Apabila CM Abg Joe akan menghantar sepasukan Peguam ke London untuk mencari dan meneliti Rujukan Perjanjian Malaysia tahun 1963, perkara ini amat aku setujui. Tindakan ini sepatutnya dilakukan lebih awal lagi. Bukan bermaksud ingin membelakangi kerajaan Persekutuan, tapi tindakan ini sebenarnya untuk menentukan hak sebenar ibu pertiwi agar tidak diperkotak katikkan lagi seperti sebelum ini. (klik di sini)
Cuma aku sedikit terkilan, sepatutnya CM tidak perlu mengumumkan di media masa tentang hasrat tersebut.
Biarkan perkara ini disembunyi dari pihak luar dan ianya boleh menjadi sebagai senjata yang ‘makan tuan’ untuk mematah hujah lawan andai ada lagi spesis ‘samseng jagung’ masuk gelanggang dan mencabar kedaulatan, senjata ini pula dipulangkan sebagai ‘paku buah keras’ yang tidak dapat ditepis kerana mereka tidak menjangka pengetahuan kita yang dalam tentang peraturan Perjanjian Malaysia 1963 serta boleh menjadi kekuatan pertahanan dari segi perundangan hingga kebal sampai ke tahap yang tidak boleh dijentik sedikitpun, berpandu kepada Perjanjian Malaysia tahun 1963.

Tapi apakan daya, perkara ini telah diumumkan, maka pelbagai reaksi dan pandangan telah dikeluarkan dari pihak sebelah. Kita pula akan banyak menghabiskan masa untuk menjawab dan menyanggah segala tohmahan ini. Tapi yang seronoknya, apabila banyak pendapat dari sudut pandangan yang berbeza, pasti netizen yang waras akan berfikir dan mempertimbangkan kelogikkan pandangan tersebut. Bagi netizen yang cuma tahu menyumpah di ruang komen FB, kebiasaannya mereka ini tidak nampak halatuju buruk dan baik ‘teguran’ dari pihak sebelah. Apa yang mereka tahu, cuma sekadar menulis membabibuta dan ‘menguras’ dengan bahasa kotor serta kasar.
Banyak-banyak reaksi pandangan yang diluahkan, aku tertarik dari pandangan dua orang tokoh dalam arena politik tanahair ini. Pandangan pertama dari Salahudin Ayub Timbalan Presiden AMANAH. Bagi yang rajin membaca teori-teori konspirasi dunia, kegusaran Salahudin ini ada benarnya juga. Malaysia adalah Negara Islam dalam nusantara ini yang masih stabil dalam sudut politiknya. (Politik Brunei juga stabil, tapi terpaksa dikeluarkan dari senarai, kerana kuasa politiknya kecil sama kecil jajahan negaranya). Banyak Negara islam dunia menghormati dan mendengar suara-suara dari Malaysia ini disebabkan mereka amat mengagumi Malaysia kerana kestabilan ekonomi, politik dan Negara yang aman biarpun pelbagai bilangan kaum, budaya dan agama didalamnya. Disebabkan kekaguman ini, maka majoriti Negara Islam dunia tidak akan memekak telinga andai Seruan dari Negara Malaysia bergema. Penghargaan dan Kepercayaan yang tinggi ini, membuatkan Malaysia dilebihkan dari yang lain.
Kuasa-kuasa besar dunia, seperti Amerika, Britain, China dan Rusia pasti ingin mengenggam ‘jantung hati’ kekuatan suara Islam ini. Dan satu cara untuk memilikinya adalah, mengawal ‘kuasa politik’nya. Andai terpecah dan mempunyai blok-blok sendiri politik dalam sesebuah Negara tersebut, maka semakin mudah untuk membakar jerami kering dan ditusuk jarum halus ke dalamnya. Itu yang dimaksudkan oleh Timbalan presiden AMANAH tersebut. Walaupun beliau bukan dari blok kerajaan, malah bukan anak jati Sarawak, tapi aku yakin dia pun tidak mahu Malaysia ini jatuh ditangan orang luar.
Pandangan kedua pula dari Dato Sri Anwar Ibrahim, pandangannya lebih kepada isu dalaman dan ianya saling berkait dengan pandangan pertama tadi. Kalau difikirkan, kenapa kerajaan Sarawak hendak membuang duit beratus ribu menghantar sepasukan peguam ke London, sedangkan Negara Malaysia juga mempunyai Jabatan Peguam Negara sendiri. Jelas di sana kepimpinan negeri sudah mula hilang keyakinan dengan sistem perundangan Negara dan sanggup berhabis belanja untuk mendapatkan sesuatu rujukan yang boleh menjaminkan keselamatan diri sendiri. Di situ ketaranya jurang ketidakpercayaan antara satu sama lain. Mungkin untuk kali ini, sikap berhati-hati dengan dasar Perundangan Negara dan tidak mustahil, suatu waktu nanti, sikap berhati-hati ini akan merebak ke dasar keselamatan Negara, dasar pendidikan Negara atau berlari termengah-mengah membuka almari usang untuk meneliti Surat rujukan perjanjian persempadanan antara negeri. Jangan pula kita lupa, suatu ketika dulu, Mantan Ketua Menteri yang disayangi rakyat, Allahyarham Tan Sri Adenan Hj Satem pernah menekankan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi ke-2 di Sarawak. Sedangkan sistem pendidikan Negara pula berlainan caranya.

Untuk lebih jelas intipati tulisan ini, aku sebenarnya mahu memberitahu bahawa ada 2 perkara asas tulisan ini.
A) Bersetuju MENGHANTAR sepasukan peguam untuk meneliti Perjanjian tersebut.
B) Tetapi tidak bersetuju MENGHEBOHKAN perkara ini di media masa.
Tindakan memberitahu di media masa untuk menghantar sepasukan Peguam ke London, ibarat perumpamaan seorang penjenayah terlepas dari tahanan Polis. Dengan penuh yakinnya, Ketua Polis Balai mengumumkan akan menangkap penjenayah tersebut dengan cara membuat serbuan dan sekatan dalam masa terdekat secara besar-besaran di sekian jalan dan sekian lokasi. Bukan setakat penjenayah tersebut tahu tempat yang tidak selamat dan jalan yang sudah di’roadblock’ untuk memboloskan diri malah pemandu Lori hantu, Mat Rempit, bohsia gian, budak ponteng sekolah malah pengedar dadah, pil kuda, rokok seludup, kaki ketum dan penjual organ manusia pun tidak akan mengguna laluan yang dinyatakan tersebut. Aku harap perumpamaan ini akan dapat membuka matahati kita untuk berfikir lebih jauh dengan membuat persediaan dalam menepis segala serangan yang bakal menyusul nanti.