Pendedahan demi pendedahan kisah Si Pondan di media
elektronik kini semakin mengusarkan. Hakikatnya ia mampu mengubah sudut pandang
anak-anak kita generasi yang agresif dan futuristik ini. Ianya seperti kisah di
mana perkara yang bohong, apabila di ceritakan berulang kali, hari demi hari
bulan berganti bulan hingga ke tahun lamanya bercerita benda yang sama, akan
menyebabkan perkara itu bertukar menjadi benar buat si pendengar akhirnya.
Begitu juga dengan kisah Si pondan ini, kalau setiap hari diceritakan
kisah hidupnya, pasti akan membuatkan minda anak-anak kita berfikir bahawa
lelaki menjadi perempuan atau perempuan menjadi lelaki, semakin normal dan tidak salah di mata
mereka. Pendedahan sebegini boleh menyimpang dari cara fikir mereka tentang
fitrah insan. Ditambah lagi kisah sedih tentang jalan hidupnya yang sering
ditohmah dan dicaci, secara tidak sedar, memberi rasa belas kasihan dan satu
bentuk penderaan mental yang memberi kesan bahaya di hati anak-anak kita
terhadap Si pondan ini. Aku bukan anti spesis ini, namun untuk mengangkatnya
menjadi Figura atau contoh Usahawan yang berjaya, aku cuci tangan dan berlepas
diri malah di situ aku amat benci dengan pemberi “Anugerah” ini.
Sumber dari Internet |
Transeksual (bahasa
Inggeris transvestite) atau lebih dikenali dengan istilah tempatan sebagai
pondan (juga dikenali sebagai mak nyah,
bapuk, darai) merupakan istilah yang merujuk kepada golongan lelaki yang
menyerupai wanita, iaitu orang yang mempunyai biologi lelaki tetapi mendakwa
mempunyai naluri wanita. Golongan ini sering menggunakan istilah
"terperangkap dalam tubuh yang salah" atau "wanita dilahirkan
transeksual".
Menurut Laporan Negara oleh Profesor Madya Teh Yik
Koon,
pensyarah kriminologi dan sosiologi di Universiti Utara Malaysia,
katanya, mak nyah secara amnya merujuk kepada lelaki transeksual, iaitu
lelaki yang mahukan jantina yang lain daripada jantina yang mereka
dilahirkan.
Ini berbeza dengan kaum khunsa yang pada dasarnya bermaksud mereka yang
dwi
jantina.
Kewujudan spesis kecelaruan jantina ini semakin berkembang biak disebabkan ada
pemintaan tinggi dari Sang lelaki yang menyukai dan sanggup hidup dengan mereka. Yang
peliknya, perihal manusia bernama lelaki ini pula, punyai rupa elok
dengan badan yang berotot, dengan poket berduit, yang mengaku lelaki secara
batin dan zahir, akhirnya secara umum mempersembahkan kepada dunia dia bercinta
dengan perempuan jadian dan ini yang amat membahaya untuk tatapan generasi baru
kita. Zaman aku dulu, kalau ada pondan jalan beramai-ramai dalam satu pasukan
yang mengandungi 5-8 orang. Pasti besar mulut orang normal ternganga tengok
pondan kerana pemandangan sebegitu sungguh janggal dan pelik.
Sumber dari Internet |
Apabila sering diceritakan kisah-kisah ‘mereka’ ini, ianya
bagai membantu menjernihkan kesalahan yang sememangnya dilaknat dalam setiap kitab-kitab
agama. Di arus media elektronik, helaian kertas Majalah malah di Makhamah pun
sudah mula kedengaran suara spesis ini. Bagi aku, mereka telah berjaya mengubah
pandangan Stigma masyarakat terhadap golongan pondan ini. Jika dulu mereka
dirujuk sebagai golongan pondan, kini mereka mula dirujuk sebagai golongan TRANSGENDER.
Mereka berjaya melembutkan persepsi masyarakat dengan melunakkan istilah penggunaan
label yang lebih mereka sukai ke atas mereka. Secara tidak langsung, mereka
juga berjaya mengurangkan serbuan ke atas golongan serta aktiviti-aktiviti
pondan dengan membudayakan satu budaya melawan ( di Mahkamah ) setiap kali ada penahanan oleh pihak berkuasa
diperingkat mahkamah sivil. Ini kaedah nyah-motivasi pihak berkuasa agama untuk
menanamkan rasa sangsi dan gusar untuk melakukan serbuan dan tangkapan. Ia
sebuah taktik untuk menakut-nakutkan. Mereka berjaya menempatkan perjuangan
golongan pondan ke peta arus perdana. Golongan pondan kini tidak lagi bersembunyi
dibelakang lorong-lorong tapi terkehadapan dalam menuntut hak untuk dilihat
wujud dalam masyarakat.
Sumber dari Internet |
Alang-alang ni aku nak juga menyeru kita boikot produk-produk
keluaran orang sebegini serta jangan sokong. Semakin disokong semakin menjadi
pula ‘gatal’nya. Bantu mereka dengan ditujukan doa kebaikan supaya mereka kembali
ke pangkal jalan. Sebaiknya jangan beli produk mereka. Makin kaya mereka makin terpesong, mungkin dengan kesusahan tiada wang nanti, mereka akan derita moga ada kesedaran
hidup dan kembali ingat Allah SWT.
Jangan diangkat lagi kisah mereka ini, jangan klik LIKE,
SHARE atau apapun sekali. Sayangi anak kita. Penuhkan pemikiran mereka dengan
perkara yang berfaedah. Tidak salah mengikuti perkembangan semasa, namun ada
baiknya ditapis dulu atau beri amaran kepada anak-anak kita tentang perkara
yang sepatutnya diberi perhatian.
Lebih pelik melihat perempuan jadi pengkid dan bertambah lagi
pelik apabila ‘awek’ mereka adalah perempuan melayu ayu yang bertudung manis.