang Usan ini. 

 
Ada lebih 15 gerai penjaja mengambil kesempatan sewaktu Lawatan Ketua Menteri. Rezeki ada di mana-mana,








Sempat juga aku mengunjungi Tamu untuk melihat pelbagai jualan. Raja Buah pun ada.
hasil Kraftangan yang sinonim dengan masyarakat Orang Ulu
Suasana di hadapan Dewan tempat berkumpul dan Astaka Utama
Walaupun ramai, tetapi dalam keadaan terkawal. Dalam dewan, tak payah cakap la...
Pameran Air Loji terawat ke kampung sekitar Long Lama
Pakaian Tradisional Masyarakat orang Ulu Sarawak
Aku anggarkan harga 'topi' ini dalam RM150 satu, sehelai bulu burung itu pun boleh mencecah RM30.


 Selain dari membantu sahabatku menanam pokok di kawasan 'roundbout', ini juga di antara hasil sumbangan kecilku untuk memeriahkan lagi Majlis Perasmian Jambatan Long Lama yang dinilai sebanyak RM67 juta. Dengan adanya jambatan ini, ianya ibarat nadi penting untuk rakyat marhean yang dahagakan pembangunan. Semoga gelombang pembangunan di sini terus-menerus datang.