Sejarah tercipta hari ini ( 7.Okt.2015 ) apabila perlantikan Pertama dalam
tempoh 130 tahun dalam pentadbiran Baram, semenjak tertubuhnya Pejabat Daerah Marudi dengan Tuan D.O Pertama dulu berbangsa Inggeris, kini sudah ada Tuan D.O @ Pegawai Daerah Telang Usan yang pejabatnya
terletak di seberang pekan Long Lama.
Sengaja aku hadir ke majlis tersebut, bukan setakat kerana
jemputan tapi kerana aku ingin menjadi diantara salah seorang yang memegang
sejarah ini. Bayangkan untuk tempoh 50 tahun akan datang, peristiwa yang
bersejarah ini pasti tersimpan rapi dalam arkib kementerian kerajaan Negeri
Sarawak. Atau lebih tinggi sikit, gambar kenangan ini pasti digantung dalam
lobi Pej. Daerah Telang Usan suatu hari nanti. Diharap begitu….
En. Antonio Kahti Galis selaku Residen Miri diapit oleh kedua Yang Berhormat
Dahulu, Pejabat Daerah lebih sinonim dengan ‘Renew’ lesen
senapangnya dan mohon permit minta beli peluru hidup. Tapi fungsi sebenarnya
adalah lebih kepada menjadi Mata dan Telinga pihak kerajaan untuk mentadbir serta membantu dalam menyelesaikan
setiap isu berbangkit di peringkat kawasan jagaannya.
Didalam bahasa politik tempatan, ianya dinamakan ‘Tranformasi
Luarbandar’. Kawasan Baram ini yang seakan sebesar Negeri Perak ( Negeri kedua
terbesar di semenanjung selepas Pahang). Selama ini dijaga oleh Pejabat Daerah
Marudi, kini telah dibahagikan kepada 3 pentadbiran iaitu Pejabat Daerah Telang
Usan dan Pejabat Daerah Beluru.
Diantara Tetamu jemputan yang menghadiri Majlis ini membabitkan Temenggung,Pemanca,Penghulu, K.Kaum, Konselor dan Ketua Jabatan sekitar Long Lama.
Ada dua kelebihan yang aku nampak di sini:
1 JARAK DAPAT DIRAPATKAN
Dengan jarak yang jauh ( pendalaman ) serta
kos yang mahal memang membebankan bagi sesiapa mempunyai urusan kerja seperti penyerahan
dokumen Perlantikan baru ketua kampung, urusan pentadbiran kampung yang
memerlukan pandangan dan nasihat dari Pegawai Daerah hatta minta pengesahan
tandatangan dari Pegawai Daerah untuk salinan sijil anak yang ingin naik ke
Universiti atau mohon kerja. Adakalanya Pegawai yang dicari, tidak ada di
pejabat kerana urusan kerja seperti ‘traveling’ tempat lain atau berkursus. Ini
akan menambah beban kepada penduduk kampung yang terpaksa bermalam sehari dua
sambil menanti kepulangan Tuan D.O. Maka dengan adanya 3 Pejabat Daerah dalam
kawasan Baram, ianya sungguh membantu penduduk dari segala segi yang melibatkan
urusan di Pejabat. Penduduk dari kawasan Tinjar cuma perlu ke Pejabat Daerah
Beluru dan penduduk di kawasan ulu Baram seperti Long San atau kawasan Tutoh
Apoh cuma perlu berurusan ke Pejabat Daerah Telang Usan sahaja tanpa membuang
masa dan wang lagi untuk ke Marudi.
2. PEJABAT BARU, PERUNTUKKAN BARU
Sebelum ini Telang Usan dan Beluru dibawah
pentadbiran satu-satunya Pejabat Daerah di Marudi. Apabila wujudnya Pejabat
Daerah yang baru maka Peruntukkan juga baru. Pastinya agihan peruntukkan dari
kerajaan Negeri akan sama rata kepada 3 Pejabat Daerah dalam kawasan Baram dibanding dengan
yang dulu. Telang Usan yang mempunyai Keluasan 9,829 kilometer persegi - 103
kampung didalamnya dan lebih 31,000 penduduk kini, boleh bernafas lega kerana
peruntukkan bajet memang dikhaskan khusus untuk membangunkan penduduknya
sendiri. Kalau di Eropah, persempadanan sebegini telah wujud seawal tahun
1920-an lagi demi untuk melicinkan urusan Pentadbiran.
En. Emang Oyong Emang, Tuan Pegawai Daerah
yang pertama ( D.O ) telang Usan berasal dari Long Bedian dan akan pencen pada
tahun seterusnya. Pernah menduduki Jawatan sebagai Tuan S.A.O di sini pada
tahun 1984. Bak kata pepatah lama, ‘Sirih pulang ke gagang’. Biarpun tidak lama
menjadi Tuan D.O di sini, namun beliau pastinya akan meninggalkan satu TAPAK
atau ASAS yang kukuh untuk ditinggalkan kepada Pengantinya nanti. Meminjam
kata-kata Ketua Menteri Sarawak, beliau mengatakan,
Dia bukan D.O untuk bangsa Kayan, kenyah, penan atau Iban tapi Dia Tuan D.O
untuk semua bangsa. Datang ke Pejabatnya, dengan penuh sedia, dia akan membantu.