Apa yang aku kongsikan ini, memerlukan kepada 'ilmu' memerhati secara dalaman. Tidak ramai orang membaca dengan matahati, kebanyakkannya lebih suka membaca secara tersurat sahaja apatahlagi membaca berita di Suratkhabar.
Selepas makan tengahari, aku membelek halaman kertas Suratkhabar Utusan Borneo. Di Pekan Long Lama ini, cuma ada Suratkhabar Utusan Borneo, Borneo Post dan Siew hua Daily News ( B.cina ) sahaja yang ada dijual. Kalau nak beli Berita Harian, Harian Metro atau suratkhabar yang lain, terpaksa naik kenderaan 2 jam perjalanan pergi ke Bandar Miri.
Ketagihan membaca Suratkhabar ini sukar dibendung. Mungkin disebabkan usia yang sudah memahami keperluan maklumat yang tepat dan sahih, membuatkan aku suka membaca dari arus Media masa perdana sebegini. Walaupun pelbagai jenis surakhabar aku pernah baca, aku akan kembali mencari Suratkhabar Utusan Borneo ini juga. Surakhabar lain, seperti tidak mampu memuaskan kehendakku dengan kelaparan maklumat dan apabila aku membaca, aku lebih suka membaca dari belakang. Bermula dari berita Dunia, sukan kemudian ke tempatan.
Namun kali ini aku tertarik berita dari ruangan tempatan, apabila salah seorang ADUN pembangkang yang mempertikaikan Pengumuman dari Kementerian Perdagangan dalam Negeri, koperasi dan kepenggunaan ( KPDNKK ) berkenaan ' Jualan Mega '. Mengikut tarikh yang diwaktakan iaitu :
a) 01 - 30 March
b) 15 Jun - 30 Ogos
Beliau mempertikaikan tarikh tersebut disebabkan tidak selari dengan tarikh cuti/perayaan Gawai ( Sarawak) dan Keamatan ( Sabah ). Katanya lagi, ini telah menghilangkan peluang penyambut perayaan tersebut untuk menikmatan pembelian jualan murah. Kalau dibaca sepintas lalu, ada betul juga kata Amoi ini, tapi kalau diperhalusi lagi, maka nampak kepincangan dari beberapa aspek.
Ada 2 perkara sahaja aku nak dia fikirkan sebelum mengulaskan isu ini:
PERTAMA:
Wakil rakyat ini sepatutnya membaca se-khatam mungkin untuk memahami berita di Suratkhabar. Sudah jelas tertulis bahawa ada SATU KALI jualan murah mengikut pilihan sendiri. Mungkin peniaga boleh memilih tarikh yang dekat Perayaan tersebut untuk membuat jualan murah dan yang..
KEDUA:
Wakil Rakyat tersebut tidak sepatutnya cuma mempertikaikan Tarikh Perayaan Gawai dan Keamatan sahaja, bagaimana dengan Perayaan yang lain seperti Tahun Baru Cina dan Hari Raya? Tarikh yang diwartakan pun tidak selari dengan perayaan tersebut. Andai kita mengambil cara fikir ADUN tersebut, sudah pasti masalah ini tidak akan selesai.
Teramat rugi bagi rakyat di kawasan yang di jaga ADUN tersebut kerana 'menyimpan' seorang wakil rakyat yang punyai tahap pemikiran yang sudah tepu. Aku andaikan dia 'menyalak' ini kerana untuk mengangkatkan lagi namanya kerana selama ini, berita perkembangannya sudah tiada disensasikan lagi.
Ada baiknya beliau mencari seorang Setiausaha sulit yang dapat menghuraikan setiap isu sebagai bahan rujuk sebelum hendak diperkatakan dikhalayak ramai atau beliau perlu belajar untuk mendengar dan menerima pendapat orang lain.
Dan ada baiknya juga kalau beliau lebih mempersoalkan keputusan Mohd Roslan Mahayudin selaku Pengarah Penguatkuasa KPDNKK yang telah mewartakan 4 kali jualan Murah dalam setahun sedangkan dulu 5 kali dalam setahun daripada beliau mempertikaikan pemilihan tarikh tersebut. Sebenarnya kekerapan jualan murah dalam setahun (5 kali) pasti membantu pembeli untuk mengelak dari membeli dengan harga mahal dan secara tidak langsung, merancakkan aliran matawang dalam urusniaga domestik.