Sukan antara PBT zon Utara Sarawak telah berlangsung dengan jayanya di Miri atau lebih spesifik lagi lokasinya di Indoor Stadium Miri yang dikelolakan oleh Majlis Daerah Subis.
Selain Majlis Daerah Marudi, ada Majlis Daerah Lawas dan Majlis Daerah Limbang juga menyertai. Memang menjadi lumrah di setiap pertandingan, ada menang dan kalahnya, namun okjektif sebenar Sukan antara PBT ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim di antara pegawai-pegawai kerajaan dibawah PBT Sarawak nan tercinta ini.
|
Hotel Bajet tapi Selesa untuk 3 orang- Cosy Inn |
Berkampung 4 malam 5 hari di Bandaraya Miri, bersama rakan sesama Jabatan, ianya mempunyai aura yang tersendiri.
|
Tokey besar baju biru tengah berunding harga bilik Hotel |
Sambil acara sukan yang telah diwajibkan bagi setiap PBT pertandingkan, ada juga ‘sukan saringan’ yang sentiasa berlangsung di bilik hotel masing-masing. Ada juga ‘sukan meja bulat’ di Restaurant bawah hotel sambil melayan karenah senyum tawa sesama sendiri dan bagi para wanita pula, ‘sukan shopping’ yang paling di nanti.
Untuk hari pertama ada 3 acara sukan yang agak berat dipertandingkan. Syukur juga, untuk kali ini, Staff MDM mempunyai pemain yang cukup untuk mengisi kekosongan senarai pemain dalam sukan yang dipertandingkan.
|
Geng nak naik tikar terbang..Zam zam ala kazam |
Seawal pagi telah diadakan acara Sukaneka sebagai pembuka tirai Pertandingan. Sempat juga aku mengambil beberapa gambar dengan aksi yang menarik untuk di kongsi dalam blog ini. Ada juga yang aku perolehi dari ‘Group Whatsapp’ Pejabat dan yang menariknya, ada sahabat sepejabat yang mengetahui aku memiliki blog ini, mereka dengan sukarelanya sudi berkongsi secara peribadi gambar mereka untuk dirilis dalam Nurkilan kali ini.
|
Tuan Presiden KESURA dibantu Cik Najiha A.K.A Pengulas sukan Pertandingan Bola Tampar & Badminton
|
Bagi aku yang telah melintasi usia ‘4 Series’ ini, kudratku cuma sekadar mampu bermain Sukan bola tampar sahaja. Walaupun hati ini teringin sekali hendak menyarung kasut futsal untuk bersama berjuang dengan rakan sesama Jabatan. Tapi aku sedar, ianya akan menyusahkan aku pula. Lagipun lama juga aku tidak membuat sebarang latihan ujian stamina dan sepakan bola sebelum ini.
|
En.Faizal mengetuai Pasukan Futsal KESURA( Baju Hitam) |
Sebagai penonton merangkap pasukan sorak, aku turut terasa juga apabila setiap kali jaringan Gol telah dilakukan.
|
En. Brege ( Biru) mewakili KESURA |
Setiap kali pemain dapat menyambut ‘smash’ bola ping pong dari pihak lawan, Setiap kali bulu tangkis dapat dikelirukan pukulannya agar pihak lawan tidak mampu membalas, setiap kali balingan Dart menuju lokasi yang telah ditetapkan, setiap kali wisel berbunyi tika Bola jaring mengoncang jaringnya dan laungan akan terus bergema setiap kali pasukan telah memberi mata berharga.
|
Barisan Pasukan Dart |
|
Aksi Sang Juara En.Junaidi |
Itu sudah cukup memadai hinggakan kotak suara sakit selepas bersorak sewaktu memberi kata-kata semangat kepada pemain di gelanggang.
|
Bip Oren Pasukan Bola Jaring diketuai Cik Puyang |
Uniknya untuk kali ini, apabila Tuan Presiden KESURA sendiri, Saudara Nazir tidak bermain di semua acara sukan yang dipertandingkan, sedangkan beliau yang aku kenali sememangnya adalah orang yang kaki ‘sport’. Katanya untuk kali ini, beliau lebih selesa mengurus dan menjadi ‘Transport’ untuk pemain hadir ke gelanggang tepat pada masanya. Walaupun jadual agak sibuk, namun sempat juga beliau mencuri waktu mengayuh basikalnya ke Marina bay miri.
Sayang akan basikal, beliau sanggup naik lift membawa hingga ke tingkat 3 untuk tidur bersamanya.
|
Disempurnakan oleh Y.B Dato Penguang ak Menggil |
Sewaktu Majlis Makan malam Sempena Karnival Sukan PBT Zon Utara ini, setiap Majlis Daerah diwajibkan membuat persembahan, maka setiap Majlis Derah sekadar ber-Karaoke sebagai persembahan namun berlainan dari Majlis Daerah Marudi, kerana telah membuatkan semua penonton terpegun dengan kehebatan Saudara Anill mempersembahkan aksi Silap mata sambil Y.B Dato Pengguang juga sudi menjadi peserta jemputan untuk menjayakan silap matanya.
|
Y.B Dato Penguang memang Spotting |
|
Para penonton terpegun |
Tahun ini, Majlis Daerah Lawas menduduki carta teratas dari kutipan markah. Majlis Daerah Marudi di tempat ke-3 daripada 4 PBT yang menyertai. Setiap tempat dan suasana memberi pengalaman yang berbeza, Tahun lepas Sukan PBT seluruh Sarawak telah berpusat di Kuching, dan tahun hadapan telah diputuskan akan di buat di Bintulu manakala tahun hadapan juga Sukan PBT untuk Zon Utara bakal beraksi di Lawas pula.
|
Sebahagian besar barisan pemain mewakili Kelab Sukan & Rekreasi MD Marudi ( KESURA) |
Tiada perkara yang lebih penting untuk kali ini, melainkan menambah stamina dan ‘skill’ untuk beraksi dan terpilih sebagai pemain untuk semua kejohanan sukan yang bakal dipertandingkan nanti. Andai umur dan rezeki diberi, akan ketemu di Lawas lagi.